Pergi ke kandungan

Lawatan negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Presiden Indonesia, Joko Widodo disambut upacara rasmi di Dataran Perdana, Putrajaya, Malaysia pada 9 Ogos 2019, diiringi Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad.
Pope Francis dengan Presiden Benigno Aquino III menuju Istana Malacañan semasa lawatan negara dan kepausan Pope ke Filipina pada Januari 2015

Lawatan negara ialah suatu lawatan rasmi oleh ketua sesebuah negara berdaulat (atau perwakilan ketua sesebuah negara berdaulat) ke negara berdaulat asing yang lain, di atas undangan ketua negara bagi negara asing tersebut, yang mana negara asing tersebut juga bertindak memberi sambutan rasmi sepanjang tempoh lawatan negara. Sambutan rasmi secara umumnya dipanggil sebagai sambutan negara. Lawatan negara boleh dianggap sebagai penzahiran tertinggi hubungan dua hala yang mesra antara dua negara berdaulat. Ia secara umumnya dilihat mengikut penekanan dalam majlis kerajaan rasmi.

Lawatan rasmi yang lebih rendah berbanding lawatan negara ke negara lain dengan kurang penekanan pada acara istiadat, oleh sama ada ketua negara atau ketua kerajaan, boleh dikelaskan (mengikut susunan menurun) sebagai sama ada lawatan rasmi, lawatan kerja rasmi, llawatan kerja, lawatan tetamu kerajaan, atau lawatan peribadi.[1][2]

  1. ^ "State and Guest of Government visits - April to October 2016 - Publications - GOV.UK".
  2. ^ Moffett, Julie (9 August 1997). "World: How The U.S. Ranks the Visits of Foreign Heads of State". Radio Free Europe. Dicapai pada 3 June 2019.