Pergi ke kandungan

Leighton Baines

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Leighton Baines
Baines bermain untuk Everton pada tahun 2015
Maklumat peribadi
Nama penuh Leighton John Baines[1]
Tarikh lahir (1984-12-11) 11 Disember 1984 (umur 39)[1]
Tempat lahir Kirkby, England
Ketinggian 5 ka 7 in (1.70 m)[2]
Posisi permainan Pertahanan kiri
Maklumat kelab
Kelab terkini
Everton
Nombor 3
Kerjaya remaja
2001–2002 Wigan Athletic
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2002–2007 Wigan Athletic 145 (4)
2007– Everton 262 (23)
Pasukan kebangsaan
2004–2007 England B21 16 (1)
2010– England 30 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 9 Mei 2015
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 27 Mac 2015

Leighton John Baines /ˈltən ˈbnz/ (lahir 11 Disember 1984) ialah seorang pemain bola sepak profesional England yang bermain sebagai pertahanan kiri untuk Everton dan pasukan kebangsaan England.

Karier kelab

[sunting | sunting sumber]

Wigan Athletic

[sunting | sunting sumber]

Baines membuat penampilan sulungnya untuk Wigan Athletic pada tahun 2002 dan merupakan ahli pasukan yang memenangi Divisyen Kedua pada musim 2002–03. Dia merupakan pemain tetap ketika Wigan mendapat promosi ke Liga Perdana Inggeris pada musim 2004-05. Musim itu menyaksikan Baines menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu ketika menentang Ipswich Town.

Baines menandatangani kontrak baru bersama Wigan pada bulan Februari 2005 walaupun dikaitkan dengan beberapa kelab Liga Perdana termasuk Manchester United, Arsenal dan Everton,[3] dan melanjutkan kontraknya sekali lagi selepas aksi memberangsangkan pada musim pertamanya dalam Liga Perdana. Dia bermain dalam perlawanan akhir Piala Liga 2006 dimana mereka tewas kepada Manchester United.

Pada bulan Julai 2007, Baines menolak perpindahan ke Sunderland selepas bidaan mereka dilaporkan sebanyak £6 juta diterima oleh Wigan.[4] Pada bulan berikutnya, dia menyertai Everton dengan yuran awal sebanyak £5 juta dan tambahan £1 juta bergantung kepada penampilan Baines untuk Everton.[5][6]

Baines tidak bermain secara tetap pada musim pertamanya, hanya membuat 29 penampilan dalam semua pertandingan. Baines menjaringkan gol pertamanya untuk Everton goal ketika menentang Portsmouth pada 21 Mac, di Fratton Park, selepas 57 perlawanan (dalam semua pertandingan) tanpa menjaringkan gol. Pada 30 Ogos 2009, dia menjaringkan gol penalti dimana mereka menang 2-1 ke atas Wigan. Sebulan kemudian, dia menjadi kapten Everton buat pertama kali dalam perlawanan Liga Europa UEFA menentang AEK Athens.

Baines bermain untuk Everton pada tahun 2014.

Dalam musim 2010-11, Baines bermain kesemua minit perlawanan Liga Perdana untuk Everton,[7] serta menjaringkan tujuh gol dalam semua pertandingan. Dia juga membuat 11 bantuan gol sepanjang musim. Baines menjaringkan lima gol semasa musim 2011-12, empat daripadanya merupakan penalti. Aksinya di posisi pertahanan kiri sudah cukup bagus untuk dinamakan dalam Pasukan Tahunan Liga Perdana Inggeris PFA 2012, menjadi pemain Everton pertama untuk berbuat demikian sejak Neville Southall melakukannya pada musim 1989–90.[8] Semasa musim 2012–13, Baines mencipta 116 peluang untuk rakan sepasukannya,[9] lebih banyak daripada mana-mana pemain dalam lima liga teratas Eropah.[10] Baines dinamakan dalam Pasukan Tahunan Liga Perdana Inggeris PFA 2013.[11] Baines menjaringkan dua gol menerusi sepakan percuma ketika Everton menewaskan West Ham United 3–2 pada bulan September.[12] Baines mengalami kecederaan pada bulan November menyebabkan dia terlepas perlawanan buat pertama kali dalam 52 perlawanan.[13]

Pada 27 Januari 2014, Baines menandatangani kontrak lanjutan empat tahun bersama Everton.[14] Dia menjaringkan tiga gol penalti pada musim itu.[15] Salah satunya datang ketika penampilan ke-300nya dalam pertandingan itu ketika mereka menang 2–0 ke atas Manchester United.[16] Baines menjaringkan lima gol dan membuat empat bantuan gol pasa musim itu.[17]

Dia menjaringkan gol pertamanya dalam pertandingan Eropah untuk Everton pada 18 September 2014, dimana mereka menang 4–1 ke atas Wolfsburg dalam Liga Europa.[18] Pada 5 Oktober 2014, penaltinya ketika menentang Manchester United diselamatkan oleh David De Gea. Ini merupakan kali pertama dia gagal menyempurnakan penalti dalam Liga Perdana.[19] Pada bulan Januari 2015, Baines membuat bantuan gol ke-45nya dalam Liga Perdana.[20]

Pada 14 Ogos 2015, ia telah disahkan bahawa Baines tidak boleh beraksi selama tiga bulan selepas menjalani pembedahan buku lali kerana kecederaan ketika latihan.[21]

Karier antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
Baines bermain untuk England ketika menentang Norway pada bulan Mei 2012

Baines membuat penampilan sulungnya untuk England bawah-21 pada bulan September 2004.[22] Baines dipanggil ke skuad senior England buat pertama kali pada bulan Mac 2009,[23] dan membuat penampilan penuh antarabangsa pertamnya ketika menentang Mesir pada 3 Mac 2010.[24]

Baines dinamakan dalam skuad England untuk Euro 2012 pada bulan Mei. Pada bulan September 2012, dia menjaringkan gol antarabangsa pertamanya ketika menentang Moldova dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 dimana England menang 5-0.[25]

Gol antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
Gol Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1. 7 September 2012 Stadium Zimbru, Chişinău, Moldova  Moldova 5–0 5–0 Kelayakan Piala Dunia 2014

Statistik karier

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 9 Mei 2015.[26]
Kelab Musim Liga Liga Piala Piala Liga Eropah Lain-lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Wigan Athletic 2002–03 Division 2 6 0 2 0 2 0 2 0 12 0
2003–04 Division 1 26 0 1 0 1 0 28 0
2004–05 Championship 41 1 0 0 1 0 42 1
2005–06 Liga Perdana Inggeris 37 0 2 0 4 0 43 0
2006–07 35 3 1 0 1 0 37 3
Jumlah Wigan 145 4 6 0 9 0 0 0 2 0 162 4
Everton 2007–08 Liga Perdana Inggeris 22 0 1 0 1 0 5 0 29 0
2008–09 31 1 7 0 0 0 1 0 39 1
2009–10 37 1 2 1 1 0 8 0 48 2
2010–11 38 5 4 2 2 0 44 7
2011–12 33 4 6 1 3 0 42 5
2012–13 38 5 5 2 1 0 44 7
2013–14 32 5 3 1 0 0 35 6
2014–15 31 2 1 0 0 0 5 1 37 3
Jumlah Everton 262 23 29 7 8 0 19 1 0 0 318 31
Jumlah karier 407 27 35 7 17 0 19 1 2 0 480 35

Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 27 Mac 2015.
Pasukan kebangsaan England
Tahun Kmncln Gol
2010 2 0
2011 4 0
2012 7 1
2013 9 0
2014 7 0
2015 1 0
Jumlah 30 1

Wigan Athletic

Everton

  1. ^ a b Hugman, Barry J., penyunting (2010). The PFA Footballers' Who's Who 2010–11. Edinburgh: Mainstream Publishing. m/s. 29. ISBN 978-1-84596-601-0.
  2. ^ "Leighton Baines". Everton F.C. Dicapai pada 6 April 2015.
  3. ^ "Baines commits to Latics". Sky Sports. Dicapai pada 23 September 2006.[pautan mati kekal]
  4. ^ "Baines rejects Sunderland switch". BBC Sport. 25 July 2007. Dicapai pada 25 July 2007.
  5. ^ "Baines joins Everton". Sky Sports. Dicapai pada 6 August 2007.
  6. ^ "Everton capture Baines from Wigan". BBC Sport. 7 August 2007. Dicapai pada 7 August 2007.
  7. ^ Doyle, Paul (26 May 2011). "Number-crunching makes grim reading for Arsenal's defence". The Guardian. London. Dicapai pada 26 May 2011.
  8. ^ "Arsenal's Robin van Persie is honoured to win PFA player of year award". The Guardian. London. 23 April 2012. Dicapai pada 23 April 2012.
  9. ^ "Chelsea defeat epitomises the season for Everton". ESPN. Dicapai pada 19 May 2013.
  10. ^ Cass, Simon (8 April 2013). "Forget Messi and Ronaldo, it's Premier League defender Baines who creates more chances than anyone in Europe". Daily Mail. London. Dicapai pada 19 May 2013.
  11. ^ Riach, James (29 April 2013). "Tottenham's Gareth Bale wins PFA player of year award for second time". The Guardian. London. Dicapai pada 30 April 2013.
  12. ^ Ryan, Mark (21 September 2013). "West Ham 2 Everton 3: Lukaku on debut and two stunners from Baines see off Hammers in thriller". Daily Mail. London. Dicapai pada 21 September 2013.
  13. ^ "Deulofeu needs to keep playing with a smile – Martinez". Liverpool Echo. Dicapai pada 2 December 2013.
  14. ^ "Leighton Baines: Everton defender signs new deal with club". BBC Sport. 27 January 2014. Dicapai pada 27 January 2014.
  15. ^ "Everton's Leighton Baines Scores Record 11th Premier League Penalty". The Huffington Post. Dicapai pada 26 May 2014.
  16. ^ "Champs minus blanks". Sky Sports. Dicapai pada 26 May 2014.
  17. ^ "MW37 stats: Liverpool set away goals mark". Premier League. Dicapai pada 26 May 2014.
  18. ^ "Everton marked their Europa League return with a dominant victory over Germans Wolfsburg at Goodison Park". BBC Sport. 18 September 2014. Dicapai pada 18 September 2014.
  19. ^ "Leighton Baines misses first penalty of his Premier League career". Independent. 5 October 2014. Dicapai pada 5 October 2014.
  20. ^ "Leighton Baines is the defender with most assists in Premier League history – who joins the Everton star?". Daily Mail. Dicapai pada 14 January 2015.
  21. ^ "Everton's Leighton Baines has ankle surgery, out 12 to 14 weeks". ESPN FC. 14 August 2015. Dicapai pada 14 August 2015.
  22. ^ "The boy's a bit special". FourFourTwo. December 2004.
  23. ^ "Everton star Leighton Baines eager to make the most of Wayne Bridge's England snub". Daily Mail. London. 2 March 2010.
  24. ^ McNulty, Phil (3 March 2010). "England 3–1 Egypt". BBC Sport. Dicapai pada 4 March 2010.
  25. ^ "Moldova 0–5 England". Dicapai pada 7 September 2012.
  26. ^ "Leighton Baino Career Stats". Soccerbase. 28 November 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-22. Dicapai pada 28 November 2010.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]