Pergi ke kandungan

Menu Mula

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Menu Start)
Bagi butang kekunci yang mengaktifkan menu ini, sila rujuk Kekunci Windows.
Menu Start bagi Windows Vista
Menu Start Menu bagi Windows XP
Menu Start klasik pada Windows 95

Menu Start, juga dikenali sebagai Start Screen atau menu Mula adalah elemen antaramuka pengguna pada Microsoft Windows yang berfungsi sebagai pusat pelancaran program aplikasi.

Secara tradisionalnya, menu Start memaparkan senarai bersarang bagi program yang dipasang pada komputer, senarai dokumen yang baru dibuka, perintah untuk log keluar atau mematikan komputer, bantuan, pencarian fail serta pautan ke ketetapan sistem. Kemudiannya, menu Start menawarkan pautan ke folder khas seperti folder dokumen serta pautan ke program yang baru sahaja dibuka.

Secara teknikalnya, menu Start bukanlah wajib; program aplikasi masih boleh dibuka dengan melayari melalui Windows Explorer secara manual. Namun demikian, menu Start menawarkan kaedah yang lebih mudah dan lebih praktikal untuk membuka program aplikasi, walaupun di kalangan pengguna berpengalaman.

Dalam versi Windows yang terawal, program MS-DOS Executive menawarkan kedua-dua sistem pengurusan fail dan keupayaan menu program. Kemudiannya ia digantikan dengan Program Manager dan File Manager pada Windows 3.0, di mana Program Manager menguruskan kumpulan program manakala File Manager mengendalikan pengurusan fail.

Program Manager merupakan aplikasi bertetingkap penuh yang memerlukan keseluruhan ruangan skrin untuk digunakan secara berkesan. Ia terdiri daripada antaramuka berbilang dokumen yang ringkas bagi menguruskan kumpulan program dan membolehkan pengguna membuka program melalui pintasan di dalam kumpulan program tersebut.

Windows 95 adalah versi di mana menu Start mula menggantikan Program Manager, yang memadatkan Program Manager kepada menu "pop-up" yang boleh dicapai pada bila-bila masa sahaja. Ia juga menawarkan beberapa kelebihan yang tidak ada pada Program Manager seperti membuat kumpulan program baru di dalam kumpulan program serta keupayaan untuk menambah pintasan program pada menu Start melalui teknik "heret dan letak".

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]