Pergi ke kandungan

Medan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Medan juga membawa erti: kawasan lapang / halaman / padang.
Medan
Kota Medan
Majlis Bandaraya Medan
Bandaraya
Transkripsi Lain
 • Jawiكوتا ميدن
 • Bahasa Batakᯔᯮᯑ᯲
 • Tamilமேடான்
Dari atas, kiri ke kanan: kawasan Pusat Perniagaan Medan (Medan Central Business), Masjid Raya Medan, dan Kuil Shri Mariamman,
Mohor rasmi Medan
Nama panggilan: Parijs Van Sumatra (Belanda)
Cogan kata: Bekerja sama dan sama-sama bekerja
(Working together and everybody work)
Lokasi bandaraya Medan
Lokasi bandaraya Medan
Medan yang terletak di Indonesia
Medan
Medan
Koordinat: 3°35′N 98°40′E / 3.583°N 98.667°E / 3.583; 98.667Koordinat: 3°35′N 98°40′E / 3.583°N 98.667°E / 3.583; 98.667
Negara Indonesia
Negeri Sumatra Utara
Ditubuhkan1 Julai 1590
Pentadbiran
 • Datuk BandarMuhammad Bobby Afif Nasution
 • Timbalan Datuk BandarAulia Rachman
Keluasan
 • Bandaraya265.10 km2 (102.36 batu persegi)
 • Metro
1,991.1 km2 (768.8 batu persegi)
Aras
2.5–37.5 m (8–123 ft)
Penduduk
 (bancian 2010)
 • Bandaraya2,097,610
 • Kepadatan7,900/km2 (20,000/batu persegi)
 • Bandar
2,046,973
 • Metro
4,103,696
 • Kepadatan metro2,100/km2 (5,300/batu persegi)
Demografik
 • SukuBatak
Melayu
Jawa
Cina
Minang
Aceh
Zon waktuUTC 7 (WIB)
Kod kawasan 62 61
Pendaftaran kenderaanBK
Laman sesawangLaman rasmi Kerajaan
Menara Air Tirtanadi, merupakan salah satu ikon Kota Medan

Kota Medan ialah ibu negeri daripada provinsi Sumatera Utara, Indonesia. Hab serantau dan pusat kewangan Sumatera, ia adalah salah satu daripada 3 bandar utama utama Indonesia, bersama Jakarta dan Surabaya[2][3]. Kawasan metropolitan Medan yang meliputi Binjai, Kabupaten Deli Serdang, dan sebahagian dari Kabupaten Karo adalah kawasan metropolitan terbesar di luar pulau Jawa, dengan 4,744,323 penduduk dikira dalam Banci 2020.

Medan adalah sebuah metropolis berbilang budaya dan bandar perdagangan yang sibuk bersempadan dengan Selat Melaka, menjadikannya sebagai salah satu bandar ekonomi utama di Indonesia. Sebuah pintu masuk ke bahagian barat Indonesia, Medan disokong oleh Pelabuhan Belawan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, yang kedua-duanya dihubungkan ke pusat bandar melalui jalan tol dan kereta api.Medan adalah pusat kewangan, perdagangan, dan ekonomi bukan sahaja untuk provinsi Sumatera Utara, tetapi untuk seluruh Pulau Sumatera yang sangat terkenal sejak abad ke-19. Bagi kebanyakan pelabur asing, Medan bukan sahaja kaya dengan budaya dalam sejarah, tetapi juga menampilkan dirinya sebagai hab ekonomi dinamik dunia. Sebagai ibu kota yang teguh di Sumatera Utara, Medan menawarkan kumpulan besar modal insan dan bakat, kos operasi yang lebih rendah serta lokasi yang strategik berhampiran dengan Singapura dan Malaysia serta sumber asli yang pelbagai. Bandar ini dikenali sebagai hab perdagangan untuk eksport minyak sawit. Di Sumatera Utara, terdapat lebih kurang 4 juta ekar ladang kelapa sawit. Medan adalah salah satu pasaran progresif dalam perdagangan. Kira-kira 60% daripada ekonomi di Sumatera Utara disokong oleh industri perdagangan, pertanian dan pemprosesan

Majoriti penduduk bandar Medan sekarang ialah daripada Suku Batak dan Suku Jawa, namun, terdapat juga kaum India terutamanya Tamil dan kaum Cina. Suku lainya yang khususnya berasal daripada Sumatra juga banyak menduduki bandar Medan seperti Orang: Aceh, Minang, Melayu (Deli dan Riau), dan lain-lain [perlu rujukan].

Kota Medan berkembang dari sebuah kampung bernama "Kampung Medan Putri" yang didirikan oleh Guru Patimpus sekitar tahun 1590-an. Disebabkan keletakannya yang berada di Tanah Deli, Kampung Medan juga sering dikenal sebagai "Medan-Deli". Lokasi asli Kampung Medan adalah sebuah tempat pertemuan Sungai Deli dengan Sungai Babura.

Penguasa Aceh pada masa itu, Sultan Iskandar Muda, mengirimkan panglimanya, Gocah Pahlawan gelar Laksamana Khoja Bintan untuk menjadi wakil Kerajaan Aceh di Tanah Deli, barulah Kerajaan Deli mulai berkembang. Perkembangan ini ikut mendorong pertumbuhan dari segi penduduk mahupun kebudayaan Medan.

Medan tidak mengalami perkembangan pesat hingga tahun 1860-an, ketika penguasa-penguasa Belanda mulai membebaskan tanah untuk perkebunan tembakau. Dengan cepatnya, Medan menjadi pusat pemerintahan dan perdagangan, sekaligus menjadi daerah yang paling mendominasi perkembangan di bahagian barat Indonesia.

Belanda menguasai Tanah Deli sejak tahun 1658, setelah Sultan Ismail, penguasa Kerajaan Siak Sri Indrapura, memberikan beberapa bekas tanah kekuasaannya: Deli, Langkat dan Serdang. Pada tahun 1915, Medan menjadi ibu kota provinsi Sumatra Utara secara rasmi, dan pada tahun 1918 ia menjadi sebuah bandar.

Kedudukan kota Medan adalah 3º 30' - 3º 43' LU dan 98º 35' - 98º 44' BT. Permukaan tanahnya cenderung miring ke Utara dan berada pada ketinggian 2.5 meter - 37.5 meter di atas permukaan laut. Lapan sungai melintasi kota ini, iaitu:

Kota Medan bersempadan dengan Selat Melaka di sebelah utara dan Kabupaten Deli Serdang di sebelah barat, selatan dan timur. Kota ini menjadi ibu kota dari beberapa bandar satelit di sekitarnya seperti Kota Binjai, Lubuk Pakam, Deli Tua dan Tebing Tinggi.

Sejak tahun 1990, penduduk Kota Medan mengalami kenaikan yang cukup ketara hingga ke tahun 2001. Berdasarkan banci penduduk, bilangan penduduk bertambah daripada 1,730,725 orang pada tahun 1990 menjadi 1,926,520 orang pada tahun 2001.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Medan mempunyai universiti yang banyak dan hebat, termasuknya Universiti Sumatera Utara (USU), Universiti Negeri Medan (UNIMED), Universiti Islam Sumatera Utara (UISU), Universiti HKBP Nomensen, Universiti Prima Indonesia (UNPRI), Universiti Cendana, Universiti Methodist Indonesia (UMI), Universiti Medan Area (UMA), Universiti Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Politeknik Negeri Medan (POLMED), STMIK-STIE Mikroskil, STBA-PIA, STAB Bodhi Dharma, STIE Eka Prasetya, Universiti Pelita Harapan, Universiti Dharmawangsa, IBBI Campus, IT&B Campus, ITMI Campus, Medan Tourism Academy dan NTU Academy.

Perindustrian

[sunting | sunting sumber]

Salah satu kawasan perindustrian yang menyiapkan kemudahan pelaburan yang lebih lengkap adalah "Kawasan Industri Medan". Ia terletak di Kelurahan Mabar, Kecamatan Medan Deli, yang termasuk dalam WPP B. Luas kawasan perindustrian ini lebih kurang 514 hektar.

Pengurusan KIM menyediakan hampir seluruh kemudahan untuk mendokong proses pengeluaran dan pengedaran seperti jaringan jalan raya yang menghubungkannya dengan pelabuhan Belawan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia, pusat-pusat perdagangan yang ada di Kota Medan, serta terminal pengantar daerah. Juga disediakan tenaga elektrik, air, telekomunikasi, oksigen dan nitrogen, unit pengolahan limbahan besar dan jaminan keselamatan perniagaan.

Pengurusan KIM juga siap membantu mendapatkan izin berusaha yang ditentukan dengan pinjaman dan tempoh pembayaran yang telah dipiawai: sederhana, murah, cepat dan pasti. Harga tanah kilang dan keperluan lainnya seperti pejabat-pejabat dipastikan lebih murah sehingga dapat menekan pinjaman pelabuhan yang harus dikeluarkan. Sampai saat ini, berbagai jenis perusahaan industri melabur di kawasan ini, baik yang besar, sedang mahupun kecil.

Peta Kecamatan di Kota Medan

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]
Keretapi Lapangan Terbang Kuala Namu, Medan

Keunikan Medan terletak pada beca motornya yang dapat ditemukan hampir di seluruh Medan. Berbeza dengan beca biasa ("becak dayung"), beca motor dapat membawa penumpangnya ke hampir mana pun di dalam kota. Selain itu, juga terdapat bemo yang berasal dari India. Bemo beroda tiga, cukup kuat menanjak dan boleh membawa 11 penumpang. Bemo kemudian digantikan oleh Tuk-tuk yang juga berasal dari India. Di Medan, ia dikenal dengan nama "Toyoko". Sekarang, Toyoko pun kabarnya akan digantikan dengan kenderaan baru, iaitu Kanchil, kenderaan antik cilik lincah. Selain kenderaan-kenderaan tersebut, dalam kota juga tersedia pengangkutan umum berbentuk minibus (angkot/"oplet") dan teksi.

Selain daripada itu, Medan turut dilayan oleh perkhidmatan bas bandar bernama Trans Metro Deli (Teman Bus) dan e-hailing seperti Grab, Gojek, dan Maxim yang mana pelanggan boleh menghubungi pemandu kereta persendirian melalui aplikasi untuk menumpangkan mereka ke destinasi.

Kereta api menghubungkan Medan dengan Tanjungpura di sebelah barat laut, Belawan di sebelah utara, dan Binjai, Tebing Tinggi dan Pematang Siantar di tenggara serta Kereta api yang menghubungkan Lapangan Terbang Kuala Namu ke pusat bandar Medan.

Pelabuhan Belawan terletak sekitar 20 kilometer di utara bandar raya. Lapangan terbang Antarabangsa Kualanamu, yang terletak tepat di Deli Serdang, menghubungkan Medan dengan bandar-bandar besar dan luar negara lainnya di Indonesia.

Lebuh raya tol, jalan bebas hambatan Belmera menghubungkan Medan dengan Belawan dan Tanjung Morawa. Pembinaan lebuh raya tol Medan-Lubuk Pakam dan Medan-Binjai serta Medan-Kualanamu.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu

[sunting | sunting sumber]
Lapangan Terbang Kualanamu, Medan

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu merupakan salah satu pintu gerbang utama Indonesia. Lapangan terbang ini melayani penerbangan seperti:

  • Arab Saudi;
  • Hong Kong;
  • Bandar-bandar di Indonesia
  • Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang di Malaysia;
  • Singapura;
  • Taipei di Taiwan; dan
  • Thailand.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu di Kuala Namu, Beringin, Deli Serdang yang menghubungkan Medan dan sekitarnya dengan kota-kota di Indonesia dan Penerbangan Antarabangsa lainnya.

Pelancongan

[sunting | sunting sumber]

Ada banyak bangunan-bangunan lama di Medan yang masih mempunyai tinggalan senibina khas Belanda. Contohnya:

  • Gedung Balai Kota lama;
  • Pejabat Pos Medan;
  • Menara Air (yang merupakan ikon kota Medan); dan
  • Titi Gantung: sebuah jambatan di atas landasan kereta api.

Selain itu, masih ada beberapa bangunan bersejarah lain, seperti Istana Maimun, Masjid Raya Medan dan juga rumah Tjong A Fie di kawasan Jalan Jeneral Ahmad Yani (Kesawan).

Daerah Kesawan yang meninggalkan sedikit bangunan-bangunan lama (misalnya bangunan PT. London Sumatra) dan kedai-kedai lama seperti yang boleh didapati di Pulau Pinang dan Singapura kini telah diganti menjadi sebuah pusat penjualan makanan yang dikunjungi ramai pada malam hari.

Telekomunikasi

[sunting | sunting sumber]

PT. TELKOM dan Indosat menyempurnakan perkhidmatan komunikasi perdagangan dan perniagaan yang terus menerus meningkat dari dan ke Kota Medan dengan seluruh dunia. Sistem telekomunikasi yang ada, dipermudahkan dengan berbagai prasarana dan sarana telekomunikasi yang diperlukan seperti:

  • pusat telefon automatik (STO);
  • pengawas stesen (SM);
  • sambungan langsung antarabangsa (SLI);
  • sambungan langsung jarak jauh (SLJJ); dan
  • telefon umum (TU).

Adanya sistem telekomunikasi satelit juga untuk mengaitkan Kota Medan dengan berbagai kemudahan telekomunikasi lain, seperti telefon bimbit, internet, faksimili, emel dan lain-lain.

Kota bersaudara

[sunting | sunting sumber]

Beberapa kota di Asia telah mendorong pembentukan Persatuan Kota Bersaudara, antara Kota Medan dengan:

Forum ini telah menjadi ajang saling tukar-menukar maklumat dan perundingan untuk membincangkan berbagai masalah ekonomi dan perkotaan.

Berbagai kerangka kerjasama antara kota bersaudara, kenyataannya terus berkembang dalam bidang-bidang yang semakin luas, baik sosial mahupun pendidikan. Di bidang sosial, misalnya Ichikawa memanfaatkan forum ini untuk membantu pengadaan alat bantu dengar untuk melengkapi kemudahan kesihatan Kota Medan. Di bidang pengembangan sumber manusia, Ichikawa juga memberikan bantuan latihan bagi Pemerintah Kota Medan dalam bentuk magang, termasuk mengadakan program pertukaran pelajar diantara kedua kota.

Hal yang sama juga berlangsung antara Kota Medan dengan Kota Bersaudara lainnya, baik Kwangju mahupun Pulau Pinang. Di bidang perdagangan, forum ini telah menguruskan Pameran Perdagangan Bandar Bersaudara ("Sister City Trade Fair") yang bertaraf antarabangsa, sehingga mampu mendorong pertemuan pengusaha-pengusaha kota masing-masing. Dengan nyata, hal ini mampu mendorong peningkatan perdagangan dan pelaburan di kota masing-masing disamping memberikan kepastian dan perluasan pasaran produk yang dihasilkan. Keberkesanan forum ini juga telah memunculkan minat kota-kota lainnya di Asia seperti Chennai, India dan Chendy, China untuk memasuki persatuan ini.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Peringatan". sp2010.bps.go.id.
  2. ^ "26. Z. Irian Jaya". bappenas.go.id (Word DOC) (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 July 2019. Dicapai pada 16 May 2019.
  3. ^ Geografi. ISBN 9789797596194. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 August 2020. Dicapai pada 19 August 2019.