Pergi ke kandungan

Park Chu-young

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Park Chu-Young)
Park Chu-Young
박주영
Maklumat peribadi
Nama penuh Park Chu-Young
Tarikh lahir (1985-07-10) 10 Julai 1985 (umur 39)
Tempat lahir Daegu, Korea Selatan
Ketinggian 1.82 m (5 ka ​11 1116 in)[1]
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Al Shabab
Nombor 20
Kerjaya remaja
2001–2003 Cheonggu High School
2002Zico Football Center
2004 Universiti Korea
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2008 FC Seoul 69 (23)
2008–2011 Monaco 91 (25)
2011–2014 Arsenal 1 (0)
2012–2013Celta de Vigo (pinjaman) 21 (3)
2014Watford (pinjaman) 2 (0)
2014– Al Shabab 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2003–2005 Korea Selatan B20 26 (18)
2007–2012 Korea Selatan B23 21 (8)
2005– Korea Selatan 65 (24)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22 Februari 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 18 Jun 2014
Nama Korea
Hangul
Hanja
Perumian SemakanBak Juyeong
McCune–ReischauerPak Chuyŏng

Park Chu-Young (Hangul: 박주영; hanja: 朴主永; rumi sebagai Park Ju-Young; lahir 10 Julai 1985) merupakan pemain bola sepak Korea Selatan yang beraksi untuk kelab Arab Saudi, Al-Shabab.

Kerjaya kelab

[sunting | sunting sumber]

Kerjaya belia

[sunting | sunting sumber]

Populariti Park Chu-Young dengan orang awam Korea tercetus setelah kejayaannya di Kejohanan Belia AFC 2004 dimana dia mengetuai pasukan kebangsaan Korea B20 untuk memecah rekod memenangi kejohanan itu buat kali ke-11. Dalam proses itu, dia memenangi anugerah Bola Emas dan dipilih Pemain Paling Bernilai Kejohanan. Dia juga dipilih beraksi untuk pasukan bawah-20 Korea Selatan di Kejohanan Remaja Dunia FIFA 2003.

Histeria Park Chu Young dalam negara berkembang lebih besar ketika skuad Korea bawah-20 mengambil bahagaian dalam jemputan lapan pasukan Qatar pada bulan Januari 2010. Park menjaringkan dua gol ketika menentang China, tiga ketika menentang Ukraine, dua ketika menentang Algeria dan dua ketika menentang Jepun untuk Korea memenangi pertandingan. Park dinamakan Pemain Muda Asia Tahunan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia.

Park juga mengambil bahagian dalam Kejohanan Remaja Dunia FIFA 2005, di mana dia menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika menentang Nigeria.

Park Chu-Young bermain untuk FC Seoul

Pada tahun 2005, Park menyertai Liga-K, dimana dia menyertai FC Seoul. Dalam musim pertama Park, dia menjaringkan 18 gol dan membuat 4 bantuan gol dalam 30 penampilan (termasuk perlawanan piala), membolehkan dia memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik Liga-K dan menjadi penjaring terbanyak pertandingan. Dia menjadi ikon FC Seoul.

Selepas Piala Dunia, penyokong Korea menjangka bahawa Park akan kembali beraksi dalam prestasi terbaiknya ketika beraksi dalam Liga-K tetapi ini tidak berlaku, kerana dia hanya berjaya menjaringkan 8 gol dan membuat 1 bantuan gol dalam 30 penampilan (termasuk perlawanan piala) semasa musim 2006.

Kemudiannya pada tahun 2006, dia menyertai pasukan bola sepak Olimpik Korea Selatan untuk Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar, dimana dia bermula dengan baik dengan menjaringkan 2 gol ketika menentang Bangladesh. Tetapi selepas perlawanan ini, dia gagal untuk menjaringkan gol untuk baki pertandingan. Korea Selatan kalah kepada Iraq dalam perlawanan separuh akhir yang kontroversi dan gagal menewaskan Iran dalam perlawanan penentuan tempat ketiga, menyebabkan Korea Selatan gagal memenangi pingat buat kali pertama dalam banyak tahun.

Ketika Liga-K musim 2007 bermula, Park memulakan musim dengan menjaringkan 10 gol dalam 11 perlawanan (termasuk perlawanan piala). Tetapi tidak lama selepas itu, dia mengalami kecederaan kaki yang dialaminya semasa musim biasa. Akibat kecederaan ini, dia diletakkan dalam pasukan simpanan Korea Selatan untuk Piala Asia 2007, tetapi dia gagal untuk pulih daripada kecederaan, manakala penyerang yang dipilih untuk pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan tidak ada yang cedera atau gagal menunjukkan prestasi cemerlang ketika kem latihan atau perlawanan persahabatan, menyebabkan dia tidak dipilih untuk Piala Asia 2007. Ketika kecederaannya, dia terlepas perlawanan FC Seoul menentang kelab Liga Perdana, Manchester United dimana FC Seoul tewas 4–0.

Selepas kembali daripada kecederaan kakinya, dia bermain dalam pusingan kelayakan untuk Olimpik Beijing dimana Korea Selatan menempah tempat dengan seri 0–0 ketika menentang Bahrain pada 27 November 2007.

AS Monaco

[sunting | sunting sumber]

Selepas persembahan mengagumkan dalam skuad pasukan kebangsaan dan Olimpik, Park menyertai AS Monaco pada 1 September 2008. Pada 13 September, dia menjaringkan gol dalam penampilan sulungnya ketika menentang FC Lorient pada minit ke 26. Semasa separuh masa kedua, dia membuat bantuan gol kepada rakan sepasukannya Frédéric Nimani sebelum digantikan pemain lain. Perlawanan berakhir dengan keputusan 2-0, dan Park dinamakan Pemain Terbaik Perlawanan.

Pada 13 Februari 2011, Park menjaringkan gol ketujuh musimnya ketika kemenangan 3–1 ke atas FC Lorient. Tiga belas hari kemudian, Park menjaringkan dua gol ketika seri 2–2 menentang SM Caen.[2]

Park Chu-Young di Arsenal

Dalam keadaan agak pelik pada 30 Ogos 2011, kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal menandatangani Park.[3] Adalah dipercayai bahawa Chu-Young mendapat minat dari Arsenal dan meninggalkan bilik hotel tanpa menghabiskan ujian perubatan dengan kelab Ligue 1, Lille OSC.[4] Dia diberikan jersi bernombor 9.[5] Pada 1 November, Chu-Young memulakan perlawanan pertamanya dalam Liga Juara-Juara Eropah, seri 0–0 menentang kelab Perancis, Marseille. Dia menjaringkan gol pertamanya untuk Arsenal ketika pusingan keempat Piala Liga Inggeris menentang Bolton Wanderers pada 25 Oktober 2011 memberikan Arsenal kemenangan 2–1.[6] Dia membuat penampilan sulungnya untuk Arsenal sebagai pemain gantian, masuk pada minit ke 82 ketika kekalahan 2–1 kepada Manchester United, pada 22 Januari 2012.

Pada 6 Mac 2012, dia membuat penampilan dengan menggantikan Theo Walcott dalam perlawanan Liga Juara-Juara, ketika menang 3–0 ke atas Milan di Stadium Emirates, namun Milan menang 4–3 secara agregat.

Pada 8 Ogos 2012, ianya telah disahkan bahawa dia telah diberi nombor 30, dengan pemain baru Lukas Podolski mengambil alih nombor 9.[7] Park tidak bermain satu perlawanan pun untuk Arsenal selama 14 bulan sehingga 30 Oktober 2013 apabila dia masuk menggantikan Aaron Ramsey pada minit ke 81 ketika menentang Chelsea dalam Piala Liga. Arsenal tewas 2–0 dalam perlawanan itu. Walaupun ada perbincangan mengenai perpindahan secara pinjaman ke Wigan Athletic, perjanjian itu tidak menjadi kenyataan.[8][9] Dari saat itu, Park tidak lagi membuat penampilan liga dengan pasukan utama. Park dikeluarkan dari kelab itu secara percuma pada 30 Jun 2014.[10]

Dipinjamkan ke Celta de Vigo

[sunting | sunting sumber]

Walaupun ada minat dari Blackburn Rovers dan Al-Hilal[11] dan khabar angin dikaitkan dengan Nottingham Forest, pada 31 Ogos 2012, Park berpindah Celta de Vigo secara pinjaman semusim dari Arsenal untuk musim La Liga 2012–13. Dia diberikan jersi bernombor 18.[12] Pada 22 September 2012, dia menjaringkan gol pertamanya ketika penampilan sulungnya di tuan rumah ketika kemenangan 2–1 ke atas Getafe, menjadikannya pemain Korea Selatan pertama untuk menjaringkan gol dalam La Liga.[13]

Dipinjamkan ke Watford

[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Januari 2014, Park dipinjamkan ke kelab Championship, Watford untuk baki musim 2013–14.[14][15] Park membuat penampilan sulung untuk Watford sebagai pemain gantian pada minit ke 90 menggantikan Fernando Forestieri ketika kemenangan 2–0 ke atas Brighton pada 2 Februari 2014.[16]

Dia memulakan perlawanan buat kali pertama untuk Watford ketika kalah 2–0 di tempat lawan menentang Bolton Wanderers pada 22 Februari 2014.

Pada 23 Mei 2014, selepas berakhirnya musim, Park termasuk dalam senarai pemain yang dikeluarkan Arsenal.[17] Kontraknya berakhir pada 30 Jun 2014.[18]

Kerjaya antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Piala Dunia FIFA 2010

[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Jun 2010, Park menjaringkan gol sendiri ketika kekalahan 4–1 kepada Argentina dalam Piala Dunia FIFA 2010.[19] Walau bagaimanapun, Park menebus kesilapannya ketika perlawanan seterusnya Korea menentang Nigeria dengan menjaringkan gol menerusi sepakan percuma untuk seri 2–2, membolehkan Korea Selatan mara ke pusingan 16. Ketika pusingan 16, sepakan percuma Park sebelum separuh masa terkena tiang. Gol lewat dari Luis Suárez meletakkan Uruguay di atas. Perlawanan berakhir dengan kemenangan 2–1 kepada Uruguay yang kemudiannya layak ke suku akhir Piala Dunia FIFA 2010, menyingkirkan Korea Selatan.

Sukan Asia 2010

[sunting | sunting sumber]

Park bersama Kim Jung-Woo, dipanggil ke pasukan B-23 untuk mengambil bahagian dalam Sukan Asia 2010 yang diadakan di Guangzhou. Pasukan itu diketuai oleh bekas kapten pasukan kebangsaan Hong Myung-Bo. Park tidak bermain dalam perlawanan pertama menentang Korea Utara, yang berakhir dengan kekalahan 0-1. Dia masuk sebagai pemain gantian dalam perlawanan seterusnya menentang Jordan, dimana Korea Selatan menang 4–0. Dia memulakan perlawanan semasa perlawanan terakhir kumpulan menentang Palestin, dimana dia menjaringkan gol kedua ketika kemenangan 3–0 sebelum dikeluarkan. Korea Selatan layak ke pusingan kalah mati, setelah berada di tempat kedua dalam Kumpulan C dengan enam mata. Dalam perlawanan seterusnya menentang China, Park bermain keseluruhan perlawanan, menjaringkan satu gol pada minit ke 50 untuk membantu Korea Selatan menang 3–0. Ketika perlawanan suku akhir menentang Uzbekistan, Park sekali lagi berpengaruh dalam memimpin Korea untuk kemenangan. Park menjaringkan gol ketiganya dalam pertandingan beberapa minit selepas separuh masa pertama masa tambahan, selepas pasukan bermain dengan keputusan seri 1-1 dalam masa biasa. Korea Selatan menang perlawanan itu dengan keputusan 3–1, dan Park dikeluarkan pada minit ke 108. Walaupun Park bermain dalam perlawanan separuh akhir menentang UAE, dia gagal menjaringkan gol dan Korea Selatan kalah 0–1 selepas UAE menjaringkan gol pada minit akhir masa tambahan. Ketika perlawanan penentuan pingat gangsa menentang Iran, Park menjaringkan gol keempatnya dalam pertandingan. Dengan South Korea ketinggalan 3–1, Park menjaringkan gol untuk menjadikan kedudukan 3–2. Korea Selatan akhirnya menang 4–3 untuk mendapat pingat gangsa, dengan dua gol dari Ji Dong-Won.

Piala Asia 2011

[sunting | sunting sumber]

Walaupun Park disenaraikan dalam skuad untuk Piala Asia 2011, dia gagal mengambil bahagian kerana kecederaan dan digantikan oleh Ji Dong-Won. Selepas pertandingan itu, dia dinamakan kapten pasukan kebangsaan menggantikan Park Ji-Sung yang bersara. Tetapi pada tahun 2012, jurulatih yang baru dilantik, Choi Kang-Hee menamakan Lee Jung-Soo sebagai kapten pasukan kebangsaan, menggantikan Park.

Olimpik London 2012

[sunting | sunting sumber]

Park dipilih sebagai pemain lebih umur oleh jurulatih Korea B-23, Hong Myung Bo untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2012 London. Park menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan menentang Switzerland. Dalam perlawanan penentuan pingat gangsa menentang Jepun, Park Chu-Young menjaringkan gol pertama dalam kemenangan 2-0.

Piala Dunia FIFA 2014

[sunting | sunting sumber]

Walaupun tidak bermain dalam pasukan utama secara tetap selama beberapa tahun, Park dimasukkan dalam skuad Korea Selatan untuk Piala Dunia FIFA 2014. Dia bermain dalam perlawanan menentang Rusia dan Algeria.Persembahan beliau adalah teruk, mencatat kosong percubaan pada sasaran dalam kedua-dua perlawanan. Dia telah digantikan oleh Kim Shin-Wook untuk perlawanan terakhir menentang Belgium.

Gol antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
# Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1. 3 Jun 2005 Uzbekistan Tashkent  Uzbekistan 1–1 1–1 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2006
2. 8 Jun 2005 Kuwait Kuwait City  Kuwait 1–0 4–0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2006
3. 21 Januari 2006 Arab Saudi Riyadh  Greece 1–1 1–1 Piala LG 2006
4. 25 Januari 2006 Arab Saudi Riyadh  Finland 1–0 1–0 Piala LG 2006
5. 1 Mac 2006 Korea Selatan Seoul Angola Angola 1–0 1–0 Perlawanan persahabatan
6. 17 Februari 2008 Republik Rakyat China Chongqing  China 1–0 3–2 Piala Asia Timur 2008
7. 17 Februari 2008 Republik Rakyat China Chongqing  China 2–2 3–2 Piala Asia Timur 2008
8. 31 Mei 2008 Korea Selatan Seoul  Jordan 2–0 2–2 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
9. 7 Jun 2008 Jordan Amman  Jordan 1–0 1–0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
10. 19 November 2008 Arab Saudi Riyadh  Arab Saudi 2–0 2–0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
11. 6 Jun 2009 Emiriah Arab Bersatu Dubai  Emiriah Arab Bersatu 1–0 2–0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
12. 12 Ogos 2009 Korea Selatan Seoul  Paraguay 1–0 1–0 Perlawanan persahabatan
13. 5 September 2009 Korea Selatan Seoul  Australia 1–0 3–1 Perlawanan persahabatan
14. 24 Mei 2010 Jepun Saitama  Jepun 2–0 2–0 Perlawanan persahabatan
15. 22 Jun 2010 Afrika Selatan Durban  Nigeria 2–1 2–2 Piala Dunia FIFA 2010
16. 25 Mac 2011 Korea Selatan Seoul  Honduras 3–0 4–0 Perlawanan persahabatan
17. 3 Jun 2011 Korea Selatan Seoul  Serbia 1–0 2–1 Perlawanan persahabatan
18. 2 September 2011 Korea Selatan Goyang  Lubnan 1–0 6–0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
19. 2 September 2011 Korea Selatan Goyang  Lubnan 2–0 6–0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
20. 2 September 2011 Korea Selatan Goyang  Lubnan 4–0 6–0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
21. 6 September 2011 Kuwait Kuwait City  Kuwait 1–0 1–1 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
22. 11 Oktober 2011 Korea Selatan Suwon  Emiriah Arab Bersatu 1–0 2–1 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
23. 11 November 2011 Emiriah Arab Bersatu Dubai  Emiriah Arab Bersatu 2–0 2–0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
24. 5 Mac 2014 Greece Athens  Greece 1–0 2–0 Perlawanan persahabatan

Statistik kerjaya

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 11 Jun 2014.[20]
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Benua Jumlah
Kmncln Gol Bantuan Gol Kmncln Gol Bantuan Gol Kmncln Gol Bantuan Gol Kmncln Gol Bantuan Gol Kmncln Gol Bantuan Gol
FC Seoul 2005 19 12 3 2 0 - 11 6 1 32 18 4
2006 26 7 1 2 2 0 4 1 0 32 10 1
2007 11 2 0 1 0 0 3 3 0 15 5 0
2008 13 2 4 0 0 0 4 0 0 17 2 4
Jumlah 69 23 8 5 2 0 22 10 1 96 35 9
Monaco 2008–09 31 5 5 3 1 1 1 0 0 35 6 6
2009–10 27 8 3 5 1 0 1 0 0 33 9 3
2010–11 33 12 0 0 0 0 2 0 0 35 12 0
Jumlah 91 25 8 8 1 1 4 0 0 103 27 9
Arsenal 2011–12 1 0 0 0 0 0 3 1 0 2 0 0 6 1 0
2013–14 0 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0 1 0 0
Jumlah 1 0 0 0 0 0 4 1 0 2 0 0 7 1 0
Celta de Vigo (pinjaman) 2012–13 21 3 1 4 1 0 25 4 1
Jumlah 21 3 1 4 1 0 25 4 1
Watford F.C. (pinjaman) 2013–14 2 0 0 0 0 0 2 0 0
Jumlah 2 0 0 0 0 0 2 0 0
Jumlah keseluruhan 182 51 17 17 5 1 30 11 1 2 0 0 231 67 19

FC Seoul

AS Monaco

Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
  • Penjaring terbanyak Kejohanan Daegu MBC B-18 : 2003
  • Penjaring terbanyak Kejohanan Keumgangdaegi B-18 : 2003
  • Penjaring terbanyak Kejohanan President's B-18 : 2003
  • Penjaring terbanyak Kejohanan Autumn's B-18 : 2003

Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Player Profile: Chu-Young Park". Premier League. Dicapai pada 31 January 2012.[pautan mati kekal]
  2. ^ "Match Stats AS Monaco FC – SM Caen". Ligue 1. 26 February 2011.
  3. ^ "Arsenal seal Park Chu-Young deal". ESPN Soccernet. 30 August 2011. Dicapai pada 30 August 2011.
  4. ^ "Arsenal steal South Korean idol Park Chu-Young from Lille" The Telegraph 27 August 2011 Retrieved 2 September 2012
  5. ^ "Arsenal to sign striker Ju Young Park". Arsenal F.C. 30 August 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-28. Dicapai pada 2014-10-11.
  6. ^ "Gunners saved by quickfire double". ESPN. 25 October 2011. Dicapai pada 23 August 2012.
  7. ^ "Squad numbers updated for start of season". Arsenal Football Club. 17 August 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-20. Dicapai pada 22 August 2012.
  8. ^ "Wigan confirm plans to sign Arsenal flop Park Chu-Young on-loan". Metro. Dicapai pada 29 January 2014.
  9. ^ "Arsenal misfit Park Chu-Young being lined up for loan move to Wigan". Mirror. Dicapai pada 29 January 2014.
  10. ^ "Clubs submit retained and released lists".
  11. ^ "Arsenal tell flop striker Park Chu-Young he must find new club". Metro. Dicapai pada 28 December 2012.
  12. ^ "'셀타 비고' 이적 박주영, 등번호 18번 확정". 스타 N news. 9. 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-17. Dicapai pada 2014-10-11. Check date values in: |date= (bantuan)
  13. ^ "¡Bienvenidos al Celta Park!". MARCA.COM. Dicapai pada 22 September 2012.
  14. ^ "Park Arrives On Loan". Watford F.C. 31 January 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-02. Dicapai pada 31 January 2014.
  15. ^ "Ju Young Park joins Watford on loan". Arsenal F.C. 31 January 2014. Dicapai pada 31 January 2014.
  16. ^ http://www.bbc.co.uk/sport/0/football/25900486
  17. ^ "Clubs submit retained and released lists". Premier League. 23 May 2014. Dicapai pada 23 May 2014.
  18. ^ "Out of favor with Arsenal, Park Chu-young seeks to stay in Europe: agent". Yonhap News Agency. 1 July 2014. Dicapai pada 29 July 2014.
  19. ^ Stevenson, Jonathan (17 June 2010). "Argentina 4–1 South Korea". BBC Sport. Dicapai pada 2010-06-17.
  20. ^ "Park Chu-young". KLeague.com.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]