Pergi ke kandungan

Nilapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nilapura
Genre
Ditulis olehWan Hasliza
PengarahWan Hasliza
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifSyed Khairul Fariz
Penerbit
  • Jamaluddin Karim
  • Wan Hasliza
PenyuntingAzham Azli Yaacob
SinematografiKamal Hazizi
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
KL Motion Picture Company
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal31 Oktober 2011 – 13 Februari 2012

Nilapura ialah sebuah siri drama televisyen epik Malaysia 2011 arahan Wan Hasliza dibintangi oleh Jue Aziz, Ryzal Jaafar, Amar Asyraf dan Memey Suhaiza. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Aksi TV3 dari 31 Oktober 2011 hingga 13 Februari 2012 menggantikan Supermak.[1][2]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

Putera Rangga (Amar Asyraf) merupakan anak kedua kepada Sultan Zainal Abidin dari negara Nilapura. Setelah abangnya, Raja Murtaza dibunuh dalam peperangan, Rangga menjadi harapan tunggal bagi ayahandanya untuk mewarisi takhta. Namun, Rangga merupakan seorang yang suka berfoya-foya dan sering mengabaikan tanggungjawabnya.

Rangga mempunyai hubungan sulit dengan Ulia, isteri kedua kepada Pembesar Sata, pegawai tinggi dalam kerajaan Nilapura. Selepas Rangga ditangkap oleh pengawal Pembesar Sata ketika memanjat keluar dari bilik Ulia, Sultan Zainal Abidin bertitah untuk mengahwinkan Rangga kepada anak Raja Bumida Bimasakti. Rangga terpaksa menurut titah ayahandanya walaupun tidak rela hati.

Puteri Ratna Emas Lela (Jue Aziz) pula merupakan puteri bongsu kepada Raja Bumida Bimasakti yang berjiwa rakyat dan gemar melakukan kerja-kerja amal. Ratna sangat rapat dengan Dindra (Ryzal Jaafar), seorang pengawal diraja. Bagi menjaga kepentingan negaranya, Ratna sanggup mengetepikan perasaan cintanya terhadap Dindra dan bersetuju dengan perkahwinan diplomatik yang diaturkan.

Walaupun Ratna cuba berbaik dengan Rangga tetapi Rangga masih meneruskan hubungan dengan Ulia serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bakal pemerintah negara Bimasakti. Maka, Ratna terpaksa menggalas tanggungjawab tersebut untuk memerintah Bimasakti.

Hubungan Ratna dengan Rangga mula berubah selepas Rangga diserang hendap oleh Ghulam untuk merampas kuasa. Rangga menjadi lumpuh dan terpaksa merawat di istana Bimasakti. Dalam kesibukan untuk mentadbir negaranya, Ratna harus bertolak ansur dengan perangai suaminya yang degil dan kuat mengamuk. Akhirnya, Rangga terharu dengan kebaikan Ratna dan mula menguatkan semangat untuk sembuh. Rangga mula menyukai Ratna dan berasa cemburu dengan Dindra.

Rangga telah ditabalkan sebagai pemerintah negara Bimasakti dan mula menjalankan tanggungjawabnya. Apakah cabaran yang sedang menanti Rangga? Bagaimanakah Rangga berhadapan dengan musuhnya? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Rangga, Ratna dan Dindra?

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Penggambaran sebahagiannya dijalankan di Istana Kellie, Ipoh dan sekitar negeri Kedah.[4]

  1. ^ Drama 'Nilapura' Ganti 'Supermak' Di TV3 mStar Online (20 Oktober 2011). Dicapai pada 24 April 2013.
  2. ^ Mampukah kuasa cinta halang pergolakan takhta? Berita Harian (25 Disember 2011). Dicapai pada 24 April 2013.
  3. ^ Nilapura (2011): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 7 Mei 2019.
  4. ^ Budiey (19 Oktober 2011). Drama Nilapura Lakonan Jue Aziz dan Ramona Zam Zam Sensasi Selebrti. Dicapai pada 24 April 2013.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]