Mati otak
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda. Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera. |
Mati otak merujuk kepada keadaan tiadanya pengedaran darah dan oksigen (O2) ke otak yang menyebabkan keseluruhan sistem otak (termasuk batang otak, saraf tunjang dan bahagian-bahagian otak lain yang mengawal aktiviti-aktiviti penghidupan seperti pernafasan dan denyutan jantung) tidak lagi berfungsi dengan sempurna dan keseluruhannya. Kehilangan fungsi otak ini umumnya tidak lagi boleh dipulihkan, akhirnya membawa kepada masalah kematian otak. Bagi segelintir pesakit, kematian otak boleh terjadi dahulu sebelum denyutan jantung mereka berhenti sepenuhnya.
Hal ini mungkin terjadi apabila pesakit itu mengalami koma akibat keadaan-keadaan seperti yang dinyatakan berikut dan telah mendapat rawatan bantuan pernafasan dari mesin khas pernafasan (ventilator) seperti yang berlaku di unit rawatan rapi:
- Kecedaran otak yang menyebabkan bengkak otak,
- Pendarahan otak yang teruk berlaku secara spontan,
- Otak bengkak yang teruk kerana diserang jangkitan kuman,
- Strok (angin ahmar) yang akut ataupun teruk.
Kebanyakan para pakar perubatan telah mengistilahkan pesakit yang mengalami kematian otaknya maka secara tidak langsung pesakit itu telah diklasifikasikan sebagai mati/ meninggal dunia, walaupun nadi dan denyutan jantungnya masih lagi bergerak.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Murray, Stephen. “Brain Death: Some of the Questions and Answers,” The Philosopher (Journal of the English Philosophical Society), spring 1990, 1-12.
- Lock M. Twice Dead: Organ Transplants and the Reinvention of Death. 2002, University of California Press, Berkeley, CA.
- Howsepian AA. In defense of whole-brain definitions of death. Linacre Quarterly. 1998 Nov;65(4):39-61. PMID 12199254
- Karasawa H, et al. Intracranial electroencephalographic changes in deep anesthesia. Clin Neurophysiol. 2001 Jan;112(1):25-30. PMID 11137657
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Informational Portal about Brain Death
- Brain Death from the Encyclopedia of Death and Dying
- How Stuff Works - Brain Death
- Textbook section
- Parents' Hospital Lawsuit Says Teen Was 'Killed' For Organs
- Why the Concept of Brain Death is Valid as a Definition of Death: Statement by Neurologists and Others and Response to Objections. Pontifical Academy of Science
—Mati otak—
—String Module Error: Target string is empty—