Pergi ke kandungan

Onryō

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambaran onryō yang menyerang, dari Kinsei-Kaidan-Shimoyonohoshi (近世怪談霜夜星) karya Hokusai tahun 5 Bunka/1808 M

Onryō (怨 霊, "semangat dendam" atau "semangat murka")[1] merujuk kepada roh atau hantu (yūrei) yang dipercayai orang Jepun berkeupayaan menyebabkan bahaya di dunia alam yang hidup, sama ada mencederakan atau membunuh musuh bahkan juga menyebabkan bencana alam dan kemalangan[1] sambil mengambil roh mangsa yang terkorban, sebagai membalas dendam atas segala penderitaan dialami empunya badan ketika masih hidup. Roh-roh ini mesti ditenangkan agar dapat dihalang daripada membuat sebarang kerosakan lanjut.[2]

  1. ^ a b Grappard, Allan G. (1988), "Religious practices", dalam Hall, John Whitney (penyunting), The Cambridge History of Japan, 2, m/s. 559–, ISBN 978-0521223539
  2. ^ O'Sullivan, Dan (27 Oktober 2020). "Japan's Onryō Spirits Inhabit a Purgatory of Revenge and Cosmic Rage". Atlas Obscura (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Mei 2021.