Pergi ke kandungan

Nasir P. Ramlee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nasir P. Ramlee
Nasir pada 2004
Kelahiran
Teuku Mohammad Nasir bin Teuku Zakaria

(1953-11-23)23 November 1953
Meninggal dunia17 Disember 2008(2008-12-17) (umur 55)
Sebab kematianKomplikasi jantung dan kencing manis
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon, penyanyi, komposer, pemuzik
Tahun aktif1968–2008
Pasangan
  • Mariati Abdul Rahman (bercerai)
  • Rashidah Jaafar (bercerai)
  • Suria (Surjangsih Abu Bakar)
Anak-anak6 (temasuk Najua Nasir)
IbuJunaidah Daeng Harris
BapaP. Ramlee
SaudaraArfan (adik)

Teuku Mohammad Nasir bin Tan Sri Datuk Amar Dr. Teuku Zakaria atau dikenali sebagai Nasir P. Ramlee (23 November 1953 – 17 Disember 2008) ialah seorang komposer, pemuzik, pelakon dan penyanyi. Beliau juga ialah anak pelakon tekenal Malaysia, P. Ramlee. Ibu kandungnya ialah Junaidah Daeng Harris[1] yang dikahwini P. Ramlee pada tahun 1950, tetapi berakhir dengan penceraian pada tahun 1954 selepas empat tahun sahaja. Adik-beradik beliau ialah Arfan (1954–1998).

Beliau pernah berkahwin sebanyak 3 kali bersama Mariati Abdul Rahman (bercerai), Rashidah Jaafar (bercerai), dan Suria (Surjangsih Abu Bakar). [2]

Hasil perkahwinan Nasir P. Ramlee dengan pelakon, Rashidah Jaafar, beliau mendapat seorang anak, Najua Nasir.[3]

Nasir memulakan kerjayanya sebagai pemuzik di kelab malam sebelum menyertai label EMI sebagai penggubah muzik. Selepas itu, beliau berkhidmat sebagai penyelaras muzik kombo Istana Budaya (IB) sejak April 2002. Sepanjang berkhidmat di IB, Nasir banyak terbabit dalam persembahan anjuran kerajaan dan di peringkat antarabangsa. Antara pementasan yang pernah diarahkannya di IB ialah Suzana 60 dan Bonnie M Live In Kuala Lumpur pada 2006.

Nasir pernah bergandingan bersama Ahmad Daud, Normadiah, Aziz Jaafar dan Aziz Sattar dalam album Panca Sitara. Beliau pernah menghasilkan lagu untuk Herman Tino, Rosemaria Abdul Hamid dan Aman Shah. Antara lagu popularnya ialah Rindu Bayangan dendangan kumpulan Carefree.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Nasir dilahirkan di Singapura pada 23 November 1953. Nasir mempunyai tujuh anak daripada dua perkahwinannya terdahulu. Bersama Surjangsih Abu Bakar (Suria), Nasir mempunyai dua anak, Zaidi, dan Zakaria, manakala bersama isteri pertamanya, Mariati Abd Rahman, mereka mempunyai tiga anak, Gunina, Gunawan, dan Gurnarisasca. Bersama isteri keduanya, Rashidah Jaafar (Gee), Nasir mempunyai dua anak, Natasya dan Najua.[perlu rujukan]

Hubungan dengan P. Ramlee

[sunting | sunting sumber]

Secara amnya, Nasir berkata dalam satu temu bual bahawa hubungannya dengan bapanya agak renggang jika dibandingkan dengan anak-anak angkat P. Ramlee kerana menurut pendapat Nasir, beliau tidak ingin dilihat memilih kasih terhadap para anaknya. Kerenggangan hubungan sesama mereka menjadi ketara ketika dewasa, dan pernah mengkritik karya bapanya secara terus terhadapnya kerana sering terarah kepada tema romantis yang tidak kena dengan cita rasanya.[4]

Nasir P. Ramlee meninggal dunia pada usia 55 tahun pada 17 Disember 2008 akibat komplikasi haba dan kencing manis dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur bersebelahan dengan kubur Allahyarham bapa P. Ramlee dan kedua-dua ibu tiri beliau, Allahyarhamah Noorizan dan Saloma.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
1968 Anak Bapak Jalil Filem pertama
1969 Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh
1970 Pancha Indera Harimau Berantai Pelakon undangan
1985 Bujang Lapok Kembali Daa Nasir
1993 Fantasi Encik. Rahman Penampilan khas
2007 Budak Lapok Zakaria (suara) Filem terakhir

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1969 Selamat Tinggal Mawarku TV1
Tahun Tajuk
1983 Manis-Manis Sayang
1985 Bujang Lapok Kembali Daa
1986 Pagar-Pagar Cinta

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ P. Ramlee: erti yang sakti, A. H. Ahmad Sarji, Pelanduk Publications, Jan 1, 1999 - Actors - 400 pages
  2. ^ "Waris P Ramlee cari hak". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 2015-03-08.
  3. ^ "Legasi P Ramlee". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 2015-03-08.
  4. ^ Ali Razali, Hidir (2024). P. Ramlee: Tiada Yang Kedua. Kuala Lumpur: The Patriots. m/s. 36–37. ISBN 9789672437871.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

{{#switch:||Kategori=