Maestro (kad debit)
Maestro merupakan sebuah perkhidmatan kad debit antarabangsa yang dimiliki oleh MasterCard. Kad Maestro diperolehi daripada bank yang mengambil bahagian dan boleh dipaut dengan akaun semasa pemegang kad, dan boleh juga diperolehi sebagai kad prabayar. Pemegang kad menunjukkan kadnya di tempat jualan (POS) dan kad dilalukan pada terminal atau dimasukkan ke dalam PINpad. Pengeluar kad akan memastikan supaya pemegang kad mempunyai wang yang cukup dalam akaunnya untuk membuat bayaran ini, dan pemegang kad memastikan bayarannya dengan sama ada menandatangani resit atau memasukkan PIN 4 ke 6 digit.
Penerimaan
[sunting | sunting sumber]Maestro, walaupun popular, kurang diterima di seluruh dunia berbanding dengan pesaingnya Visa Electron. Terutamanya di kebanyakan negara Timur Tengah, penerimaan Maestro adalah sangat rendah dan hanya boleh digunakan pada ATM yang tertentu untuk mengeluarkan wang.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Maestro Global Gateway Diarkibkan 2018-12-19 di Wayback Machine
- Maestro UK