Merbau ipil
- Rencana ini adalah berkaitan dengan Pokok Merbau Ipil (Intsia bijuga), untuk Pokok Ipil-ipil, lihat Leucaena leucocephala.
Merbau ipil | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Rosid |
Order: | Fabales |
Keluarga: | Fabaceae |
Genus: | Intsia |
Spesies: | I. bijuga
|
Nama binomial | |
Intsia bijuga |
Pokok merbau ipil, merbau pantai atau ipil (Swk., Bru.) adalah pokok tropika yang hidup di paya bakau Asia Tenggara serta pulau-pulau di Lautan Pasifik. Pokok ini yang merupakan pokok rasmi Guam, sebuah wilayah Amerika Syarikat, ialah anggota keluarga serumpun johar (Caesalpiniaceae)[1] . Nama botaninya Intsia bijuga (Colebr.) O.K. [2]
Pokok Merbau Ipil tumbuh sehingga sekitar 50 meter (160 kaki) tingginya dan memiliki banyak akar banir pada kaki batang pokoknya. Kayu merbau kekadangnya mengandungi bintik "emas" di sepanjang ira kayu dan menyebabkannya kelihatan amat menarik. Banyak kayu ini telah dibeli untuk persediaan Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China.
Gambaran
[sunting | sunting sumber]Pohon berbanir bahagian bawahnya, tinggi dapat mencapai 45 meter, diameter 150 – 180 cm.[1] Daun majemuk, terdiri atas 4 - 6 anak daun, berbentuk bundar atau bundar telur.[1] Perbungaan berbentuk malai, bunga berwarna putih dan harum baunya.[1] Buah berbentuk polong, setiap polong mengandungi 3 - 8 biji.[1] Tumbuh pada tanah berpasir atau berbatu, dekat pantai, dalam hutan payau atau di tepi sungai dan di hutan primer sampai pada ketinggian 50 meter di atas permukaan laut.[1]
Ekologi
[sunting | sunting sumber]Penyebaran jenis ini meliputi kawasan Malaysia, Kepulauan Caroline dan Fiji.[3] Di Indonesia jenis ini dijumpai hampir di semua pulau Sumatera, Kalimantan, Jawa, Timor, Sulawesi, Maluku dan Irian.[3] Disebabkan oleh pembalakan yang giat, Pokok Merbau Ipil merupakan spesies terancam di banyak negara di Asia Tenggara, dan hampir pupus di banyak negara yang lain. Kedua-dua pengilang, baik berlesen mahupun tidak, beroleh kayunya.
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Perkayuan
[sunting | sunting sumber]Kayu merbau amat tahan lama serta tahan daripada serangan anai-anai dan oleh itu, amat dihargai sebagai bahan lantai dan kegunaan-kegunaan yang lain. Ia dijual dalam pasaran Amerika Syarikat dan Eropah di bawah nama-nama yang berbeza. Kayu merbau juga boleh digunakan untuk mengekstrak pencelup, dengan kulit dan daunnya juga dipergunakan sebagai ubat tradisional.Kayunya mempunyai kelas kekuatan I - II, kelas keawetan I - II dan berat jenis 0.84.[1] Merbau pantai dimanfaatkan sebagai bahan bangunan, alat-alat rumah tangga, papan, bantalan, tiang elektrik, tiang telefon, dan jambatan.[1]
Lain-lain
[sunting | sunting sumber]Kulit kayunya kaya tanin dan digunakan sebagai pewarna kain dan kertas.[1] Berkembang biak dengan biji dan stek batang.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g h i j Hassan Shadily Ensiklopedi Indonesia Jilid ke-4. 1984. Jakarta: Ictiar Baru- Van Hoeve dan Elsevier Publishing Projects. hal 2207.
- ^ INDEX TO SCIENTIFIC NAMES of Tropical Tree Species along with their Vernacular Names
- ^ a b "Jenis-jenis Kayu Indonesia" (PDF). Merbau Pantai [Intsia bijuga (Colebr)]. Dicapai pada 13 Jun 2014. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan)[pautan mati kekal]
*Laman sesawang Wild Singapore
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Jabatan Perhutanan CIRAD Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine
- Tentang import haram ke China
- Sifat fizikal Kayu Merbau Diarkibkan 2008-07-25 di Wayback Machine
- Tropical Building Systems Ltd.
- BINTUNI BAY NATURE RESERVE MANAGEMENT PLAN - IRIAN JAYA BARAT PROVINCE 2006-2030 Diarkibkan 2011-09-30 di Wayback Machine, Bahagian 2, halaman 8.