Orochimaru (Naruto)
Orochimaru (大蛇丸) ialah salah satu watak fiksyen dan sala satu watak orang jahat utama dalam siri anime dan manga Naruto.
Personaliti, kelakuan dan watak Orochimaru bersama-sama dengan watak Jiraiya dan Tsunade dipinjam daripada sebuah kesusasteraan Jepun iaitu Jiraiya Goketsu Monogatari (児雷也豪傑物語, "Kisah Jiraiya Yang Gagah Berani"), dan watak Orochimaru dalam cerita ini ialah pada asalnya merupakan anak murid kepada Jiraiya sehinggalah dia terpengaruh dengan kuasa sihir ular.
Orochimaru ialah lelaki tetapi bercakap dalam ton suara wanita untuk menjadikannya lebih licik dan jahat.
Latar Belakang
[sunting | sunting sumber]Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Orochimaru ialah bekas pelajar Hokage Ketiga.Orochimaru juga merupakan bekas rakan sepasukan Jiraiya dan Tsunade dan mereka bertiga dikenali sebagai 'Tiga Lagenda'. Ibu bapanya meninggal dunia ketika Orochimaru masih muda. Maka, dia perlu berdikari dan mempertahankan dirinya sepanjang zaman kanak-kanaknya. Semasa di bawah bimbingan Yang Ketiga, beliau telah menyedari bakat semulajadi Orochimaru dan selalu menasihati Jiraiya agar mencontohi Orochimaru. Tetapi, Yang Ketiga juga sedar kejahatan dan keinginan untuk menjadi lebih berkuasa yang terpendam dalam jiwanya. Namun demikian, beliau memilih untuk berpura-pura tidak mengenali bahagian ini dalam diri Orochimaru dan sentiasa berharap untuk menguburkan personaliti ini. Dengan masa, Orochimaru menjalin hubungan persahabatan dengan Jiraiya di samping semakin ketagih akan kuasa.
Selepas menuntut ilmu dengan Yang Ketiga buat beberapa belas tahun, Orochimaru mula bertindak atas keinginan peribadi agar hidup selama-lamanya supaya dapat mempelajari semua jurus yang wujud di dunia. Untuk mencapai matlamat ini, Orochimaru menculik penduduk kampung dan menjalankan eksperimen ke atas mereka dengan objektif untuk mempelajari lebih banyak tentang fungsi tubuh manusia dan perubahan yang boleh ditanggungnya. Orochimaru pernah memberi tanda sumpahan yang unik kepada 10 orang budak-budak. Hanya seorang sahaja yang tidak mati iaitu Mitarashi Anko. Orochimaru juga pernah menyuntik gen Hokage Pertama ke dalam 60 bayi dengan niat untuk mereplikasi keupayaan Yang Pertama menggunakan jurus Mokuton dan mengawal syaitan berekor. Orochimaru menganggap kesemua subjek uji kaji telah mati walhal hanya seorang yang berjaya meneruskan hidup iaitu Yamato.
Semasa Orochimaru menjalankan eksperimen-eksperimennya secara rahsia, dia juga cuba untuk meraih nama Hokage dengan harapan gelaran tersebut dapat mempermudah jalannya untuk mempelajari jurus-jurus rahsia. Apabila Yang Ketiga menghampiri masa persaraan, beliau cuba mengajar Orochimaru konsep kekuatan sebenar seorang shinobi yang lahir daripada azam untuk melindungi orang lain dan semua penduduk kampung perlu dilihat sebagai ahli keluarga. Tetapi, Orochimaru tidak mengendahkan nasihat gurunya. Hampa, Yang Ketiga menyerahkan jawatan Hokage kepada anak murid Jiraiya sekaligus memusnahkan cita-cita Orochimaru.
Meninggalkan Konoha
[sunting | sunting sumber]Orochimaru tidak lagi mempunyai sebab untuk tinggal di Konoha. Maka, dia mula menjalankan penculikan dan uji kaji dengan lebih terbuka sehinggalah Yang Ketiga menyedari rancangan sebenar Orochimaru. Apabila tindakannya telah diketahui oleh gurunya, Orochimaru memberi peluang kepada Yang Ketiga untuk membunuhnya. Tetapi, Yang Ketiga tidak sampai hati untuk mengambil nyawa anak murid kesayangannya. Orochimaru berjaya melarikan diri. Jiraiya, sebagai sahabat baiknya, cuba mengubah fikiran Orochimaru dan berusaha untuk memujuknya agar kembali ke Konoha. Orochimaru tidak mempedulikan kata-kata Jiraiya dan kini membenci Konoha yang dahulunya pernah menjadi rumahnya.
Setelah membelakangi Konoha, Orochimaru menganggotai Akatsuki dan dipasangkan dengan Sasori. Tindakannya dalam Akatsuki tidak diketahui. Tetapi, Orochimaru cuba mendekati Uchiha Itachi dengan niat untuk memperoleh badan Itachi dan Sharingannya. Orochimaru gagal kerana kekuatan Itachi melampaui kekuatan dirinya. Maka, dia mengalihkan perhatian kepada adik Itachi yang jauh lebih lemah, Sasuke. Orochimaru kemudiannya meninggalkan Akatsuki. Keunikan misteri cincinnya, pengetahuannya tentang rancangan Akatsuki dan hubungan buruk dengan Akatsuki mendorong ahli-ahli organisasi untuk membunuh Orochimaru. Sasori menghantar seorang pengintip ke sisi Orochimaru iaitu Yakushi Kabuto. Tetapi, Orochimaru menyedari hal ini dan meyakini Kabuto agar bersekutu dengannya. Orochimaru sendiri juga berdendam dengan Akatsuki dan ingin melihat organisasi itu rebah menyembah bumi. Tetapi, dia lebih berasa puas membiarkan Konoha menentang Akatsuki. Malahan, dia sanggup membiarkan Naruto dan rakan-rakannya hidup supaya mereka dapat membunuh lebih banyak ahli Akatsuki bagi pihaknya.
Selain itu, Orochimaru mengasaskan Otogakure, Kampung Bunyi yang didiami oleh ninja yang taat kepadanya. Tetapi kampung ini tidak diiktiraf sebagai kampung ninja yang sah oleh mana-mana lima kuasa ninja utama; kelima-lima Kage tidak akan mengakui seorang penjenayah pangkat-S sebagai salah seorang daripada mereka. Walaupun begitu, penduduk Kampung Bunyi menggelar Orochimaru sebagai Otokage meskipun dia bukan Kage yang sebenar. Pun begitu, telah dibuktikan bahawa Orochimaru mampu bertarung pada tahap seorang Kage.
Kebolehan
[sunting | sunting sumber]Sebagai salah satu 'Tiga Lagenda' dan bekas ahli Akatsuki, Orochimaru merupakan seorang ninja yang berkemahiran tinggi. Selepas meninggalkan Konoha, Orochimaru banyak melakukan perubahan ke atas tubuhnya. Dia kini mampu meregangkan badannya dan rupa parasnya tidak lagi seperti manusia biasa. Dia hanya memperlihatkan beberapa jenis jurus di sepanjang siri animasi, tetapi usahanya untuk mempelajari semua jurus yang wujud membuktikan bahawa kebolehan Orochimaru yang sebenar belum ditunjukkan lagi. Teknik-teknik yang sering digunakannya biasanya melibatkan ular, penjanaan semula dan transportasi.
Minatnya terhadap ular menyebabkan Orochimaru menambahkan kontrak menyeru ular pada lengannya bagi membenarkan Orochimaru menyeru ular dengan senang. Hasil kajiannya juga membolehkan Orochimaru bertukar badan setiap tiga tahun. Oleh sebab itu, Orochimaru tidak perlu melalui proses penuaan. Tetapi, proses ini mendesak tubuh fizikalnya mengambil bentuk seekor ular gergasi yang terdiri daripada beribu-ribu ular kecil.
Orochimaru amat suka akan konflik dan kekecohan dan menjadi bosan apabila tiada perbalahan berlaku. Morino Ibiki mendakwa bahawa apabila dia bersemuka dengan Orochimaru ketika dia muda, dia berasa takut dan berfikir bahawa Orochimaru ialah raksasa bertopeng manusia. Walau bagaimanapun, Orochimaru mempunyai kebolehan luar biasa untuk memenangi taat setia orang yang tidak mempunyai tujuan dalam kehidupan. Dia memberi tanda sumpahan kepada beberapa pengikut yang handal dengan menjanjikan kuasa yang hebat sebagai ganti. Banyak pengikut menghormati dan mengaguminya tetapi Orochimaru langsung tidak mengambil berat terhadap kebajikan pengikutnya. Dia hanya melayan orang bawahannya sebagai buah catur yang akan melaksanakan hajatnya. Orochimaru menunjukkan perhatian yang lebih kepada mereka yang bakal menjadi bekas jiwanya supaya jangka hayatnya dapat dipanjangkan. Templat:Endspoiler
Sumber-sumber
[sunting | sunting sumber]- Buku Data Rasmi Pertama (秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK , Buku Watak Rasmi)
- Buku Data Rasmi Kedua (秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK , Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi)
- Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini , Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
- Buku panduan anime dan manga Naruto (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini , Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
- Diambil secara terus daripada babak manga dan episod anime Naruto.