Pergi ke kandungan

Ogawa Makoto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Makoto Ogawa)
Ogawa Makoto
小川麻琴
175 x232 pixel
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Mako, Makocchan, Makko
Berasal dariJepun Kashiwazaki, Niigata, Jepun
GenreJ-pop
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2001–2006
Syarikat rakaman
Zetima
Pengkarya berkait
[Morning Musume]], Petitmoni, Otomegumi, Happy 7, Salt5, H.P. All Stars
Laman sesawang
Hello! Project.com

Ogawa Makoto (小川麻琴, lahir 29 Oktober 1987 di Kashiwazaki, Niigata, Jepun) ialah bekas anggota generasi kelima Morning Musume. Dia menyertainya pada Ogos 2001 bersama-sama dengan anggota generasi kelima yang lain iaitu Takahashi Ai, Konno Asami, dan Niigaki Risa. Dia berundur dari Morning Musume kerana ingin belajar bahasa Inggeris di luar negeri. Pada Jun 2008, dia kembali dalam Hello! Project.

Sebelum menyertai Morning Musume, Ogawa Makoto menyertai sebuah sekolah hiburan Apple Little Performers (ALP) di Niigata, di mana dia adalah antara pelajar yang terbaik. Dia juga membuat kemunculan CD pertama lagu sorakan semangat untuk kumpulan bola sepak J2, Albirex Niigata.

Dia juga menjadi model untuk majalah dan kempen, seperti kempen keselamatan kenderaan untuk warga tua. Tsunku memilih Ogawa Makoto untuk menyertai Morning Musume kerana dia mempunyai kemahiran dalam menari dan dia juga menonjol semasa proses ujibakat.

Ogawa berundur dari Morning Musume pada Ogos 27, 2006 di persembahan akhirnya dalam Hello! Project, muzikal Ribon no Kishi. Dia juga berniat untuk kembali ke Hello! Project.

Pada Jun 2008, Dia kembali ke Hello! Project untuk mengendalikan rancangan, Haromoni@.

Fakta menarik

[sunting | sunting sumber]
  • Semasa dia di sekolah rendah, kawan-kawannya menggelarnya dengan gelaran "Sos Tomato 100% OK" dan "Machiko."
  • Nama: Ogawa Makoto (小川麻琴)
  • Nama panggilan: Mako, Makocchan, Makko
  • Tarikh lahir: Oktober 29, 1987
  • Tempat lahir: Kashiwazaki, Niigata Prefecture, Jepun
  • Tinggi: 156 cm ( belum ditentukan)
  • Makanan Kegemaran: Labu
  • Warna Kegemaran: Biru, Pink, Kuning, Merah, Hitam, Putih.
  • Keistimewaan: "Berenang agaknya?"
  • Perkataan Kegemaran: tomodachi (kawan)

Penampilan

[sunting | sunting sumber]

Photobooks (Buku Foto)

[sunting | sunting sumber]
# Tajuk Tarikh Dikeluarkan ISBN Informasi
5 - Morning Musume 5 Ki Member Shashinshū
(5 モーニング娘。5期メンバー写真集)
2002-08-13 ISBN 4-8470-2721-3 Photobook bersama ahli generasi kelima yang lain
1 Ogawa Makoto Shashinshū (小川麻琴写真集) 2005-02-02 ISBN 4-8470-2844-9 Photobook solo pertama
2 Natsu no Uta (夏ノ詩) 2006-08-26 ISBN 4-8470-2954-2 Photobook solo kedua

Rancangan Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Show Start date End date
Hello! Morning (ハロー!モーニング。) 2001 2006
Sore Yuke! Gorokkies (それゆけ!ゴロッキーズ) 2003-09-29 2003-12-26
Futarigoto (二人ゴト) 2004-04-29 2004-05-04
2004-09-20 2004-09-28
Majokko Rika-chan no Magical v-u-den (魔女っ娘。梨華ちゃんのマジカル美勇伝) 2004-10-05 2004-12-15
Musume Dokyu! (娘Dokyu!) 2005-04-13 2005-07-01
2005-12-16 2005-12-22
Program Start date End date
TBC Fun Fīrudo Mōretsu Mōdasshu (TBC Funふぃーるど・モーレツモーダッシュ) 2005-04-18 2005-04-29
2006-08-21 2006-08-15
Hello Pro Yanen!! (ハロプロやねん!!) 2005-06-26

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]