Pergi ke kandungan

My Stolen First Kiss

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

My Stolen First Kiss ialah sebuah drama televisyen web Malaysia 2024 arahan Shuhaimi Lua terbitan Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Aniq Durar dan Sofia Dendroff. Drama ini memulakan tayangan perdana di Tonton pada 19 Ogos 2024.

My Stolen First Kiss
Genre
Ditulis olehZyza Backy
PengarahShuhaimi Lua
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Momento" - Aqmal Ramdan & Ika Mustafa
Lagu penutup"Momento" - Aqmal Ramdan & Ika Mustafa
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifMohamad Fazrien Ziear
Penerbit
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Tanah Beris Film Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTonton
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal19 Ogos 2024 – 16 September 2024

Mengisahkan tentang Mel (Sofia Dendroff) seorang gadis periang yang berumur dalam lingkungan 20-an. Mel yang dilarang untuk bercinta semasa di sekolah, kini tidak sabar untuk memulakan kehidupan sebagai pelajar kolej demi memenuhi impian romantiknya.

Namun, kehidupan yang diidamkan Mel berubah apabila dia lemas dan diselamatkan oleh Mikael (Aniq Durar), seorang eksekutif di bahagian pengurusan pembinaan berusia lewat 20-an yang serius dalam mencari cinta sejati, melalui bantuan CPR.

Mel yang menyimpan checklist untuk kehidupan romantiknya – first meet, first date, first meet the future in-law, bertunang, berkahwin, first kiss dan segalanya, menjadi tidak keruan apabila mengetahui dirinya telah ‘dicium’ oleh Mikael dalam keadaan dia tidak sedarkan diri.

Mel yang belum pernah bercinta menjadi sedih dan kecewa dan sukar menerima kenyataan dek kerana menganggap bantuan CPR itu adalah ciuman pertamanya yang telah ‘dicuri’ oleh Mikael. Kehidupan Mikael menjadi huru-hara apabila Mel menceritakan insiden tersebut kepada abangnya Aizat yang ‘overprotective’ dan telah memaksa Mikael untuk bertanggung jawab.

Konflik timbul apabila Mikael yang sudah mempunyai kekasih, cuba untuk menuruti permintaan tersebut. Dalam usaha menjaga maruah dan memenuhi tuntutan keluarga Mel, Mikael yang sudah dua kali putus cinta dan kini sedang cuba memikat hati wanita idamannya iaitu Damia (Shaza Bae), terpaksa bercinta dengan Mel.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila pelbagai rahsia terbongkar, termasuklah identiti sebenar Mikael. Kekecohan berlaku apabila Mel dan kawan-kawannya mendapat tahu bahawa Mikael sudah berkahwin dan isterinya sedang mengandung. Insiden ini memburukkan lagi hubungan Mikael dan Mel.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]
  • Nadia Brian sebagai Raihana
  • Shakira Stephen sebagai Hani
  • Badrishah sebagai Ghaz
  • Afeeq Spero sebagai Luq
  • Syahmimii Kaman sebagai Harris
  • Delimawati sebagai Nek Timah
  • Zuhair Azerin sebagai Hadi

Runut bunyi

[sunting | sunting sumber]