Muhammad Hazamin bin Harun
Hazamin Inteam | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Hazamin bin Harun 7 November 1980 |
Nama lain | Hazamin, Amin |
Pekerjaan | Penyanyi, komposer, penulis lirik, usahawan |
Tahun aktif | 1998–kini |
Pasangan | Yanti Suhaini Ibrahim (k. 2002) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Nasyid |
Syarikat rakaman | Hijjaz Records (2000-2005) Inteam Records (2005-kini) |
Pengkarya berkait | Inteam |
Laman web rasmi | https://facebook.com/iniamin https://instagram.com/hazamin_inteam https://youtube.com/user/luminosity020901 |
Muhammad Hazamin bin Harun yang lebih dikenali sebagai Hazamin Inteam merupakan salah seorang daripada anggota kumpulan Inteam bersama-sama tiga anggota yang lain iaitu Syahril Khalid, Hisyam Ahmad dan Abdul Rahim.[1] Beliau anggota paling muda dalam kumpulan Inteam. Beliau berasal dari Temerloh, Pahang Darul Makmur ini dilahirkan pada 7 November 1980 . [2]
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Bahagia, Temerloh (1987-1992), sebelum memasuki Sekolah Menengah Agama Al-Wusto, Temerloh (1993-1994). Beliau kemudian memasuki Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Temerloh (1994-1996), dan kemudiannya Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan, Kuantan (1996-1997).
Beliau telah melanjutkan pendidikan peringkat ijazah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan Kejuruteraan Mekatronik.[3]
Pembabitan solo di samping kerjaya berkumpulan
[sunting | sunting sumber]Beliau bersama Islamic Media Entertainment (IME) turut mengambil inisiatif menerbitkan rakaman album solo pertamanya yang bertujuan membantu para peminatnya menghafal zikir dan doa dengan mudah, ia juga turut diselitkan dengan bacaan al-Quran secara bertarannum dengan penerbitan album Zikir dan Doa - Selepas Solat.