Mikhail Lermontov
Mikhail Yuryevich Lermontov | |
---|---|
Lahir | Oktober 15 [G.L.: Oktober 3] 1814 Moscow, Empayar Rusia |
Meninggal dunia | Julai 27 [G.L.: July 15] 1841 (umur 26) Pyatigorsk, Empayar Rusia |
Pekerjaan | Penyajr, novelis, penulis drama, pelukis |
Tandatangan | |
Lermontov, Mikhail Yuryevich Oktober 15 [G.L.: Oktober 3] 1814 – Julai 27 [G.L.: Julai 15] 1841) adalah penyair genius Rusia.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Dilahirkan di Moscow. Ayahnya seorang pegawai bersara, ibunya pula anak seorang janda yang kaya (nenek Lermontov). Masa kanak-kanak dihabiskan di estet neneknya di Tarkhani (daerah Penza). Apabila Lermontov genap usia tiga tahun ibunya meninggal dunia dan dia dipelihara oleh neneknya. Pada tahun 1830, dia mulakan pelajarannya di Universiti Moscow, tetapi kerana salah faham dengan para pensyarah meninggalkan Universiti dan masuk Maktab Ketenteraan di St. Petersburg. Pada tahun 1834 selepas tamat Maktab itu, dia berkhidmat di salah satu regimen di pinggir bandar.
Pada tahun 1837, selepas mendapat berita tentang meninggalnya Pushkin ia menulis sajak "Na Smert’ Poeta" (Matinya Seorang Penyair) di mana Pushkin disebut sebagai “hamba tebusan daripada maruahnya”. Kerana puisi itu, Lermontov pada tahun tersebut juga dibuang ke Kaukasia ke tentera berperang. Kehidupan di sana dicerminkan dalam sajak panjang "Demon" (1838) dan novel "Geroy Nashego Vremeni" (Wira Masa Kita). Pada tahun 1830-an dia menyumbangkan karyanya ke majalah “Otechestvennie Zapiski”.
Kerana duel (pertarungan pistol) dengan anak lelaki Duta Perancis maka Lermontov dibuang ke Kaukasia untuk kali kedua. Dia berani berperang tetapi tsar Nikolai I mencoret namanya dari senarai penganugerahan. Pada tahun 1841, dia berduel lagi di bandar Pyatigorsk dan ditembak mati.
Kegiatan kreatif
[sunting | sunting sumber]Lermontov mula menulis ketika masih kanak-kanak. Karya pertamanya, puisi "Haji Abrek" diterbitkan pada tahun 1835. Puisi Lermontov pada tahun 1828-34 merupakan semacam dairi poetik (puisi lirik): "Parus" (Layar); pada tahun 1834-41 puisinya bergaya lebih realistik: "Rodina" (Tanah Air), "Prorok" (Nabi). Dia tak sempat melihat penerbitan sebahagian besar puisinya. Hanya satu kumpulan pernah diterbitkan semasa hayatnya (1840).
Peringatan
[sunting | sunting sumber]- Di Moscow ada Rumah-Muzium M. Yu Lermontov.
- Di Kuala Lumpur pada tahun 2015, sebuah patung Lermontov dirasmikan di pekarangan Pusat Sains dan Budaya Rusia (pematung Grigory Pototsky)[1][2]
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Pogadaev, Victor (2009). Mawar Emas. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia. ISBN 978-983-068-350-8. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-28. Dicapai pada 2017-04-28.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ http://www.malaysiakini.com/news/290581
- ^ Victor A. Pogadaev. Penyair Rusia menetap di Malaysia. - Dewan Sastera. Kuala Lumpir: DBP. 2015, Bil. 5, Jilid 45, p. 4. ISSN 0126-5059