Pergi ke kandungan

Mazuria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Belayar di Tasik Mikołajki.

Masuria (Poland: Mazury; Bahasa Jerman: Mengenai audio iniMasuren ) ialah sebuah kawasan di Poland Timur Laut yang pada hari ini termasyhur kerana 2,000 buah tasiknya.

Antara abad ke-11 hingga abad ke-13, wilayah ini dihuni oleh orang Prusia Lama, juga dikenali sebagai orang Prusia Baltik, sekelompok etnik yang menghuni di Prusia. Prusia terletak di pantai tenggara Laut Baltik di sekitar Lagun Vistula dan Lagun Curonia. Orang Prusia Lama bertuturan bahasa yang kini di kenali sebagai bahasa Prusia Lama dan menganuti agama yang dipercayai oleh sarjana moden sebagai berkait rapat dengan paganisme Lithuania. Walaupun mereka memiliki nama entiti politik Jerman abad ke-19, mereka bukannya orang "Jerman".

Orang Prusia Lama memeluk agama Katolik antara akhir abad ke-13 dan abad ke-14 selepas ditaklukkan oleh Sateria Teuton, lalu memeluk agama Protestantisme pada awal abad ke-16. Antara abad ke-15 hingga abad ke-19, wilayah ini merupakan sebahagian Duchy Prusia, lalu menjadi sebahagian Kerajaan Prusia dan akhirnya menjadi sebahagian Empayar Jerman.

Selepas Penyatuan Jerman pada 1871, dasar Penjermanan mencuba menghapuskan asal-usul linguistik Prusia Lama dan bahasa Poland. Disebabkan oleh Ketentuansuara Prusia Timur selepas Perang Dunia I, Masuria menjadi sebahagian Republik Weimar yang diasaskan pada 1919. Selepas Perang Dunia II pula, wilayah ini menjadi sebahagian Poland, dengan penduduk tempatannya diusir atau kemudian meninggalkan wilayah ini dengan rela.

Pada hari ini, ekonomi Mazuria bergantung sebahagian besarnya kepada ekopelancongan dan pertanian. Kesemua 2,000 buah tasik yang menyebabkan kawasan ini termasyhur menawarkan berbagai-bagai sukan air, dan kegiatan cuti.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]