Liga Super India
Negara | India |
---|---|
Konfederasi | AFC (Asia) |
Ditubuhkan | 21 Oktober 2013[1] |
Bilangan pasukan | 8 |
Disingkirkan ke | Tiada |
Aras | Tahap 1 |
Tapak sesawang | Lawan Web Rasmi |
ISL Musim 2015 |
Indian Super League (Bahasa Malaysia : Liga Super India; secara ringkas dikenali sebagai ISL) atau secara rasmi dikenali sebagai Hero Indian Super League atas sebab-sebab penajaan, adalah liga bola sepak profesional di India. Liga Super India adalah salah satu liga bola sepak tahap teratas di India, yang satu lagi Liga-I. Ia mempunyai lapan pasukan francais dari seluruh India. Liga berlangsung dari Oktober hingga Disember, dengan satu siri pusingan akhir menentukan juara. Liga Super India ditubuhkan pada tahun 2013 dalam usaha menjadikan sukan bola sepak sukan paling terkemuka di India dan untuk melahirkan permain bola sepak India yang profesional. Tidak seperti kebanyakan liga bola sepak di seluruh dunia, ISL tidak menggunakan sistem promosi dan penyingkiran . Sebaliknya, ia menggunakan sistem francais di mana lapan pasukan ditubuhkan untuk mengambil bahagian dalam liga.
Format Pertandingan
[sunting | sunting sumber]Musim biasa Liga Super India berjalan antara Oktober dan November dengan siri pusingan akhir yang dimainkan pada bulan Disember. Pada musim biasa, setiap pasukan bermain antara satu sama lain dua kali di rumah dan tempat lawan. Empat pasukan teratas pada akhir musim yang layak untuk bertanding dalam siri pusingan akhir.
Skuad Liga Super India dikawal.Setiap barisan permain kelab perlu terdiri daripada satu permain marquee,7 permain asing dan 14 permain tempatan India (4 daripada mereka perlu berasal dari bandar kelab bola sepak tersebut berpengkalan).
Pasukan
[sunting | sunting sumber]Pasukan ISL | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
Pasukan | Lokasi | Stadium | Jurulatih | Permain Marquee | ||
Atlético de Kolkata | Kolkata, West Bengal | Stadium Salt Lake | Antonio López Habas | Luis Garcia | ||
Chennaiyin | Chennai, Tamil Nadu | Marina Arena | Marco Materazzi | Elano | ||
Delhi Dynamos | Delhi | Stadium Jawaharlal Nehru | Harm van Veldhoven | Alessandro Del Piero | ||
FC Goa | Margao, Goa | Fatorda | Zico | Robert Pirès | ||
Kerala Blasters | Kochi, Kerala | Stadium Antarabangsa | David James (Jurulatih dan marquee) | |||
Mumbai City FC | Mumbai, Maharashtra | DY Patil | Peter Reid | Fredrik Ljungberg | ||
NorthEast United FC | Guwahati, Assam | Sarusajai | Ricki Herbert | Joan Capdevila | ||
Pune City | Pune, Maharashtra | Balewadi Sport Complex | Franco Colomba | David Trezeguet |
Liputan Media
[sunting | sunting sumber]Hak penyiaran Liga Super India | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
Kawasan Penyiaran | Saluran | |||||
India | Star Sports India, Star Sports 2 (English), Star Sports 3 (Hindi), Star Sports HD 2 (English), Star Gold (Hindi), Star Utsav (Hindi), Asianet (Malayalam), Jalsha(Bengali) and Suvarna Plus (Kannada). | |||||
Australia | Fox Sport Australia | |||||
United Kingdom | Star TV UK | |||||
Seluruh Eropah (Kecuali Uk) | Eurosport 2 |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "RELIANCE, IMG WORLDWIDE AND STAR INDIA, LAUNCH `INDIAN SUPER LEAGUE' FOR FOOTBALL". IMG. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-13. Dicapai pada 21 July 2014.