Nisekoi
Nisekoi | |
ニセコイ | |
---|---|
Genre | Komedi, Romantik |
Manga | |
Nisekoi (siri pendek) | |
Pengarang | Naoshi Komi |
Penerbit | Shueisha |
Demografik | Shonen |
Pencetakan | Jump Comics |
Majalah Asal | Jump NEXT! |
Terbitan | 8 Januari 2011 |
Manga | |
Pengarang | Naoshi Komi |
Penerbit | Shueisha |
Demografik | Shonen |
Pencetakan | Jump Comics |
Majalah Asal | Weekly Shonen Jump |
Tarikh Pengeluaran | 7 November 2011 – 8 Ogos 2016 |
Jilid | 25 |
Siri novel | |
Nisekoi: Urabana | |
Pengarang | Hajime Tanaka |
Ilustrasi | Naoshi Komi |
Penerbit | Shueisha |
Demografik | Male |
Pencetakan | Jump j-Books |
Tarikh Pengeluaran | 4 Jun 2013 – 28 Disember 2013 |
Jilid | 2 |
Siri televisyen anime | |
Pengarah | Naoyuki Tatsuwa Akiyuki Shinbo |
Penerbit | Atsuhiro Iwakami Hiro Maruyama Hiroyuki Kiyono Mitsutoshi Kubota |
Skrip/Penulis | Akiyuki Shinbo Fuyashi Tou |
Lagu/Muzik | Satoru Kousaki |
Studio | Shaft |
Penyiaran Asal | Tokyo MX, GTV, GYT, tvk, CTC, TVS, TVA, MBS, TVQ, TVh, BS11 |
Tarikh tayangan | 11 Januari 2014 – 24 Mei 2014 |
Episod | 20 3 OVA |
Permainan | |
Nisekoi: Yomeiri!? | |
Pembangun | Konami |
Pengeluar | Konami |
Pelantar | PlayStation Vita |
Tarikh dikeluarkan | |
Siri televisyen anime | |
Nisekoi: | |
Pengarah | Naoyuki Tatsuwa Akiyuki Shinbo |
Penerbit | Atsuhiro Iwakami Hiro Maruyama Hiroyuki Kiyono Mitsutoshi Kubota |
Skrip/Penulis | Akiyuki Shinbo Fuyashi Tou |
Lagu/Muzik | Satoru Kousaki |
Studio | Shaft |
Penyiaran Asal | Tokyo MX, BS11, MBS |
Tarikh tayangan | 10 April 2015 – 26 Jun 2015 |
Episod | 12 1 OVA |
Nisekoi (ニセコイ , "Cinta Palsu"), ialah siri manga karya Naoshi Komi. Nisekoi mula diterbitkan sebagai satu siri pendek telah dikeluarkan pada 8 Januari 2011 dalam majalah Jump NEXT! dihasilkan oleh syarikat Shueisha. Mulai November 2011, Nisekoi mula dikeluarkan di Shueisha Shonen Jump sebagai keluaran bersiri pada setiap minggu. Siri Nisekoi dalam Shonen Jump terkumpul terhasil sebanyak 25 tankobon setakat ini.
Siri anime telah dihasilkan oleh syarikat animasi Shaft diketuai oleh karya asal Naoshi Komi dan pengarah cerita Naoyuki Tatsuwa dan Akiyuki Shinbo. Siri anime ini juga telah ditayangkan sebanyak dua musim; 20 episod musim pertama, 12 episod musim kedua dikenali sebagai "Nisekoi:" dan empat video animasi asal (OVA).
Siri Nisekoi mengisahkan seorang remaja lelaki bernama Raku Ichijo yang ingin tahu siapakah perempuan misteri yang telah memberikan sebuah rantai loket berbentuk mangga kepadanya sebagai janji perkahwinan.
Jalan cerita
[sunting | sunting sumber]Raku Ichijo merupakan seorang pelajar sekolah menengah tinggi tinggal bersama ayahnya iaitu ketua samseng yakuza puak Shuei-Gumi. Raku jatuh hati kepada rakan sekelasnya yang juga kawan sekolah sejak sekolah menengah rendah iaitu Kosaki Onodera. Pada suatu hari, seorang perempuan berambut panjang berwarna perang yang menyerang Raku tidak sengajanya telah menyebabkan loketnya hilang. Perempuan tersebut iaitu Chitoge Kirisaki merupakan pelajar pertukaran dari Amerika Syarikat dan anak kepada ketua samseng Beehive. Chitoge telah terjumpa loket kepunyaan Raku dan memberi kepada Raku secara ganas sehingga mereka tidak suka sesama mereka.
Semasa Raku balik rumah, ayah Raku memaksa anaknya jadikan Chitoge sebagai teman wanitanya selama tiga tahun untuk menghentikan peperangan antara kumpulan Shuei-Gumi dan kumpulan Beehive.
Kosaki Onodera merupakan perempuan pemegang kunci sebenar untuk membuka loket Raku tetapi dalam kemuncak cerita ini Kosaki ditolak pelawa sebagai pasangan kekasih.
Watak
[sunting | sunting sumber]- Watak utama
- Raku Ichijo (一条 楽 , Ichijō Raku, Raku Ichijou)
- Chitoge Kirisaki (桐崎 千棘 , Kirisaki Chitoge)
- Kosaki Onodera (小野寺 小咲 , Onodera Kosaki)
Media
[sunting | sunting sumber]Manga (Komik)
[sunting | sunting sumber]Nisekoi ialah karya asal oleh Naoshi Komi. Nisekoi mula diterbitkan sebagai satu siri pendek yang telah dikeluarkan pada 8 Januari 2011 dalam majalah Jump NEXT! dihasilkan oleh syarikat Shueisha.[2] Mulai November 2011, Nisekoi mula dikeluarkan di Shueisha Shonen Jump sebagai keluaran bersiri pada setiap minggu. Siri Nisekoi dalam Shonen Jump yang terkumpul terhasil sebanyak 23 tankobon buat setakat ini.
Di Amerika Utara dan United Kingdom, Viz Media merupakan pengeluar komik rasmi dalam versi Bahasa Inggeris pada 26 November 2012 dengan nama "Nisekoi: False Love". [3][4]
Anime (Animasi)
[sunting | sunting sumber]Siri anime telah dihasilkan oleh Aniplex dan dianimasi oleh syarikat Shaft diketuai oleh karya asal Naoshi Komi dan pengarah cerita Naoyuki Tatsuwa dan Akiyuki Shinbo.
Musim pertama mempunyai 20 episod 3 OVA bermula pada 11 Januari [5] sehingga 24 Mei 2014. OVA musim pertama dipasarkan melalui DVD pada 2014. Musim kedua dikenali sebagai "Nisekoi:" [6] mempunyai 12 episod 1 OVA bermula pada 10 April sehingga 24 Mei 2015.
Di Asia Tenggara, siri anime pernah ditayangkan di Animax sebanyak dua musim.
Lagu tema
[sunting | sunting sumber]Nao Toyama, Kana Hanazawa merupakan penyanyi Jepun yang juga merupakan suara latar siri ini.
- Lagu pembukaan
- Musim 1
- Musim 2
- Lagu penutup
- Musim 1
- "Heart Pattern" dinyanyikan oleh Nao Toyama (Episod 2-7)
- "Recover Decoration" (リカバーデコレーション , Rikabā Dekorēshon) dinyanyikan oleh Kana Hanazawa (Episod 8-13)
- "Trick Box" dinyanyikan oleh Mikako Komatsu (Episod 15-17)
- "Hanagonomi" (はなごのみ ) dinyanyikan oleh Kana Asumi (Episod 18-19)
- "Souzou Diary" (想像ダイアリー , Sōzō Daiarī) dinyanyikan oleh Nao Toyama, Kana Hanazawa, Mikako Komatsu dan Kana Asumi (Episod 20 dan OVA 1-3)
- Musim 2
- "Aimai Hertz" (曖昧ヘルツ ) dinyanyikan oleh Nao Toyama, Kana Hanazawa, Mikako Komatsu dan Kana Asumi (Episod 1, 3, 6, 9, 12, OVA 4)
- "TrIGgER" dinyanyikan oleh Komatsu (Episod 2)
- "Sleep Zzz" dinyanyikan oleh Nao Toyama (Episod 4)
- "Matadou Rabu" (またどーらぶ , Matadō Rabu) dinyanyikan oleh Kana Asumi (Episod 5)
- "marchen ticktack" dinyanyikan oleh Ayane Sakura (Episod 7)
- "Tooriame Drop" (通り雨drop ) dinyanyikan oleh Yumi Uchiyama (Episod 10)
- "Crayon Cover" (クレヨンカバー , Kureyon Kabā) dinyanyikan oleh Kana Hanazawa (Episod 11, OVA 4)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ 2014-08-05, Nisekoi: Yomeiri!? Japanese release date set, Gematsu
- ^ "ジャンプNEXT!に古味直志&古舘春一の新作掲載" (dalam bahasa Jepun). Natalie.mu. 8 Januari 2011. Dicapai pada 13 Januari 2014.
- ^ "Naoshi Komi's Nisekoi Manga Joins Shonen Jump Alpha Lineup" (dalam bahasa Inggeris). Anime News Network. November 14, 2012. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "New series: Nisekoi" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-01. Dicapai pada 13 Januari 2014.
- ^ Green, Scott (3 Mac 2014). ""Nisekoi" Anime to Run 20 Episodes" (dalam bahasa Inggeris). Crunchyroll. Dicapai pada 19 Mac 2014.
- ^ "Nisekoi: False Love Manga Gets 2nd TV Anime Season" (dalam bahasa Inggeris). Anime News Network. Dicapai pada 1 Oktober 2014.
- ^ "Musical Duo Claris to Perform Nisekoi Anime's Opening Theme" (dalam bahasa Inggeris). Anime News Network. Dicapai pada 5 Disember 2013.
- ^ "ClariS to Also Perform Nisekoi's New Opening Theme Song" (dalam bahasa Inggeris). Anime News Network. Dicapai pada 5 March 2014.
- ^ "LiSA Co-Writes, Sings 2nd Nisekoi Season's Opening Theme" (dalam bahasa Inggeris). Anime News Network. 18 Mac 2015. Dicapai pada 18 Mac 2015.
- ^ ""Nisekoi" Anime to Adapt "Magical Patissier Kosaki-chan"" (dalam bahasa Inggeris). Crunchyroll. May 26, 2015. Dicapai pada 26 Mei 2015.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman sesawang anime Nisekoi (Jepun)
- Nisekoi Diarkibkan 2014-02-12 di Wayback Machine di Shueisha Shonen Jump