Pergi ke kandungan

Makanan di Afrika Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Secara umumnya makanan disini adalah membosankan, terutamanya makanan dari Eropah. Stik atau sosej boerewors, sayur rebus dan "chips" kentang adalah makanan utama. Para vegetarian tidak akan menikmati makanan disini yang lebih kepada daging seperti sosej khinzir, daging lembu, kambing dan ayam. Snek popular di negara ini ialah biltong, sejenis daging kering dari daging lembu atau daging buruan, dan ia biasanya dimakan sewaktu menonton pertandingan sukan. Potjie (disebut "pooi-ki") berasal dari Belanda dan merupakan periuk besi berkaki tiga yang digunakan oleh peneroka-peneroka awal Belanda dan juga penjelajah. Ia kemudian digunakan sebagai periuk memasak puak Afrika untuk memasak putu (masakan jagung)

Dipesisiran pantai pula, kelompok Portugis mencampurgaulkan masakan mereka dengan penduduk Mozambique, menghasilkan masakan berunsurkan tomato yang pedas iaitu peri-peri, yang terkenal diseluruh Afrika Selatan. Kini restoran Nando's telah membawa masakan ayam peri-peri ke seluruh dunia.

Melayu Tanjung atau "Cape Malays" yang tiba di Cape Town pada akhir abad ke-17 membawa sumbangan terbesar kepada kuisin di Afrika Selatan. Mereka telah membawa sos pedas, chutneys, blatjangs (sos pekat yang dibuat daripada buah-buahan dan perasa), acar , sambal, bobotie (daging cincang berperisa) dan ikan jeruk.

Kaum minoriti India juga mempunyai makanannya yang tersendiri. Makanan yang paling popular dikalangan mereka (terutamanya disebelah Durban) ialah kari, tetapi ia tidak sepedas kari di negara asalnya iaitu India. Suatu keistimewaan di Durban ialah 'bunny' atau 'bunny chow', iaitu roti putih berisi kari (biasanya daging).

Kaum pribumi Afrika Selatan pula meminati makanan berunsurkan jagung dan sayuran tempatan. Mereka juga memburu burung merpati dan ayam hutan.