Nazim Othman
Nazim Othman | |
---|---|
Kelahiran | Nushrul Alif bin Othman 16 September 1984 |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan | Pelakon, model, pengacara, penyanyi |
Tahun aktif |
|
Ketinggian | 178 cm (5 ka 10 in) |
Pasangan | Bella Dally (k. 2016; c. 2018) |
Nushrul Alif Othman (lahir 16 September 1984) yang dikenali sebagai Nazim Othman merupakan seorang pelakon, model, pengacara dan penyanyi lelaki Malaysia. Beliau pertama kali muncul dalam drama Frontpage pada 2008. Memulakan kerjaya awal sebagai pramugara di Penerbangan Malaysia, beliau popular dalam drama bersiri Dejavu di Kinabalu, Kau Yang Terindah, Epilog Cinta Khirana dan Sangkar. Dengan kerjaya lakonannya yang menjangkaui 15 tahun, Nazim diketahui banyak menumpukan perhatian kepada drama TV dan tidak memilih untuk berlakon dalam filem cereka.[1]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Nazim Othman pernah bertugas sebagai pramugara di Penerbangan Malaysia selama empat tahun.[2] Selepas meninggalkan kerjayanya di awan biru, Nazim mula berkecimpung dalam bidang lakonan. Penampilan televisyen pertamanya ialah menerusi peranan kecil dalam drama Frontpage.
Pada tahun 2017, Nazim memulakan kerjayanya dalam bidang muzik dengan merakamkan single pertama, "Kerana Cinta" hasil nukilan Hael Husaini. Ia dikeluarkan pada April 2017.[3]
Gempak Superstar
[sunting | sunting sumber]Persembahan
[sunting | sunting sumber]Nazim merupakan salah seorang peserta Gempak Superstar 2016.[4] Sepanjang persembahannya di Gempak Superstar, beliau menyanyikan lagu:
- Minggu 1: "Cindai" nyanyian asal Siti Nurhaliza
- Minggu 2: "Bahagiamu Deritaku" nyanyian asal Hafiz Suip
- Minggu 3: "Tentang Dia" nyanyian asal Melly Goeslaw
- Minggu 4: "All of Me" nyanyian asal John Legend dan "Pop Ye Ye" nyanyian asal VE
- Minggu 5: "Nakal" nyanyian asal Gigi
- Minggu 6: "Hati-Hati" nyanyian asal Amira Othman
Carta penyingkiran
[sunting | sunting sumber]Minggu: | 1 (10/Apr) | 2 (17/Apr) | 3 (24/Apr) | 4 (1/Mei) | 5 (8/Mei) | 6 (15/Mei) | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kedudukan | Peserta | Keputusan | |||||||||
5 | Nazim | Kekal | ke-2 | ke-6 | ke-4 | Pertama | Pemenang Tempat Kelima |
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Nazim Othman dilahirkan di Labuan dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor.[5]
Nazim disahkan menghidap ketumbuhan dibahagian otak pada Mac 2015. Sebelum membuat pendedahan mengenai penyakitnya, Nazim pernah memuat naik gambar parut pembedahan di kepalanya menerusi akaun Instagram namun tidak memberi sebarang penjelasan mengenai masalah kesihatannya.[6]
Beliau berkahwin dengan pelakon Bella Dally pada 10 September 2016, namun mengumumkan perceraian mereka pada 17 Mei 2018.[7][8][9]
Nazim ialah peminat tegar penyanyi Dato' Sri Siti Nurhaliza.[10]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | Frontpage | ntv7 | Drama pertama | |
Awan Dania | Astro Ria | |||
2009 | Gelora Di Hati Sara | Tahir | TV2 | |
2010 | Asmara | Raziq | TV3 | |
Gelora Di Hati Sara 2 | Tahir | TV2 | ||
2011 | Trilogi Cinta | Anuar | TV1 | |
Begitukah Cinta | Nazril | TV3 | ||
Kali Kedua | Zahrin | TV9 | ||
Terowong | Ramli | TV3 | Episod: "Surat" | |
2012 | Impian Raya Emelyn | Aqil | TV9 | |
Dejavu di Kinabalu | Bazli Aiman | TV3 | ||
Kau Yang Terindah | Kapten Syamil | |||
2012-2013 | Terlanjur Cinta | Amrin | TV9 | |
2013 | Epilog Cinta Khirana | Shahrul Azwan | TV3 | |
Kisah Cinta | ||||
Sangkar | Umar | TV9 | ||
Tanah Kubur (Musim 8) | Musa | Astro Oasis | Episod: "Tiada Kubur" | |
Kalimah Jiwa | Aniq | TV3 | ||
2014 | Astana Cinta Aleesa | Zhariff | ||
Gerimis Salju Naminara | Fauzan | TV1 | ||
2015 | Akulah Balqis | Kapten Adi | TV3 | |
Cinta Iris | Johari | TV9 | ||
2016 | Cinta Teruna Kimchi | Kang Ye Jun | TV3 | |
2016-2017 | Lara Aishah | Iskandar | Astro Prima | |
Ana Kleopatra | Taufik | Unifi TV | ||
2018 | Monalisa | Johan | Astro Prima | |
Terima Aku Seadanya | Irfan | ntv7 | ||
2019 | Suri Katriana | Daniel | Astro Prima | |
Lara Syakila | Adam | TV2 | ||
Cindai | Amir | TV3 | ||
Iktibar | Roy | Episod: "Kaki Trend" | ||
2020 | Bukan Gadis Biasa | Amer | ||
Pengantin Satu Malam | Zahred Hadri | |||
Sekali Ku Jatuh Cinta | Ammar | TV1 | ||
2021 | Takdir Yang Tertulis | Azlan | TV3 | |
Ratu Ten Pin | Arief | Astro Ria | ||
Malaysian Ghost Stories | Adi | Episod: “Hantu Orang Asli” | ||
2022 | Kau Cipta Kasih | Afiq | TV3 | |
Kuasa | Darius | Astro Citra | ||
Ratu Ten Pin 2: Shalin | Arief | Astro Ria | ||
2023 | Isteri Halal | Daniel | Astro Ria | |
Rajuk Karina | Saiful | TV3 | ||
2024 | Hawt Fellas | Abang Lee | Pelakon jemputan | |
Wanita Syurga | Luqman | |||
Dan Mimpi Pun Berguguran | Saiful Badar | Astro Ria |
Drama web
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Sepi Tanpa Cinta | Fakrul | Sooka | Drama pertama |
Sorry Naik Lori | Khairul | IQIYI | ||
2024 | Perempuan Ilmu Hitam | Cairyl | Tonton |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Tuah Kembali | Astro Ria | Telefilem pertama | |
2010 | Sapu Tangan Merah | |||
Surat Cinta | ||||
2011 | Menantu Tip Top | TV3 | ||
2012 | Lollypop | Astro Ria | ||
2013 | Yeop Kaya Ke | Yeop | TV3 | |
2015 | Gebu-Gebu Manis | Hamdi | Astro Ria | |
Pen Merah Pen Biru | Astro Maya HD | |||
2021 | Mufariq | TV1 | ||
2022 | Cangkul | Imran | Astro Citra |
Video Klip
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk lagu | Penyanyi |
---|---|---|
2014 | "Hujung Waktu" | Azhael |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2010 | Inspirasi Bintang | Pengacara | Muzik Aktif | mengacara bersama Miya Zainal |
2016 | Gempak Superstar | Peserta | Astro Ria |
Siniar
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2023 | Studio Sembang | Artis Jemputan | bersama Amelia Henderson |
Diskografi
[sunting | sunting sumber]- "Kerana Cinta" (2017)
Aktivisme
[sunting | sunting sumber]Pada April 2012, Nazim bersama-sama dengan Intan Ladyana, Fizo Omar, Zoey Rahman, Aiman Hakim Ridza dan Neelofa sebagai Ikon Young Biz untuk Oxford Centre for Excellence (OXCELL). Menurut OXCELL, "Pemilihan enam ikon ini adalah berdasarkan kejayaan akademik dan pembangunan kerjaya dalam bidang seni'. Melalui program ini, ikon selebriti akan berkongsi pengalaman mereka sepanjang terlibat dalam dunia perniagaan dan bidang seni."[11]
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Pelakon TV Lelaki Popular | Tercalon |
Pasangan Serasi Drama (bersama Fasha Sandha) | Tercalon | ||
2021 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 | Pelakon TV Lelaki Popular | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Nur Emira Saizali (6 Mac 2023). "Saya masih belum puas – Nazim Othman". Kosmo!. Dicapai pada 24 Mac 2023.
- ^ Zaidi Mohamad (27 Ogos 2015). Nazim Othman jadi juruterbang? Berita Harian. Dicapai pada 27 Ogos 2015.
- ^ Zaidi Mohamad (16 Mac 2017). Lagu Nazim temui peminat awal April Berita Harian. Dicapai pada 16 Jun 2017.
- ^ Zaidi Mohamad (7 April 2016). Nazim buang imej K-pop sebab sudah matang Berita Harian. Dicapai pada 16 Jun 2016.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (1 Mei 2020). Nazim Othman pernah tidur di kaki lima KLCC Harian Metro. Dicapai pada 18 Mei 2020.
- ^ Nazim Othman kongsi saat dapat tahu hidap tumor otak Astro Awani (22 Februari 2019). Dicapai pada 18 Mei 2019.
- ^ Zaidi Mohamad (30 Disember 2016). Kahwin bukan tiket Nazim, Bella Dally dedah kisah peribadi Berita Harian. Diperoleh pada 1 Januari 2017.
- ^ Zaidi Mohamad (17 Mei 2018). Nazim, Bella Dally bercerai Berita Harian. Diperoleh pada 18 Mei 2018.
- ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (17 Mei 2018). "Nazim Othman, Bella Dally sah bercerai". Utusan Malaysia. Dicapai pada 18 Mei 2018.[pautan mati kekal]
- ^ Zaidi Mohamad (13 April 2016). Ucapan Siti Nurhaliza bakar semangat Nazim Othman Berita Harian. Dicapai pada 16 Jun 2016.
- ^ "Oxcell jelajah 33 bandar dedah potensi perniagaan kepada belia". Utusan Malaysia. April 7, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada April 7, 2012.