Animonsta Studios
Jenis/bentuk sah | Animasi |
---|---|
Industri | Media dan Hiburan |
Ditubuhkan | 2009 |
Pengasas | Mohd Nizam Abd Razak Muhammad Anas Abdul Aziz Mohd Safwan Abd Karim Kee Yong Pin |
Ibu pejabat | Cyberjaya, Selangor, Malaysia |
Tokoh penting | Mohd Nizam Abd Razak (Pengasas Bersama, Pengarah Urusan, Penerbit & Pengarah) Mohd Safwan Abd Karim (Pengasas Bersama & Pengarah Pembangunan) Muhammad Anas Abdul Aziz (Pengasas Bersama, Pengarah Kreatif, Showrunner & Pengarah Audio) Kee Yong Pin (Pengasas Bersama, Pengarah Operasi & Penerbit Eksekutif) Faiz Zainal Aabidin (Pengarah MONSTA Agency & Distributions) |
Keluaran | Animasi CGI |
Anak syarikat | Monsta Store |
Tapak web | monsta.com |
sunting · sunting di Wikidata |
Maklumat YouTube | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Saluran | |||||||||||||
Tahun aktif | 2014 - kini | ||||||||||||
Pelanggan | 10 juta | ||||||||||||
Jumlah tontonan | 3.94 bilion | ||||||||||||
Rangkaian | YouTube | ||||||||||||
| |||||||||||||
Dikemaskini pada 24 Disember 2022 |
Animonsta Studios Sdn. Bhd. (Jawi: انيمونستا ستوديوس س.د.ن. ب.ح.د. ) diringkaskan sebagai MONSTA ialah sebuah syarikat animasi Malaysia yang mengembangkan kandungan kreatif untuk pasaran Malaysia dan antarabangsa. Nizam Razak, Anas Abdul Aziz, Safwan Karim dan Kee Yong Pin menubuhkan syarikat ini pada 15 September 2009 selepas mereka meninggalkan Les' Copaque Production.
Beribu pejabat di Cyberjaya,[1] Animonsta menerima status MSC Malaysia pada 2011.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Animonsta Studios ditubuhkan untuk menghasilkan animasi yang membawa kandungan segar dengan nilai-nilai yang baik untuk pasaran universal. Produk mempunyai kandungan sejagat tetapi dengan sentuhan tempatan melalui, cerita yang menghiburkan dan watak-watak yang tidak dapat dilupakan. Anatara kepakaran mereka sebagai penerbit adalah filem cetera, siri TV, cenderamata dan produk berkaitan lain dalam perniagaan harta intelek.
Pengasas-pengasas Animonsta mempunyai pengalaman industri dalam mencipta filem animasi 3D dan animasi 'blockbuster'.[2] Dengan gabungan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh sebelumnya, mereka telah menubuhkan Animonsta Studios dengan tujuan untuk membawa kandungan sejagat dengan sentuhan tempatan untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.
Produk pertama mereka, BoBoiBoy adalah tentang pengembaraan BoBoiBoy dan rakan-rakannya yang menentang makhluk asing yang menyerang bumi untuk mendapatkan koko. Siri asal BoBoiBoy meliputi 3 musim yang berjumlah 52 episod. Ini diikuti oleh sebuah filem penuh BoBoiBoy: The Movie[3] yang disiarkan di pawagam, dan kemudiannya penjenamaan semula siri itu yang bertajuk BoBoiBoy Galaxy[4] yang memaparkan watak-watak yang sama tapi kini berusia remaja dalam skop antara-planet yang lebih luas. Walaupun sasaran francais ini adalah kanak-kanak dan remaja, isi kandungannya juga sesuai untuk tontonan bersama seisi keluarga.[5]
Sebuah filem susulan kepada BoBoiBoy: The Movie[6] serta juga sebuah siri animasi baharu bertajuk Mechamato telah diumumkan, di mana pelancaran kedua-dua projek ini dirancang dalam tahun 2019.[7]
Francais media
[sunting | sunting sumber]Dunia Power Sphera
[sunting | sunting sumber]Animonsta Studios mengembangkan naratif dunia BoBoiBoy dengan pelbagai watak, adiwira dan sebagainya yang akan menggabungkan BoBoiBoy dengan pelbagai siri seperti Mechamato dan pelbagai lagi adiwira akan datang dalam Dunia Power Sphera. Menerusi dunia cereka ini, Monsta akan mengembangkan lagi harta intelek (IP) mereka dengan pelbagai lagi penceritaan unik[8].
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Siri televisyen
[sunting | sunting sumber]- BoBoiBoy (2011–2016)
- BoBoiBoy Galaxy (2016–kini)
- Galaxy Musim 1 (2016–2018)
- Galaxy Musim 2 (2023–kini)[9]
- The King of Fighters: Destiny (2017–2018)
- Fly With Yaya (2018–kini)
- Papa Pipi (2019–kini)
- Mechamato (2021–kini)
Filem
[sunting | sunting sumber]- BoBoiBoy: The Movie (Mac 2016)
- BoBoiBoy Movie 2 (Ogos 2019)
- Mechamato Movie (Disember 2022)
- Papa Game On (Januari 2025)
- BoBoiBoy Movie 3 (2025)
- Mechamato Movie 2 (2026)
Filem pendek
[sunting | sunting sumber]- Geng BoBoiBoy Pergi Ke Singapura (September 2025)
Dewasa
[sunting | sunting sumber]- Sasha Kucing Perut Selangkangan Menjadi Bunting (Mei 2025)
Filem pendek special
[sunting | sunting sumber]- BoBoiBoy: Kebenaran Raya (Jun 2019)
- BoBoiBoy & Mechamato: Memori Eidulfitri (Mei 2021)
- BoBoiBoy: Kembali Aldilfitri (April 2022)
- BoBoiBoy & Mechamato: Temani Raya (April 2023)
- Papa & Pipi: Pindah (April 2024)
Akan datang
[sunting | sunting sumber]- BoBoiBoy B.I.G[10]
- Destinasi Terbaik
Lainnya
[sunting | sunting sumber]- Apa Kata Yaya
- BoBoiBoy Bantu
- OldTown White Coffee's Superhero Elemen
- BoBoiBoy x PUBG
- BoBoiBoy x Air Selangor
- KuBasMi (Yakult)
- BoBoiBoy Beyond (Digayakan dengan Be10nd sempena 10 tahun BoBoiBoy)
- BoBoiBoy x GSC PSA
- TGV PSA (BoBoiBoy)
- TM Tower x BoBoiBoy Movie 2
- Mechamato x GSC PSA
- Mechamato x PUBG
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Contact Us." Animonsta Studios. Dicapai pada 2 Jan, 2019. "L1-01,L1-02 & L1-03, CoPlace 3, Block 3740, Cyber 8, Persiaran APEC, 63000 Cyberjaya, Selangor, MALAYSIA."
- ^ "Boboiboy: The Movie hits RM10.5m mark, now among top 5 highest grossing local movies" New Straits Times. 17 March 2016. Dicapai pada 15 Jan 2019.
- ^ "BoBoiBoy: The Movie sasar kutip RM25j" Berita Harian. 2 Feb 2016. Dicapai pada 10 Feb 2016.
- ^ "Kenapa BoBoiBoy menjadi BoBoiBoy Galaxy, 13 rahsia didedahkan" The Vocket. 6 Dec 2016. Dicapai pada 6 Dec 2016.
- ^ "BoBoiBoy creator Nizam Razak and his Malaysian superhero Diarkibkan 2017-11-27 di Wayback Machine" Star2.com. 26 Jul 2017. Dicapai pada 10 Jan 2019.
- ^ "Monsta Reveals First Full-fledged ‘BoBoiBoy Movie 2’ Key Visual" Laman web rasmi Animonsta Studios. September 2018. Dicapai pada 10 Jan 2019.
- ^ "Monsta goes big with BoBoiBoy sequel and more" The New Straits Times. 1 October 2018. Dicapai pada 1 Jan 2019.
- ^ Najmi (Februari 26, 2020). "Monsta Umum Power Sphera Universe (PSU) – Dunia BoBoiBoy Dikembangkan Dengan Pelbagai Siri". Aksiz. Dicapai pada 17 Julai 2022.
- ^ "Boboiboy Galaxy Versi Musim 2 Keluaran Animasi Disember 2023".
- ^ "B.I.G. Ramai sangkakan ia adalah musim baru BoBoiBoy Galaxy. Tetapi terkini, CEO Monsta, Nizam Razak telah mengesahkan yang B.I.G adalah satu projek BoBoiBoy baru".