O Canada
O Canada ("Wahai Kanada", Perancis: Ô Canada ) ialah lagu kebangsaan negara Kanada.
Lagu ini pada asalnya dalam bahasa Perancis di mana ia wujud sebagai lagu tema sambutan hari keraian santo penaung Quebec, Saint-Jean-Baptiste, atas permintaan Leftenan Gabenor jajahan tersebut: muziknya digubah oleh Calixa Lavallée sementara liriknya dinukilkan Adolphe-Basile Routhier. Terjemahan rasmi lirik lagu ini dalam bahasa Inggeris disediakan Robert Stanley Weir, seorang hakim dari Quebec pada tahun 1908.[1]
Lirik
[sunting | sunting sumber]Lirik bahasa Inggeris
O Canada!
Our home and native land!
True patriot love in all of us command.
With glowing hearts we see thee rise,
The True North strong and free!
From far and wide,
O Canada, we stand on guard for thee.
God keep our land glorious and free!
O Canada, we stand on guard for thee.
O Canada, we stand on guard for thee.
Terjemahan lirik bahasa Inggeris
Wahai Kanada,
rumah dan tanah air kita,
meminta cinta negara dari kami semua.
Dengan hati yang berseri
kami melihat engkau bangkit
(menjadi) Sang Utara Sebenar yang kuat dan bebas!
Dari jauh dan dekat, Wahai Kanada,
kami berjaga sedia untukmu.
Tuhan peliharakan bumi kita
gemilang dan bebas!
Wahai Kanada,
kami berjaga sedia mempertahankanmu.
Wahai Kanada,
kami berjaga sedia mempertahankanmu.
Lirik bahasa Perancis (yang asal)
Ô Canada!
Terre de nos aïeux,
Ton front est ceint de fleurons glorieux!
Car ton bras sait porter l'épée,
Il sait porter la croix!
Ton histoire est une épopée
Des plus brillants exploits.
Et ta valeur, de foi trempée,
Protégera nos foyers et nos droits.
Protégera nos foyers et nos droits.
Terjemahan lirik bahasa Perancis
Wahai Kanada!
Tanah nenek moyang kita,
Wajahmu dihiasi permata gemilang!
Kerana tanganmu tahu menghunus pedang[fn 1]
Lenganmu tahu memikul salib [mempertahankan agama]![fn 2]
Sejarah engkaulah yang terhebat
dari segala usaha cerdas.
Dan keberanianmu, bersih dalam iman
akan menjaga tanah dan hak kita,
akan menjaga tanah dan hak kita.
- Nota kaki
- ^ Dalam konteks asal penukilan lirik, ia merujuk kepada imej Quebec yang mempertahankan identiti budaya ia.
- ^ Agama Katolik Rom yang dimaksudkan, lagi-lagi dengan tujuan lagu ini digubah sempena hari seorang santo.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Full history of 'O Canada'". Department of Canadian Heritage. Dicapai pada 25 September 2019.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Persembahan pemainan instrumental lagu ini oleh Orkestra Simfoni Toronto