Megat Khas
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Yang Berbahagia Dato' Seri Dr. Haji Megat Khas Megat Omar | |
---|---|
Kelahiran | Istana Talang, Kuala Kangsar, Perak | 8 April 1908
Meninggal dunia | 21 Jun 1979 | (umur 71)
Terkenal kerana | Keturunan Megat Terawis |
Anak-anak | Megat Najmuddin |
Keluarga | Megat Terawis |
Yang Berbahagia Dato' Seri Dr Haji Megat Khas bin Megat Omar (lahir 8 April 1908) merupakan seorang bangsawan dan ahli politik di Malaysia. Beliau lahir di Istana Talang, Kuala Kangsar, Perak dan merupakan dari keturunan Megat Terawis, iaitu Bendahara pertama negeri Perak. Beliau merupakan salah seorang pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) di Perak bersama Megat Yunus dan Panglima Bukit Gantang pada tahun 1946.
Bapanya ialah Megat Omar bin Megat Muhammad Ali dari Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak manakala ibunya ialah Che Bee Kassim. Beliau mempunyai 12 orang anak, dan salah seorangnya, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas, merupakan ahli politik UMNO yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili kawasan Kelana Jaya di Dewan Negeri Selangor dari tahun 1986 hingga 1995 di bawah pentadbiran Muhammad Muhammad Taib.
Beliau mendapat pendidikan di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura dalam bidang perubatan dan kemudian menjadi orang Melayu pertama menjadi ahli Kolej Diraja Physicians (MRCP). Beliau juga aktif dalam St John Ambulans . Sepanjang hayatnya, beliau dianugerahkan beberapa pingat dan anugerah. Beliau bersara sebagai Pakar Perubatan Negeri Perak.
Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung pada tahun 1979 sewaktu berusia 71 tahun dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Jalan Kuala Kangsar, Gurap, Ipoh, Perak.