Pergi ke kandungan

Magnolia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Magnolia
مݢنوليا
Magnolia sieboldii
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Magnolia

Spesies jenis
Magnolia virginiana
L.
Subgenus
  • Magnolia
  • Yulania
  • Gynopodium
Sinonim[1]
  • Alcimandra Dandy
  • Aromadendron Blume
  • Blumia Nees ex Blume
  • Buergeria Siebold & Zucc.
  • Champaca Adans.
  • Dugandiodendron Lozano
  • Elmerrillia Dandy
  • Guillimia Rchb.
  • Gwillimia Rottler ex DC.
  • Houpoea N.H.Xia & C.Y.Wu
  • Kmeria Dandy
  • Kobus Kaempf. ex Salisb.
  • Lassonia Buc'hoz
  • Lirianthe Spach
  • Liriopsis Spach
  • Manglietia Blume
  • Manglietiastrum Y.W.Law
  • Metamagnolia Sima & S.G.Lu
  • Michelia L.
  • Micheliopsis H.Keng
  • Oyama (Nakai) N.H.Xia & C.Y.Wu
  • Pachylarnax Dandy
  • Parakmeria Hu & W.C.Cheng
  • Paramagnolia Sima & S.G.Lu
  • Paramanglietia Hu & W.C.Cheng
  • Paramichelia Hu
  • Sampacca Kuntze
  • Santanderia Cespedes ex Triana & Planch.
  • Sinomanglietia Z.X.Yu
  • Sphenocarpus Wall.
  • Svenhedinia Urb.
  • Talauma A.Juss.
  • Tsoongiodendron Chun
  • Tulipastrum Spach
  • Woonyoungia Y.W.Law
  • Yulania Spach

Magnolia ialah genus tumbuhan berbunga terdiri daripada kira-kira 210 hingga 340[a] spesies dalam subkeluarga Magnolioideae keluarga Magnoliaceae.

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Genus ini dinamakan sempena ahli botani Perancis Pierre Magnol; ia mula diterangkan pada tahun 1703 dalam buku Genera[2] oleh Charles Plumier (1646–1704) untuk sebatang pokok berbunga dari pulau Martinique (talauma).

Pokok-pokok spesies dalam genus ini renek dan berdaun luruh.

Kuntum-kuntum bunganya besar berbentuk mangkuk atau bintang berwarna putih, merah jambu, ungu, hijau atau kuning.[3] Setiap kuntum mempunyai 9–15 kelopak yang tidak membentuk ranggi,[4] kelopak-kelopak ini bercantum dalam tiga atau lebih pusaran.

Bunga-bunga ini mempunyai organ jantan dan organ betina; sangga dan tudung cepu debu dicantum (adnate) manakala sulur debu disusun kelun pada pudung bunga. Bunga pada spesies meluruh selalu muncul sebelum daun-daunnya pada musim bunga. Bunga-bunga genus ini didebungakan kumbang-kumbang yang tertarik dengan rembesan bergula dan wangi darinya.[4]

Buahnya muncul pada musim luruh berbentuk kerucut.[3]

  1. ^ Bilangan spesies dalam genus Magnolia bergantung pada pandangan taksonomi diambil. Kajian molekul dan morfologi baru menunjukkan genus-genus Talauma, Dugandiodendron, Manglietia, Michelia, Elmerrillia, Kmeria, Parakmeria, Pachylarnax dahulu (dan beberapa genus dengan spesies tunggal) termasuk dalam genus Magnolia s.l. (s.l. = sensu lato: 'dalam pengertian umum', lawan s.s. = sensu stricto: 'dalam pengertian sempit') yang sama; genus Magnolia s.s. mempunyai kira-kira 120 spesies.
  1. ^ "Magnolia Plum. ex L." Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada 13 Ogos 2022.
  2. ^ Plumier, Charles (1703). Nova plantarum Americanarum genera [Genus-genus baru tumbuhan Amerika] (dalam bahasa Latin). Paris.
  3. ^ a b Brickell, Christopher (2008). The Royal Horticultural Society A-Z encyclopedia of garden plants (ed. ke-3). United Kingdom: Dorling Kindersley. m/s. 661. ISBN 978-1-4053-3296-5.
  4. ^ a b Rhone, Troy W. (n.d.). "Elegant Magnolia Flowers". Flower. Flower Magazine. Dicapai pada 13 Ogos 2022.