Model olokan
Dalam penghasilan dan reka bentuk, sebuah model olokan (mock-up) ialah sebuah model skala atau saiz penuh model sesebuah reka bentuk atau alatan yang digunakan dalam hal-hal pembelajaran, demonstrasi, penilaian rekaan dan promosi. Sebuah model olokan boleh disifatkan sebagai prototaip sekiranya sekurang-kurangya sebahagian kefungsian produk juga disertakan, dan membolehkan ujian rekaan.[1] Model olokan digunakan oleh pereka bentuk untuk memperoleh pendapat daripada pengguna.
Aplikasi
[sunting | sunting sumber]Barangan komersial
[sunting | sunting sumber]Model olokan digunakan dalam industri barangan pengguna sebagai sebahagian daripada proses pembangunan produk, di mana dimensi, faktor manusia, kesan keseluruhan dan seni komersial diuji dalam penyelidikan pemasaran. Model olokan membantu dalam menggambarkan bagaimana semua keputusan reka bentuk berkait antara satu sama lain kerana hampir menyerupai produk akhir, boleh disemak dengan mudah dalam peringkat pengeluaran, serta membantu dalam visualisasi projek reka bentuk pakej dalam 3D & mempercepatkan kelulusan.[2]
Perabot
[sunting | sunting sumber]Model olokan biasanya diperlukan oleh pereka bentuk, arkitek dan pengguna akhir dalam pembikinan perabot dan kabinet.[3][4] Hasrat lazim adalah untuk menghasilkan replika saiz penuh, menggunakan bahan yang murah untuk mengesahkan reka bentuk. Model olokan sering digunakan untuk menentukan perkadaran bahagian yang berkaitan dengan pelbagai dimensi bahagian itu sendiri, atau untuk memuatkan kepingan itu ke dalam ruang atau bilik tertentu. Keupayaan untuk melihat bagaimana reka bentuk bahagian itu berkaitan dengan seluruh ruang juga merupakan faktor penting dalam menentukan saiz dan reka bentuk.
Kejuruteraan perisian
[sunting | sunting sumber]Aplikasi model olokan yang paling biasa dalam pembangunan perisian adalah untuk mencipta antara muka pengguna yang menunjukkan kepada pengguna tentang rupa akhir perisian tanpa membina perisian atau fungsi asas. Model olokan perisian boleh terdiri daripada reka letak skrin lukisan tangan yang sangat mudah, melalui peta bit realistik, ataupun antara muka pengguna fungsian separa yang dibangunkan dalam alat pembangunan perisian.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Vieru, Tudor (30 January 2009). "KSC Gets Orion Mock-Up for Testing". News.softpedia.com.
- ^ "Mockups". graflick.com.
- ^ Jesberger, Lee A., "Mock Ups", Pro Woodworking Tips, 2006.
- ^ United States Consumer Product Safety Commission, "Log of Meeting: Demonstration of the Proposed Smoldering Test Procedures" Diarkibkan 2008-12-07 di Wayback Machine, 14 July 2008.