Makro
Jenis/bentuk sah | Anak syarikat |
---|---|
Industri | Tunai dan bawa |
Ditubuhkan | 1968 |
Pengasas | SHV Holdings |
Ibu pejabat | Düsseldorf (Metro AG), Utrecht (SHV), Bangkok (CP ALL) |
Syarikat induk | Metro AG, SHV Holdings, CP ALL |
Tapak web | Metro AG site SHV site Makro UK Makro America Makro Venezuela |
sunting · sunting di Wikidata |
Makro ialah jenama pasar raya yang berkonsepkan tunai dan bawa. Pemilikan kepada rantaian kedai serata dunia dibahagikan kepada tiga syarikat: Metro AG di Eropah, SHV Holdings di Amerika Latin, dan CP ALL di Asia. SHV membukai kedai Makro pertama di Amsterdam pada 1968. Pada tahun berikutnya, lebih banyak kedai dibuka di Belanda dan beberapa negara Eropah dan, pada 1971, Afrika Selatan.[1] Pada 1970an dan 1980an Makro mengembangkan operasinya ke Amerika dan Asia. Makro juga telah berkembang ke Amerika Syarikat pada pertengahan 1980an. Pada tahun 1989, Kmart memperoleh lokasi AS,[2] dan memindahkan sebahagiannya ke Pace Warehouse pada 1990. Kedai Asia akhirnya dijual kepada pelbgai firma dengan yang terkini dijual kepada CP ALL dari Thailand. Pada tahun 1998, SHV Holdings menjual kedai Makro di Eropah kepada Metro AG.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Makro South Africa History Retrieved 9 October 2013.
- ^ "K mart absorbs Makro, boosts clout in clubs. (warehouse membership clubs) - HighBeam Business: Arrive Prepared". business.highbeam.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-02.