Pergi ke kandungan

Majlis Bandaraya Johor Bahru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Majlis Bandaraya Johor Bahru
Logo
Bendera
Akta Kerajaan Tempatan 1976
Jenis
Jenis
Kepimpinan
Datuk Bandar
YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman (sejak 2021)
Setiausaha
Haji Miswan bin Yunus
Struktur
Ahli24 orang ahli majlis
Moto
Memperkukuh Daya Tahan Johor Bahru Ke Arah Bandar Raya Bertaraf Antarabangsa, Berbudaya Dan Lestari
Tempat persidangan
Menara MBJB, No. 1, Jalan Lingkaran Dalam, Bukit Senyum, Johor Bahru
www.mbjb.gov.my/home
Catatan kaki
Sebelum ini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Johor Bahru atau Johor Bahru Municipal Council sehingga 1993
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Bandaraya Johor Bahru merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar raya Johor Bahru, Johor. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk dan bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar[1]. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis. Menara MBJB terletak di No. 1, Jalan Lingkaran Dalam, Bukit Senyum di pusat bandaraya Johor Bahru.

Penubuhan Majlis Bandaraya Johor Bahru bermula dengan Lembaga Bandaran pada 1910. Seterusnya, ia dinaikkan ke taraf Majlis Bandaran pada tahun 1952. Pada 1 April 1977, ia telah dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran dan diketuai oleh seorang Yang Dipertua. Bermula pada 1 Januari 1994, Johor Bahru telah dinaik taraf sebagai bandar raya dan diketuai oleh seorang Datuk Bandar.

Yang Dipertua

[sunting | sunting sumber]
# Nama Yang Dipertua Tempoh menjawat
1. Datuk Tunku Ahmad Ibrahim Tunku Jefri Ahmad Ismail 1977-1984
2. Datin Aminah Azizah Mariam 1984-1984
3. Dato' Ashari Rafael 1984-1993

Datuk Bandar

[sunting | sunting sumber]

Kawasan pentadbiran

[sunting | sunting sumber]
Parlimen Kawasan
Tebrau Tiram, Desa Cemerlang, Pelangi Indah, Setia, Austin, Dato Onn, Setia Tropika, Kampung Baru Sri Aman, Kampung Maju Jaya,Taman Johor, Kawasan Kempas Denai, Taman Damansara Aliff,Kampung Perindustiran Tampoi Jaya, Taman Kempas Bukit, Kampung Palas, Kangkar Tebrau (Taman Daya), Mount Austin Taman Desa Tebrau, Kampung Ulu Kempas, Taman Kempas, Kempas Permatang, Kemajuan Tanah Tebrau, Taman Purnama, Kempas Denai, Kempas Baru, Alexandere Avenue, Taman Perindustrian Gembira, Kawasan Perindustrian Tebrau , Taman Puteri Wangsa, Taman Gaya, Taman Munsyi Ibrahim, Taman Kempas Baru, Taman Cempaka,
Pasir Gudang Taman Johor Jaya, Taman Rinting/Sri Plentong, Permas Jaya Teluk Jawa, Taman Molek
Johor Bahru Bandar Baru UDA, Larkin, Taman Larkin Perdana, Larkin Jaya, Geylang Baru, Kampung Noik Chik, Taman Sei Tebrau, Taman Sentosa, Kampung Skudai, Striats View, Kampung Perindustrian Dato Onn, Kampung Ubi Baru, Kampung Perumahan Bandar Baru Tampoi Uda, Kampung Melayu Majidee/Taman Suria, Kebun Teh, Bakar Batu, Stulang, Taman Pelangi/Taman Sentosa, Wadi Hana/Taman Abad
Pulai Tampoi, Kempas, Pekan Tampoi, Danga Bay, Bandar

Pejabat cawangan

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Mohd Yahya, N., The local government system in Peninsular Malaysia: with special reference to the structure, management, finance and planning, 1987

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]