MasterChef Australia (siri 2)
MasterChef Australia | |
---|---|
Pengarah | Jo Siddiqui |
Pengacara | Gary Mehigan, George Calombaris |
Juri | Gary Mehigan George Calombaris Matt Preston Donna Hay (juri jemputan) |
Pencerita suara latar | Nick McKay |
Penggubah lagu tema | Katy Perry |
Lagu pembukaan | Hot n Cold |
Negara asal | Australia |
Bilangan episod | 84 |
Penerbitan | |
Penerbit | Margie Bashfield, Judy Smart, Caroline Spencer, Amanda Bainbridge, Tim Thatcher, Alenka Henry, Kam Vurlow, Lisa Storer, Jaala Webster, Lucy Johnstone, Trish Cuneen |
Tempoh siaran | 30–90 minit per episod |
Penyiaran | |
Saluran asal | Network Ten |
Format gambar | 576i (SDTV) |
Siaran asal | 19 April 2010 – 25 Julai 2010 |
Kronologi | |
Mengikuti | Celebrity MasterChef Australia |
Diikuti oleh | Junior MasterChef Australia |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Musim ke-2 bagi rancangan pertandingan memasak Australia iaitu MasterChef Australia mula ditayangkan pada 19 April 2010 di Network Ten, dan tamat pada 25 July 2010 apabila Adam Liaw dinamakan sebagai pemenang.[1]
Episod penutup musim ini dijangkakan punyai jumlah kadar kepopularan yang tinggi hingga memaksa debat pilihanraya negara antara Perdana Menteri Australia, Julia Gillard dengan Ketua Pembangkang, Tony Abbott, ditunda ke ruangan waktu yang lain kerana khuatir akan kekurangan penonton. Cabarang akhir telah ditonton oleh 4.63 juta penonton purata kebangsaan Australia, sementara pengumuman pemenang telah ditonton oleh 5.74 juta orang.[2]
Perubahan
[sunting | sunting sumber]Musim kedua MasterChef Australia membawa beberapa perubahan format. Paling ketara ialah Sarah Wilson, pengacara pada Musim Pertama, tidak hadir untuk musim yang kedua, malah penerbit menggunakan Gary Mehigan dan George Calombaris, dua daripada tiga juri, untuk mengacarakannya.
Tambahan pula, Musim ke-2 bermula dengan komponen '50 Teratas', bukan dengan fasa ujibakat. Ini membolehkan penonton untuk mula mengenali peserta, dan membolehkan lebih banyak masa digunakan untuk fasa pertandingan sebenar.
Perubahan yang lain ialah ganjaran bagi memenangi Cabaran Cef Selebriti. Dalam Musim ke-1, pemenang akan menerima laluan mudah terus mara ke akhir pertandingan. Hal ini dirasakan bermasalah apabila ganjaran tersebut mengasingkan terus peserta dari baki rancangan, yang bermakna mereka tidak perlu lagi menghadapi suasana tekanan seperti yang dialami peserta lain. Mala, dalam Musim 2, peserta yang berjaya dalam cabaran tersebut akan menerima "Pin Kebal", yang mereka boleh gunakan bila-bila masa dalam pertadingan untuk menyelamatkan mereka daripada penyingkiran. Dalam mana-mana Cabaran Chef Selebriti, hanya Marion yang berjaya memenangi pin tersebut dengan mengalahkan Chef Selebriti (Adam juga memenangi pin tersebut, tetapi bukan dengan mengalahkan Chef Selebriti).
Juga berbeza dalam Musim 2 ialah penyingkiran selepas cabaran berpasukan. Dalam Musim 1, semua peserta dari pasukan yang kalah perlu mengundi salah seorang daripada mereka untuk dikeluarkan daripada pertandingan. Hal ini juga bermasalah kerana peserta mungkin akan menyingkirkan peserta yang terbaik demi meningkatkan peluang masing-masing untuk menang. Musim 2, proses penyingkiran turut berubah. Pelbagai jenis cabaran digunapakai untuk menentukan penyingkiran bagi ahli-ahli dari pasukan yang kalah:
- Ujian Kemahiran Asas – peserta melakukan tugasan untuk menguji kemahiran asas, seperti memisahkan kuning telur dan putih telur, membuat sos pesto atau menamakan herba. Cabaran tersebut mungkin dibahagikan kepada beberapa pusingan, dengan menggunakan kaedah '3 yang terbaik', juri mungkin akan memilih peserta yang paling teruk atau terus mengenakan penyingkiran.
- "Perbaiki Hidangan Itu" – peserta akan diberikan hidangan yang dimasak tidak sempurna, dan mereka diberi tugasan untuk perbaikinya. Juri akan menyingkirkan peserta dengan hidangan yang paling kurang memuaskan.
- Ujian Rasa – peserta akan mengikut giliran untuk menamakan bahan yang digunakan dalam hidangan yang disediakan (seperti bouillabaisse atau kari). Peserta yang pertama yang memberi nama bahan yang tidak terkandung di dalam makanan atau gagal memberi apa-apa nama bahan akan disingkirkan.
- Kotak Misteri – lebih kurang Cabaran Kotak Misteri, ahli pasukan ditugaskan untuk menyediakan hidagan yang sesuai untuk satu-satu keadaan (contohnya, hidangan pelengkap bagi sejenis wain).
Tambahan lagi, pemilihan ahli dari pasukan yang kalah untuk menghadapi penyingkiran juga berubah. Pada sesetengah minggu, juri akan memilih dua yang paling teruk, ada sesetengah minggu pula, seluruh ahli pasukan akan berentap dalam cabaran penyingkiran. Ada juga ketika apabila ahli pasukan perlu mencalonkan tiga ahli pasukan mereka.
Dalam Minggu 4, Donna Hay menggantikan Gary Mehigan sebagai panel juri ketika Cabaran Chef Selebriti. Ini dilakukan bagi membolehkan Mehigan bertindak sebagai pemudahcara di dapur ketika cabaran (ini merupakan peranan bekas pengacara Sarah Wilson dalam Musim 1).
Ketika penggambaran Minggu 7, Mehigan telah cedera di kakinya dan tidak dapat menghadiri penggambaran.[3] Dalam tempoh kecederaannya, Matt Moran bertindak sebagai juri bagi mengisi kekosongan bermula Cabaran Chef Selebriti 6 hinggalah kembalinya Mehigan pada Minggu 8.
Minggu Eropah
[sunting | sunting sumber]Mula ditayangkan dari 20 Jun, lapan peserta MasterChef yang tinggal mengembara ke London untuk hentian pertama mereka dalam "Minggu Eropah". Kemudiannya dalam minggu tersebut, mereka perlu ke Paris, yang mereka perlu berentap dalam "cabaran paling utama". Tukang Masak Selebriti yang muncul termasuklah Jamie Oliver, Heston Blumenthal, Martin Blunos dan Brett Graham.[4] Letusan gunung berapi di Iceland pada tahun 2010 telah menyebabkan penggambaran ini tergendala.[5]
Peserta
[sunting | sunting sumber]24 peserta teratas dipilih sepanjang minggu pertama cabaran antara 50 orang peserta. Kumpulan penuh 24 orang didedahkan pada 25 April:
Peserta | Usia | Negeri | Pekerjaan | Status |
---|---|---|---|---|
Adam Liaw | 31 | SA | Peguam | Juara 25 Julai |
Callum Hann | 20 | SA | Pelajar | Naib juara 25 Julai |
Claire Winton Burn | 31 | VIC | Peguam | Tersingkir 22 Julai |
Jimmy Seervai | 31 | NSW | Penyelidik Bahan Makanan | Tersingkir lagi 21 Julai Kembali 28 Jun Tersingkir 31 Mei |
Courtney Roulston | 29 | NSW | Pengurus Bar | Tersingkir lagi 20 Julai Kembali 28 Jun Tersingkir 13 Mei |
Alvin Quah | 35 | NSW | Pengurus Hal Ehwal Saintifik | Tersingkir 19 Julai |
Aaron Harvie | 37 | NSW | Pengurus Kumpulan Muzik | Tersingkir 15 Julai |
Jonathan Daddia | 33 | NSW | Perunding IT | Tersingkir 12 Julai |
Marion Grasby | 27 | SA | Pelajar | Tersingkir 8 Julai |
Peter Kritikides | 29 | VIC | Peguam | Tersingkir lagi 5 Julai Kembali 28 Jun Tersingkir 7 Jun |
Joanne Zalm | 37 | NSW | Ibu | Tersingkir 24 Jun |
Matthew Caldicott | 21 | NSW | Akauntan | Tersingkir 17 Jun Gagal untuk kembali dalam cabaran penyingkiran 27 Jun |
Sharnee Rawson | 21 | QLD | Pelajar Jurusan Undang-undang | Tersingkir 14 Jun Gagal untuk kembali dalam cabaran penyingkiran 27 Jun |
Skye Craig | 35 | QLD | Pereka Grafik | Tersingkir 10 Jun Gagal untuk kembali dalam cabaran penyingkiran 27 Jun |
Jake Bujayer | 29 | NSW | Pembancuh Simen | Tersingkir 3 Jun Gagal untuk kembali dalam cabaran penyingkiran 28 Jun |
Fiona Inglis | 24 | VIC | Guru | Tersingkir 27 Mei |
Carrie Johnston | 34 | NSW | Bekas Pengurus Sumber Manusia | Tersingkir 24 Mei |
Philip Vakos | 27 | TAS | Juruaudit | Tersingkir 20 Mei Gagal untuk kembali dalam cabaran penyingkiran 28 Jun |
Daniel Aulsebrook | 32 | VIC | Baru diberhentikan kerja | Tersingkir 17 Mei Gagal untuk kembali dalam cabaran penyingkiran 27 Jun |
Dominic Corrigan | 46 | NSW | Pengarah Syarikat | Tersingkir 10 Mei |
Adele Fragnitio | 49 | SA | Pendandan Rambut | Tersingkir 6 Mei |
Kate Nugara | 30 | VIC | Guru | Tersingkir 3 Mei Gagal untuk kembali dalam cabaran penyingkiran 27 Jun |
Devon Headland | 30 | QLD | Buruh Binaan | Tersingkir 29 April Gagal untuk kembali dalam cabaran penyingkiran 28 Jun |
Sarah Carmichael | 30 | VIC | Detektif Polis | Tarik diri pada 28 April |
Kemunculan kemudian
[sunting | sunting sumber]- Callum Hann muncul di Siri Junior pertama sebagai juri jemputan.
- Dalam Siri 3, Alvin Quah dan Jimmy Seervai memberikan pelajaran memasak di Masterclass.
- Dalam Siri 4, Adam Liaw muncul sebagai juri jemputan untuk Cabaran Kotak Misteri.
- Callum mengambil bahagian dalam Siri All Star Khas untuk Amal bersama dengan Marion Grasby, Jonathan Daddia dan Aaron Harvie. Aaron berada di tangga ke-11, Jonathan berada di tempat ke-9, Marion berada di tangga ke-8 dan Callum menjadi pemenang.
- Dalam Siri 5, Adam muncul di peringkat Akhir.
- Dalam Siri 6, Adam muncul sebagai juri jemputan untuk Cabaran Kotak Misteri dan Ujian Daya Cipta.
- Dalam minggu bertema Superstar di Siri 7, Callum sebagai chef jemputan untuk cabaran Kekebalan di mana dia berjaya memenangi pesaing Siri 7 Anna Webster dan muncul untuk Masterclass.
- Dalam Siri 10, Adam muncul di ujibakat untuk menyokong Top 50, sementara Callum muncul ketika minggu Australia Selatan untuk Masterclass.
- Callum Hann dan Courtney Roulston akan muncul di Siri 12 untuk merebut peluang merangkul gelaran MasterChef.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Adam Liaw wins MasterChef Australia". The Spy Report. Media Spy. 25 July 2010. Dicapai pada 25 July 2010.
- ^ "Ratings: 1 in 4 watch MasterChef finale". The Spy Report. Media Spy. 26 July 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-28. Dicapai pada 26 July 2010.
- ^ "TV chef Gary Mehigan goes under the knife". dailytelegraph.com.au. 5 March 2010. Dicapai pada 2 June 2010.
- ^ "Masterchef: London week". David Knox. 5 June 2010. Dicapai pada 5 June 2010.
- ^ "MasterChef crew in a stew after volcano delays". The Daily Telegraph. 28 April 2010. Dicapai pada 5 June 2010.
Didahului oleh Celebrity MasterChef Australia |
Siri MasterChef Australia 19 April 2010 – 25 Julai 2010 |
Diikuti oleh: Junior MasterChef Australia (musim 1) |