Mikoyan MiG-35
MiG-35 Fulcrum-F | ||
---|---|---|
MiG-35 milik Rusia | ||
Penerangan | ||
Jenis | Pesawat tempur udara pelbagai guna | |
Pengeluar | Mikoyan | |
Penerbangan sulung | 7 Februari 2007 | |
Variasi | Mikoyan MiG-29 | |
Krew | 1 atau 2 | |
Dimensi | ||
Panjang | 19 m (62 kaki 4 in) | |
Tinggi | 6 m (19 kaki 8 in) | |
Panjang sayap | 15 m (49 kaki 3 in) | |
Berat | ||
Berat tanpa muatan | 15,000 kg (33,069 paun) | |
Janakuasa | ||
Enjin | 2 kipas turbo lepas bakar Klimov RD-33MK | |
Tujahan maksimum | 8,900 kg (19,620 paun) setiap enjin | |
Persenjataan | ||
Meriam | 1x 30 mm meriam GSh-30-1 dengan 250 tembakan seminit. | |
Prestasi | ||
Kelajuan maksimum | Mach 2.4 (2,556 km/j, 1,587 batu/j) | |
Jarak pemanduan | 3700 km (2,387 batu) dengan tangki luaran 4800 km (3000 batu) | |
Altitud tertinggi | 18,900 m (62,000 kaki) | |
Kadar panjat | 320 m/s (63,360 kaki/min) |
Mikoyan MiG-35 (bahasa Rusia: Микоян МиГ-35) yang juga dikenali dengan nama pengenalan NATO, Fulcrum F merupakan sebuah pesawat tempur pelbagai guna yang ditingkatkan prestasinya daripada variasi terdahulu MiG-29M/M2 dan MiG-29K/KUB. Pesawat ini diklasifikasikan sebagai pesawat udara tempur generasi ke-4.5. MiG-35 dikelaskan sebagai pesawat udara berat-sederhana kerana kemampuan untuk belepas dengan berat maksimumnya meningkat sebanyak 30% di mana melebihi ukuran klasifikasi sebelum ini.
MiG-35 telah dipamerkan secara rasmi ketika Menteri Pertahanan Rusia, Sergey Ivanov melawat Loji Bangunan Mesin Lukhovitsky "MAPO-MIG".[1] MiG-35 telah dipertingkat dengan sistem avionik dan persenjataan yang jauh lebih baik berbanding variasi terdahulunya, radar Jujukan Pengimbas Elektronik Aktif (AESA) baharu dan rekaan unik Sistem Pengesan Optikal (OLS), memberi kelebihan kepada pesawat ini selain sistem pintasan kawalan-darat (CGI) serta mampu membawa pelbagai misi secara individu.
Pesawat ini dijual dengan 2 variasi iaitu MiG-35 (1 tempat duduk) dan MiG-35D (tempat duduk berkembar).
Penerangan
[sunting | sunting sumber]Reka bentuk
[sunting | sunting sumber]Perubahan ketara radar Jujukan Pengimbas Elektronik Aktif (AESA) Phazotron Zhuk-AE, enjin RD-33MK dan Sistem Pengesan Optikal (OLS) baharu.[2][3][4] Selain itu, peranti elektronik analog dalam kokpit dikurangkan.
Enjin
[sunting | sunting sumber]Enjin RD-33MK "Morskaya Osa" (bahasa Rusia: Морская Оса) yang bermaksud "penyengat laut" telah diubahsuai. Ini merupakan versi terbaru RD-33 dan mempunyai 7% lebih kuasa jika dibandingkan model prototaip disebabkan penggunaan teknologi moden dalam sirip penyejuk di mana menghasilkan tujahan sebanyak 9,000 kg. Enjin baharu ini juga kurang mengeluarkan asap dan dimuatkan dengan nozel tujahan vektor bagi meningkatkan keberkesanan pertempuran sehingga 15%.[5][6]
Kokpit
[sunting | sunting sumber]Peranti elektronik analog dikurangkan dan digantikan dengan 3 paparan hablur cecair (LCD) sama saiz, paparan pelbagai fungsi (MDF) dan paparan tambahan untuk OLS (bahagian belakang kokpit MiG-35D mempunyai 4 LCD).
Penderia
[sunting | sunting sumber]Pengubahsuaian baharu termasuk radar Jujukan Pengimbas Elektronik Aktif (AESA) Phazotron Zhuk-AE boleh golek dan optronik kompleks yang terdiri daripada reka bentuk OLS baharu bagi menggantikan penderia inframerah jejak dan cari (IRST) terdahulu, OLS tambahan di bawah tempat masuk udara di sebelah kanan dan sepasang pengesan pemancaran laser yang terletak di hujung sebelah atas setiap sayap.
Radar AESA baharu menawarkan jarak frekuensi operasi yang lebih luas serta mampu menipu radar musuh dan berkebolehan untuk menghadapi serangan serentak. Penggabungan teknologi angkasa lepas iaitu OLS dengan topi keledar yang mempunyai sistem sasaran terbina dalam menghasilkan titik sasaran udara mahupun darat yang lebih tepat.
Perbezaan utama daripada penderia IRST terdahulu ialah pemasangan peranti baharu yang bukan sahaja menyediakan jarak operasi yang lebih baik malah menawarkan paparan bersuis sama ada pandangan inframerah, mod TV atau gabungan kedua-duanya sekali. OLS di bahagian atas muncung berfungsi sebagai IRST manakala OLS di bawah tempat masuk udara di sebelah kanan berfungsi sebagai penanda sasaran serangan darat (ground strike designator).
Sejarah operasi
[sunting | sunting sumber]Rusia
[sunting | sunting sumber]Kementerian Pertahanan Rusia merancang untuk memesan 37 buah pesawat pada tahun 2013,[7] tetapi jumlahnya kemudian diturunkan menjadi 24 buah pada bulan Ogos 2017.[8] Enam buah dalam kumpulan pertama telah dipesan pada bulan Ogos 2018,[9] dan dua buah pesawat pertama telah diserahkan kepada Tentera Udara Rusia pada 17 Jun 2019.[10]
Pengguna berpotensi
[sunting | sunting sumber]Mesir
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2014, Mesir merancang untuk menandatangani satu perjanjian pembelian sejumlah 24 buah pesawat MiG-35 dengan Rusia.[11][12][13] Pada Februari 2015, Pengurus Besar MiG, Sergei Korotkov telah mengumumkan bahawa syarikat telah bersedia untuk membekalkan pesawat MiG-35 kepada Mesir sekiranya ia memohonnya.[perlu rujukan] Bagaimanapun, pada April 2015, Mesir sebaliknya telah menandatangani sebuah kontrak bernilai $2 bilion untuk membeli 46 buah pesawat MRCA MiG-29M/M2.[14][15]
India
[sunting | sunting sumber]MiG-35 merupakan satu pesaing pada Eurofighter Typhoon, Boeing F/A-18E/F Super Hornet, Dassault Rafale, Saab JAS 39 Gripen, dan General Dynamics F-16 Fighting Falcon dalam persaingan MRCA India untuk pembelian sebanyak 126 buah Pesawat Tempur Pelbagai Peranan untuk kegunaan Tentera Udara India. Semasa ujian penilaian, Kementerian Pertahanan India kecewa akan masalah-masalah yang terkait dengan sistem avionik pesawat di mana radar tidak mampu mencapai jarak sasaran maksimum. Selain itu, enjin RD-33MK juga tidak mencapai tujahan yang cukup. Akibatnya, MiG-35 telah terkeluar dari persaingan pada bulan April 2011.[16][17][18]
Pesawat ini kini bersaing dengan 6 buah pesawat lain dalam ssatu tender terkini, yang dikenali sebagai MMRCA 2.0 oleh media di India, bagi perolehan sejumlah 114 buah pesawat MRCA.[19]
Argentina
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2021 Rusia telah menawarkan kepada Argentina satu perjanjian untuk pesawat MiG-35 termasuk peluru berpandu anti kapal Kh-35 dan peluru berpandu udara ke permukaan Kh-38.[20][21][22]
Lain-lain
[sunting | sunting sumber]Peru, Bangladesh dan Myanmar adalah antara negara yang berminat untuk membeli MiG-35.[23]
Pada tahun 2019, terdapat laporan bahawa kerajaan Rusia telah mencadangkan untuk membekalkan dia buah skuadron MiG-35 kepada Tentera Udara Diraja Malaysia, bagi mengantikan armada MiG-29N. TUDM sebelumnya telah menghentikan penggunaan pesawat MiG-29 ekoran kos dan jumlah masa penyelenggaraan yang tinggi. Perjanjian ini juga menghendaki Malaysia untuk memulangkan kembali 18 buah MiG-29N kepada Rusia. Tawaran ini dibuat oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin kepada Malaysia pada bulan Ogos 2019.[24]
Pesawat setanding
[sunting | sunting sumber]Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Halaman Aviapedia MiG-35
- ^ http://www.aviapedia.com/files/books/PhazotronMagAI07_full.pdf
- ^ Aviapedia » Klimov fighter engines video. RD-33
- ^ Aviapedia » New MiG-35 OLS video
- ^ "Klimov :: Production :: Aircraft Program :: RD-33MK". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2008-04-06.
- ^ "MiG-35/MiG-35D". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2008-04-06.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama37 MiG-35s
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama24 MiG-35s
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama6 MiG-35s on order
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaMiG-35 introduction
- ^ News Desk. "Egypt interested in buying 24 MiG-35s from Russia". defense-update.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 October 2014. Dicapai pada 14 November 2014.
- ^ "Russia said set to sell its top fighter jets to Egypt". The Times of Israel. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 June 2018. Dicapai pada 14 November 2014.
- ^ "MiG-35: The plane that won't die". in.rbth.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 April 2017. Dicapai pada 30 May 2014.
- ^ "Мы обезопасились от катастрофических последствий". migavia.ru (dalam bahasa Rusia). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 February 2016. Dicapai pada 6 February 2016.
- ^ "Согласован контракт на поставку 46 истребителей МиГ-29 в Египет". vedomosti.ru. 24 May 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 June 2018. Dicapai pada 28 February 2019.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:0
- ^ "И снова мимо". Diarkibkan daripada yang asal pada 26 March 2016. Dicapai pada 4 July 2018.
- ^ "Проиграли второй раз подряд | Еженедельник "Военно-промышленный курьер"". vpk-news.ru. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 July 2018. Dicapai pada 4 July 2018.
- ^ http://sps-aviation.com/story/?id=2370&h=MMRCA-20-Contenders
- ^ www.fullaviacion.com.ar/2021/02/22/federacion-rusa-ofrece-cazas-mig-35-y-helicopteros-mi-171-a-la-republica-argentina
- ^ www.defensasur.com.ar/index.php/america-del-sur/116-argentina/14051-la-federacion-de-rusia-ofrece-cazas-mig-35-a-la-fuerza-aerea-argentina
- ^ https://www.diarioelanalista.com.ar/federacion-de-rusia-dona-cazas-mig-35-a-la-fuerza-aerea-argentina-airpower/
- ^ "Peru, Myanmar, Bangladesh interested in purchasing MiG-35s". TASS. 22 August 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 February 2019. Dicapai pada 24 February 2019.
- ^ "Russian president shares special bond with Dr M". New Straits Times. 30 August 2019. Dicapai pada 31 August 2019.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) Halaman Syarikat RAC MiG tentang MiG-35/MiG-35D Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine
- (Inggeris) Halaman Klimov tentang enjin RD-33 Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine
- (Inggeris) Halaman Klimov tentang enjin RD-33MK "Morskaya Osa" Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine
- (Inggeris) Halaman Klimov tentang nozel tujahan vektor yang digunakan pada variasi MiG-29M OVT Diarkibkan 2007-07-08 di Wayback Machine
- (Inggeris) Gambar MiG-35 Diarkibkan 2010-03-30 di Wayback Machine
- (Inggeris) MiG-35 / 1.42 Multirole Front-Line Fighter (MFI) di GlobalSecurity.org
- (Inggeris) Halaman Persekutuan Saintis Amerika (FAS) tentang MiG-35