Nad Tatrou sa blyska
anthem Slovakia | |
Lirik | Janko Matúška, 1844 |
---|---|
Muzik | Lagu rakyat |
Diguna pakai | 13 Disember 1918 1 Januari 1993 |
Nad Tatrou sa blýska (Halilintar di atas Tatra) ialah lagu kebangsaan Slovakia.
Lirik digubah oleh Janko Matúška pada 1844 semasa kempen tunjuk perasaan besar-besaran oleh para pelajar pada tahun itu. Melodinya diambil daripada sebuah lagu rakyat. Lagu Nad Tatrou sa blýska ini menjadi popular semasa kempen Sukarelawan Slovak 1848/1849.
Pada 1920, rangkap pertama lagu ini menjadi sebahagian daripada lagu kebangsaan Czechoslovakia. Apabila Slovakia berpisah dari Czechoslovakia, pada 1993, dua rangkap pertama lagu ini menjadi lagu kebangsaan negara Slovakia yang merdeka.
Lirik
[sunting | sunting sumber]Nad Tatrou sa blýska
hromy divo bijú.
Zastavme ich bratia,
ved' sa ony stratia,
Slováci ožijú.
To Slovensko naše
posiaľ tvrdo spalo.
Ale blesky hromu
vzbudzujú ho k tomu,
aby sa prebralo.
Terjemahan (literal)
[sunting | sunting sumber]Sang halilintar menyambar di atas Tatra,
Dentuman guruh membunyi dengan ganas
Saudara semua mari kita hentikan mereka,
(kamu akan lihat bahawa) mereka akan lenyap,
Bangsa Slovak akan pulih.
Slovakia kami
Sudah lama terlena
Tetapi dentuman guruh
telah memberinya semangat
untuk bangkit.