Pergi ke kandungan

Layaran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Layaran
Julat zaman: 59–0 Ma
Paleogen hingga kini[1]
Layaran atlantik
Layaran pasifik

Terjejas  (IUCN 3.1)[2]
(Perhatikan yang IUCN mengenal pasti satu spesies layaran)
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Istiophoriformes
Keluarga: Istiophoridae
Genus: Istiophorus
Lacépède, 1801
Spesies jenis
Istiophorus platypterus
(G. Shaw, 1792)
Spesies
Sinonim
  • Histiophorus G. Cuvier, 1832
  • Nothistium Hermann, 1804
  • Zanclurus Swainson, 1839

Layaran atau layar-layar ialah kelompok ikan lautan dalam genus Istiophorus, kepunyaan keluarga Istiophoridae (mersuji). Ikan-ikan ini boleh dikenali daripada rupa sirip belakang badan yang besar menyerupai layar.[3] Ikan ini boleh dijumpai di kawasan laut berhawa sederhana kawasan tropika dan subtropika.[3]

Ikan ini dianggap antara ikan paling laju berenang dalam lautan mencapai kelajuan setinggi 109.4 km sejam[4] dengan julat buruan sekitar 36 kilometer sejam.[5][6] Atas sebab ini ia sering menjadi tumpuan dalam sukan pancing dalam menguji kemahiran pemancing menangkap ikan ini yang lincah dan tinggi daya juangnya.[3][7]

Jenis spesies

[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua jenis spesies layaran yang dapat dikenal pasti:[8][9]

Layaran boleh ditemukan dari laut berkedalaman 1000 meter hingga berada mudah dilihat di kawasan permukaan, ia tidak berada jauh lebih dalam daripada 200 meter.[3]

Sirip layaran Pasifik yang kelihatan

Sirip besar ikan-ikan jenis ini sering direndahkan semasa berenang dan hanya diangkat apabila mahu menyerang mangsa tanpa dikesan daripada riak ayunan terhasil akibat tujahan kepala ikan.[5] Sifat ini turut membolehkan layaran menyerang kawanan mangsa secara senyap tanpa begitu dapat dikesan.[10][11]

Muncung ikan memanjang tirus seakan paruh yang boleh digunakan untuk menetak atau mengelar ikan yang dimangsa.[12]

  1. ^ "A compendium of fossil marine animal genera". Bulletins of American Paleontology. 364: 560. 2002. Dicapai pada 2008-01-08.
  2. ^ Collette, B.; Acero, A.; Amorim, A.F.; dll. (2022). "Istiophorus platypterus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2022: e.T170338A46649664. doi:10.2305/IUCN.UK.2022.RLTS.T170338A46649664.en (Tidak aktif 1 August 2023).CS1 maint: DOI inactive as of Ogos 2023 (link)
  3. ^ a b c d Amang (2 September 2019). "Profil Ikan Layaran". Umpan.
  4. ^ US Department of Commerce, National Oceanic and Atmospheric Administration. "What is the fastest fish in the ocean?". oceanservice.noaa.gov (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-11-09.
  5. ^ a b Marras S, Noda T, Steffensen JF, Svendsen MBS, Krause J, Wilson ADM, Kurvers RHJM, Herbert-Read J & Domenic P 2015) "Not so fast: swimming behavior of sailfish during predator–prey interactions using high-speed video and accelerometry". Integrative and Comparative Biology 55: 718-727.
  6. ^ Svendsen MBS, Domenici P, Marras S, Krause J, Boswell KM, Rodriguez-Pinto I, Wilson ADM, Kurvers RHJM, Viblanc PE, Finger JS & Steffensen JF (2016) "Maximum swimming speeds of sailfish and other large marine predatory fish species based on muscle contraction time: A myth revisited". Biology Open, 5: 1415-1419.
  7. ^ Raz AS (20 Mac 2021). "Si pelayar samudera biru". Media Permata.
  8. ^ Froese, Rainer dan Pauly, Daniel, ed. (2013). Spesies bagi Istiophorus dalam FishBase. Versi April 2013.
  9. ^ McGrouther, M. (2013). Sailfish, Istiophorus platypterus. Australian Museum. Retrieved 26 April 2013.
  10. ^ Domenici P, Wilson ADM, Kurvers RHJM, Marras S, Herbert-Read JE, Steffensen JF, Krause S, Viblanc PE, Couillaud P & Krause J (2014) "How sailfish use their bill to capture schooling prey". Proceedings of the Royal Society London B, 281: 20140444.
  11. ^ Sailfish Hunting SardinesYoutube.
  12. ^ Domenici P, Wilson ADM, Kurvers RHJM, Marras S, Herbert-Read JE, Steffensen JF, Krause S, Viblanc PE, Couillaud P & Krause J (2014) "How sailfish use their bill to capture schooling prey". Proceedings of the Royal Society London B, 281: 20140444.