Pergi ke kandungan

Mr. Cinderella

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mr. Cinderella
PengarahAhmad Idham
PenulisMohd Noor Kadir
Lakon layarAhmad Idham
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiBade Hj. Azmi
Disunting olehMariam Ibrahim
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehSkop Productions
Tarikh tayangan
  • 29 Ogos 2002 (2002-08-29) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Filem Mr. Cinderella adalah sebuah filem drama romantik Malaysia 2002 arahan Ahmad Idham. Filem ini dibintangi oleh Erra Fazira dan Yusry KRU sebagai watak utama.

Kisah bermula dengan watak Hakimi, seorang penulis skrip bebas sedang meredah hujan ribut di waktu malam untuk menghantar pulang anaknya, Imelda (7-8 tahun) ke rumah bekas isterinya yang dicerai-rujuk sebanyak 3 kali. Semasa dalam perjalanan, Hakimi ternampak sebuah kereta 'sports' mewah yang baru ditimpa kemalangan, terbabas sendirian dan terbakar akibat berlanggar dengan pokok. Hakimi yang memberhentikan kereta di sudut berhampiran, teragak-agak untuk membantu seorang gadis yang terperangkap di dalam kereta tersebut kerana tidak mahu kasut Kumin yang dipinjamnya dikotorkan oleh lumpur di luar. Tetapi akhirnya dia berubah hati dan terus merawat gadis tersebut yang cedera parah. Hakimi kemudian meninggalkannya di tempat kemalangan setelah menghubungi ambulans tanpa mengetahui bahawa gadis tersebut adalah Puteri Megawati, puteri mahkota negara Indrapuri Darul Kasih. Secara tidak sengaja, Hakimi tercicir sebelah kasut Kumin di tempat kemalangan semasa menyelamatkan Tuan Puteri.

Sementara itu, Puteri Megawati yang cukup terhutang budi dan nyawa, diketemukan dengan Siti Shahirah, wartawan "paparazzi" yang sentiasa mencari berita-berita sensasi. Puteri meminta pertolongan Siti supaya mencari "Mr Cinderella" yang telah menyelamatkannya dengan menawarkan RM 500,000. Siti menerima cabaran tersebut kerana ia sudah tentu dapat mensensasikan dan meninggikan "rating" program "Cable News International" yang dikendalikannya.

Semasa mengendalikan rancangan "Siapa Mr Cinderella", muncullah Kumin antara ratusan "Mr Cinderella" palsu untuk menuntut hadiah yang ditawarkan. Memandangkan kasut yang tercicir itu adalah kepunyaannya, maka Kumin telah diisytiharkan sebagai "Mr Cinderella" yang dicari-cari selama ini.

Siapakah "Mr Cinderella" tulen? Jawapannya di dalam "Mr Cinderella".

  • Erra Fazira sebagai Puteri Megawati,Anak perempuan kepada Sultan & Pemaisuri Inderapuri Darul Kasih yang terlibat kemalangan dan diselamatkan oleh Hakimi
  • Yusry KRU sebagai Hakimi "Kimi" Rizal, seorang duda anak satu dan penulis cerita kemudian digelarkan Mr.Cinderella kerana menyelamatkan Megawati .
  • Serina Redzuawan sebagai Siti Sahirah, Wartawan CNI News yang membantu pencarian Mr.Cinderella
  • Opie Zami sebagai Kumin,Rakan serumah Hakimi yang menyamar sebagai Mr Cinderella semata-mata mendapatkan ganjaran Rm 100,000 untuk membayar hutang Hassan
  • Helmi Gimmick sebagai Hassan
  • M. Rajoli sebagai Sultan
  • Khatijah Ibrahim sebagai Permaisuri
  • Aziz M. Osman sebagai Bob,Cina Buta untuk Hakimi dan suami Melur
  • Umie Aida sebagai Melur, Bekas isteri Hakimi dan isteri Bob
  • A. R. Badul sebagai Perdana Menteri
  • Kudsia Kahar sebagai Mumtaz,Pemilik Taj Mahal Pictures
  • Adik Tuty sebagai Imelda
  • Yunni Nor Leitey sebagai Siti Nurhalija
  • Osman Kering sebagai Pemuda I
  • Ropie Cecupak sebagai Pemuda II
  • Ahmad Idham sebagai Doktor (cameo)

Runut bunyi

[sunting | sunting sumber]
  • "Ucapkanlah" - (Erra Fazira & Yusry KRU)
  • "Berteman Sepi" - (Erra Fazira)

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Festival Filem Malaysia ke-16 Pengarah Harapan Ahmad Idham Menang
Anugerah Skrin 2003 Pelakon Wanita Terbaik Erra Fazira Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Opie Zami Tercalon
Pelakon Harapan Serina Redzuawan Tercalon

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]