Mahkota Besi Lombardy
Penampilan
Mahkota Besi Lombardy (Corona Ferrea) merupakan satu relikuari dan salah satu daripada alat kebesaran diraja tertua dalam Dunia Kristian. Dihasilkan pada Zaman Pertengahan Awal, ia diperbuat daripada lingkaran emas yang dipasang di sekeliling jalur besi di tengahnya, di mana menurut legenda ia ditempa daripada paku Salib Benar.
Mahkota tersebut menjadi salah satu simbol bagi Kerajaan Lombards dan kemudiannya Kerajaan Itali pada zaman pertengahan. Ia disimpan di Katedral Monza, Milan, Itali.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Mahkota Besi Lombardy |
- (Itali) La Corona Ferrea Diarkibkan 2010-05-29 di Wayback Machine
- (Itali) La gemme della Corona Ferrea
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.