Moe
Sebahagian daripada siri |
Anime dan manga |
---|
Portal Anime dan Manga |
Moe (萌え , /mo'e/, secara literal bermaksud "bertunas" atau "bercambah", digunakan untuk tumbuh-tumbuhan) merupakan istilah slanga Jepun pada asalnya merujuk kepada kegilaan seksual atau cinta yang melampau terhadap watak-watak dalam permainan video atau anime dan manga. Sebagai contoh, 眼鏡っ娘萌え , meganekko-moe, "moe gadis-cermin mata" , menjelaskan seseorang yang tertarik kepada satu atau lebih watak-watak yang memakai cermin mata. Istilah ini telah digunakan sebagai istilah umum untuk hobi atau keghairahan (bukan seksual). Misalnya, 鉄道萌え , tetsudou-moe, "moe kereta api", hanya merupakan minat mendalam terhadap kereta api.
Punca yang menyebabkan perubahan ejaan "燃え"(MOE) diubah kepada "萌え" berlaku 20 tahun yang lalu, sewaktu masyarakat Jepun menaip huruf-huruf kanji dalam BBS, namun kesilapan telah berlaku dalam proses menaip, di masa huruf-huruf 燃え』(MOE) digantikan dengan 萌え』(MOE), disebabkan oleh sebutan mereka yang sama. Perkataan ini diterapkan oleh mereka di BBS dan istilah "萌" (MOE) telah digunakan dalam kalangan otaku serta program-program TV Jepun.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) Towards a Cartography of Japanese Anime: Anno Hideaki's >>Evangelion<< - Menerusi sebuah temu ramah terhadap judul Evangelion, rencana ini menjelaskan sedikit sebanyak tentang kejadian Moe
- (Inggeris) Superflat Cultural Critic Hiroki Azuma Describes Otaku Aesthetics
- (Inggeris) Mondo Japan 2004: New language from OTAKU world "MOE" Diarkibkan 2012-03-16 di Wayback Machine
- (Inggeris) An opinion on Moe oleh penulis Love Hina iaitu Ken Akamatsu (penterjemahan oleh Matthew Whitehead)
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.