Pergi ke kandungan

Myanmar News Agency

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Myanmar News Agency atau Agensi Berita Myanmar (Bahasa Burma: မြန်မာသတင်းဌာန atau disingkat sebagai MNA) merupakan agensi berita rasmi negara milik pemerintah Myanmar, beribu pejabat di Yangon, Burma. MNA ditubuhkan pada 1963 setelah peristiwa kudeta pemerintah pada 1962 sebagai Agensi Berita Burma (NAB).[1][2] Kini MNA berada di bawah News and Periodicals Enterprise dari Kementerian Penerangan Myanmar[3]. MNA memiliki hak tunggal untuk mengambil gambar dari acara yang dijalankan pemerintah, termasuk pertemuan dengan pemimpin pembangkany Aung San Suu Kyi dan pejabat pemerintah. Mingguan tempatan di Burma bergantung kepada MNA untuk mendapatkan gambar yang digunakan untuk menulis artikel.

Agensi berita ini dijalankan oleh Kementerian Penerangan dan melakukan penapisan terhadap berita tempatan dan luar negara[4]. Ia berada di bawah News and Periodicals Enterprise bersama dengan tiga surat akhbar utama di Myanmar[5].

MNA juga menggunakan pemberitaan yang berasal dari Reuters dan Press Trust of India[6].

MNA memiliki perjanjian pertukaran berita dengan agensi berita antarabangsa lain iaitu Xinhua, ITAR-TASS, Yonhap, Kyodo, Tanjug, ANTARA, KPL dan VNA[7].

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Penapisan di Burma
  • Media Burma
  1. ^ Shrivastava, 2007, p. 301
  2. ^ Gunaratne, 2000, p. 353
  3. ^ http://www.ifex.org/burma/2010/01/28/mna_mff_censorship/
  4. ^ Ang & Ramanathan, 2000, p. 136
  5. ^ Myanmar to introduces journalism degree course for first time. Xinhua. September 5, 2007
  6. ^ Gupta, 2006, p. 1079
  7. ^ Altbach (1992), p. 228.
  • Altbach, Philip (1992). Publishing and development in the Third World. H. Zell. ISBN 978-1-873836-40-8.
  • Ang, Peng & Ramanathan, Sankaran (2000). Communication in ASEAN. Asian Media Information and Communication Centre. ISBN 978-9971-905-79-8.
  • Gupta, Amita (2006). Concise Encyclopaedia Of India Vol. 3. Atlantic Publishers & Distributors. ISBN 978-81-269-0639-0.
  • Gunaratne, Shelton (2000). Handbook of the media in Asia. Sage Publications. ISBN 978-0-7619-9427-5.
  • Shrivastava, K (2007). News agencies from pigeon to internet. Sterling Publishers Pvt. Ltd. ISBN 978-1-932705-67-6.