Pergi ke kandungan

Lio Mato

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lio Mato terletak di pedalaman daerah Baram, Sarawak. Kampung ini berhampiran dengan Long Luteng, Long Sebatang, Long Anap dan Long Aton di sepanjang Sungai Baram. Ulu Sungai Baram merupakan lokasi Empangan Bakun yang akan membekalkan elektrik ke seluruh Sarawak, Kalimantan dan Semenanjung Malaysia.

RM1.03 bilion diperuntukkan ntuk pembinaan jalan raya dari Miri ke tapak projek hidroelektrik Bakun. RM150 juta untuk membaiki jalan raya 40 kilometer antara Beluru dan bazar Lapok di daerah Baram. Ia sebahagian daripada projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score).

Pada 1 Mei 2009, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri , Datuk Jacob Dungau Sagan melawat kawasan ini. Beliau merupakan ahli parlimen Baram. [1]