Negeri Bebas Prusia
Negeri Bebas Prusia Freistaat Preußen | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negeri Jerman | |||||||||||||
1918–1947 | |||||||||||||
| |||||||||||||
Negeri Bebas Prusia pada 1925 | |||||||||||||
Ibu kota | Berlin | ||||||||||||
Keluasan | |||||||||||||
• 1925[1] | 292,695.36 km2 (113,010.31 bt2) | ||||||||||||
Populasi | |||||||||||||
• 1925[1] | 38175986 | ||||||||||||
History | |||||||||||||
Kerajaan | |||||||||||||
• Jenis | Republik | ||||||||||||
• Moto | Gott mit uns "Tuhan bersama kami" | ||||||||||||
Reichsstatthalter | |||||||||||||
• 1933–1935 | Adolf Hitler | ||||||||||||
• 1935–1945 | Hermann Göring | ||||||||||||
Ketua Menteri | |||||||||||||
• 1918 | Friedrich Ebert (pertama) | ||||||||||||
• 1933–1945 | Hermann Göring (terakhir) | ||||||||||||
Badan perundangan | Dewan Undangan Negeri | ||||||||||||
• Dewan Atas | Majlis Negeri | ||||||||||||
• Dewan Rendah | Dewan Perwakilan | ||||||||||||
Era bersejarah | Zaman antara perang/Perang Dunia II | ||||||||||||
9 November 1918 | |||||||||||||
30 November 1920 | |||||||||||||
20 Julai 1932 | |||||||||||||
30 Januari 1933 | |||||||||||||
30 Januari 1935 | |||||||||||||
25 Februari 1947 | |||||||||||||
| |||||||||||||
Hari ini sebahagian daripada | Jerman Poland Rusia |
Negeri Bebas Prusia (Jerman: Freistaat Preußen ) adalah sebuah negeri di Jerman dari tahun 1918 hingga 1947.
Negeri Bebas Prusia telah ditubuhkan pada 1918 berikutan peristiwa Revolusi Jerman, membubarkan Empayar Jerman dan menubuhkan Republik Weimar selepas Perang Dunia I. Negeri baru ini adalah pengganti Kerajaan Prusia, tetap menampilkan kerajaan demokratik, republikan dan kawasan yang lebih kecil berdasarkan pada perubahan wilayah selepas perang. Prusia kekal negeri dominan Jerman, merangkumi hampir 5⁄8 (62.5%) wilayah dan populasi negara itu, dan tempat kediaman ibu negara persekutuan, Berlin.[1] Prusia berubah dari negeri autoritarian yang diperintah kerajaan yang lalu kepada benteng demokratik didalam Republik Weimar dimana, tidak seperti negeri-negeri yang lain, parti-parti demokratik selalu berkuasa dengan majoriti.
Kerajaan demokratik Negeri Bebas Prusia telah digulingkan dalam Preußenschlag pada 1932, meletakkan negeri itu dibawah pemerintahan langsung dalam coup d'etat oleh Canselor Franz von Papen dan memaksa Ketua Menteri Otto Braun berhenti. Penubuhan Jerman Nazi pada 1933 memulakan proses Gleichschaltung, mengakhiri cabaran undang-undang bagi Preußenschlag dan meletakkan Prusia dibawah pemerintahan langsung Parti Nazi, dengan Hermann Göring sebagai Ketua Menteri. Pada tahun 1934, kesemua negeri Jerman secara de facto telah digantikan oleh sistem Gaue dan ditukar ke badan-badan asas, secara efektif menamatkan Prusia sebagai unit wilayah tunggal Jerman. Selepas berakhirnya Perang Dunia II pada 1945, Otto Braun mendekati pegawai pihak Bersekutu di Jerman taklukan Bersekutu untuk mengembalikan kerajaan sah Prusia, tetapi telah ditolak dan Prusia dimansuhkan pada tahun 1947.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Negeri Bebas Prusia |