Louis VII dari Perancis
Louis VII | |
---|---|
Raja orang Frank (lagi...) | |
Pemerintahan | 1 Ogos 1137 – 18 September 1180 |
Kemahkotaan | 25 Oktober 1131, Reims 25 Disember 1137, Bourges |
Didahului oleh | Louis VI |
Diikuti oleh | Philip II |
Keputeraan | 1120 |
Kemangkatan | 18 September 1180 (umur 59–60) Paris |
Pemakaman | Biara Barbeau, kemudian (1817) Basilika Saint-Denis |
Pasangan |
|
Anakanda Butiran | |
Kerabat | Capet |
Ayahanda | Louis VI dari Perancis |
Bonda | Adelaide dari Maurienne |
Louis VII (1120 – 18 September 1180), digelar yang Lebih Muda atau yang Muda (Perancis: le Jeune ) untuk membezakannya daripada bapanya Louis VI, ialah raja Perancis dari 1137 hingga 1180. Perkahwinan pertamanya adalah dengan Duchess Eleanor dari Aquitaine, salah seorang wanita terkaya dan paling berkuasa di Eropah barat. Perkahwinan tersebut memperluaskan jajahan Capet ke Pyrene.
Louis ialah anak lelaki kedua Louis VI dari Perancis dan Adelaide dari Maurienne, dan pada mulanya hendak berkhidmat kepada Gereja. Selepas kematian abangnya, Philip, pada tahun 1131, Louis menjadi pewaris takhta Perancis dan dinobatkan sebagai pemerintah bersama bapanya. Pada tahun 1137, dia berkahwin dengan Eleanor dari Aquitaine dan tidak lama selepas itu menjadi raja tunggal selepas kemangkatan bapanya. Semasa berarak dalam Perang Salib Kedua pada tahun 1147, Louis tinggal di istana Raja Géza II dari Hungary dalam perjalanan ke Baitulmuqaddis. Semasa tinggal di Tanah Suci, perselisihan faham dengan Eleanor menggugat perkahwinan mereka. Eleanor memujuknya untuk tinggal di Antioch tetapi Louis sebaliknya mahu menunaikan nazar ziarahnya ke Baitulmuqaddis. Dia kemudiannya terlibat dalam pengepungan Damsyik yang gagal dan akhirnya kembali ke Perancis pada tahun 1149. Pemerintahan Louis menyaksikan penubuhan Universiti Paris. Dia dan kaunselornya, Abas Suger, ingin menjadikan kerajaan lebih berkuasa dan menyokong pembinaan seni bina Goth Perancis, terutamanya pembinaan Notre-Dame de Paris.
Perkahwinan Louis dengan Eleanor dibatalkan pada 1152 selepas mereka mendapat dua anak perempuan tetapi tiada waris lelaki. Sejurus selepas pembatalan tersebut, Eleanor berkahwin dengan Henry, Duke dari Normandy dan Count dari Anjou, yang kepadanya Eleanor memberikan Aquitaine. Selepas Henry naik sebagai Raja Henry II dari England, jajahan-jajahan ini membentuk Empayar Angevin. Kemudian, Louis menyokong anak-anak Henry dan Eleanor dalam pemberontakan mereka terhadap bapa mereka untuk memecahbelahkan lagi alam Angevin. Perkahwinan keduanya dengan Constance dari Castile juga membuahkan dua anak perempuan tetapi isteri ketiganya, Adela dari Champagne, melahirkan seorang anak lelaki, Philip Augustus. Louis mangkat pada tahun 1180 dan digantikan oleh anaknya, Philip II.
Perkahwinan dan anak
[sunting | sunting sumber]Anak-anak Louis dengan tiga perkahwinannya:
Dengan Eleanor dari Aquitaine:[1]
- Marie (1145 - 11 Mac 1198), berkahwin dengan Henry I dari Champagne[2]
- Alix (1151–1197/1198), berkahwin dengan Theobald V dari Blois[2]
Dengan Constance dari Castile:[3]
- Margaret (1158 – Ogos/September 1197),[4] berkahwin (1) Henry Si Raja Muda;[4] (2) Raja Béla III dari Hungary
- Alys (4 Oktober 1160 – s. 1220),[5] bertunang dengan Richard I dari England; Alys berkahwin dengan William IV, Count Ponthieu[6]
Dengan Adela dari Champagne:[7]
- Philip II Augustus (22 Ogos 1165 – 1223)[6]
- Agnes (1171 – selepas 1204),[8] berkahwin 1) Alexius II Comnenus (1180–1183), 2) Andronicus I Comnenus (1183–1185), kemudian 3) Theodore Branas (1204)[9]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kelly 1991, m/s. 7–8.
- ^ a b Kelly 1991, m/s. 126.
- ^ Bisson 2009, m/s. 294.
- ^ a b Baldwin 2005, m/s. 9.
- ^ Warren 1978, m/s. 26.
- ^ a b Kinoshita 2006, m/s. 178.
- ^ Spiegel 1997, m/s. 121.
- ^ Warren 1977, m/s. 222.
- ^ Gislebertus of Mons 2005, m/s. 52.
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Louis VII dari Perancis |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Louis VII dari Perancis |
Sumber
[sunting | sunting sumber]- Baldwin, John W. (2005). "Chrétien in History". Dalam Lacy, Norris J.; Grimbert, Joan Tasker (penyunting). A Companion to Chrétien de Troyes. DS Brewer.
- Baldwin, Marshall W.; Setton, Kenneth M., penyunting (1969). A History of the Crusades. I: The First Hundred Years. University of Wisconsin Press.
- Berry, Virginia G. "The Second Crusade". In Baldwin & Setton (1969), pp. 463–512.
- Bardot, Michael L.; Marvin, Laurence W., penyunting (2018). Louis VII and his World. Brill.
- Bisson, Thomas N. (2009). The Crisis of the Twelfth Century: Power, Lordship, and the Origins of European Government. Princeton University Press.
- Bradbury, Jim (2007). The Capetians: Kings of France 987–1328. Hambledon Continuum.
- Brown, Elizabeth A. R. (1992). "Franks, Burgundians, and Aquitanians" and the Royal Coronation Ceremony in France. The American Philosophical Society. ISBN 978-0-871-69827-8. OL 1748828M.
- Dunbabin, Jean (1985). France in the Making, 943–1180. Oxford University Press.
- Dunbabin, Jean (2007). "Henry II and Louis VII". Dalam Harper-Bill, Christopher; Vincent, Nicholas (penyunting). Henry II: New Interpretations. The Boydell Press.
- Foulet, Lucien (1922). "Chapter VIII: Literature". Dalam Tilley, Arthur Augustus (penyunting). Medieval France: A Companion to French Studies. Cambridge University Press. m/s. 275–329.
- Gislebertus of Mons (2005). Chronicle of Hainaut. Diterjemahkan oleh Napran, Laura. The Boydell Press.
- Hodgson, Natasha (2007). Women, Crusading and the Holy Land in Historical Narrative. Boydell. ISBN 978-1-84383-332-1.
- Jones, Dan (2012). The Plantagenets: The Warrior Kings and Queens Who Made England. Viking Press. ISBN 978-0-670-02665-4. OL 27144084M.
- Kaeuper, Richard W. (2016). Medieval Chivalry (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press.
- Kelly, Amy Ruth (1991). Eleanor of Aquitaine and the Four Kings (dalam bahasa Inggeris). Harvard University Press.
- Kinoshita, Sharon (2006). Medieval Boundaries: Rethinking Difference in Old French Literature. University of Pennsylvania Press.
- Laszlovszky, Jozsef (2016). "Local Tradition or European Patterns? The grave of Gertrude in the Pilis Cistercian Abbey". Dalam Jaritz, Gerhard; Szende, Katalin (penyunting). Medieval East Central Europe in a Comparative Perspective (dalam bahasa Inggeris). Routledge.
- Marvin, Laurence W. (2019). "King Louis Vii of France Fails to Lead: Disaster on the Second Crusade". Medieval Warfare. 9 (2): 38–43. ISSN 2211-5129. JSTOR 48637203.
- Petit-Dutaillis, Charles (1999). The Feudal Monarchy in France and England. Diterjemahkan oleh Hunt, E. David. Routledge.
- Robinson, Ian Stuart (1996). The Papacy, 1073–1198: Continuity and Innovation. Cambridge University Press.
- Spiegel, Gabrielle M. (1997). The Past as Text: The Theory and Practice of Medieval Historiography. Johns Hopkins University Press.
- Turner, Ralph V. (2009). Eleanor of Aquitaine: Queen of France, Queen of England. Yale University Press.
- Tyerman, Christopher (2007). God's War: A New History of the Crusades. Penguin.
- Warren, Wilfred Lewis (1977). Henry II. University of California Press.
- —— (1978). King John. University of California Press.
- Wolfe, Michael (2009). Walled Towns and the Shaping of France: From the Medieval to the Early Modern Era. Palgrave Macmillan.
Louis VII dari Perancis Tarikh keputeraan: 1120 Tarikh kemangkatan: 18 September 1180
| ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Louis VI |
Raja Perancis 1131–1180 bersama Louis VI (1131–1137) Philip II (1179–1180) |
Diikuti oleh: Philip II |
Bangsawan Perancis | ||
Didahului oleh Eleanor sebagai pemerintah tunggal |
Duke dari Aquitaine 1137–1152 bersama Eleanor |
Diikuti oleh: Eleanor |