Pergi ke kandungan

Lapangan Terbang Bintulu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bintulu Airport

Lapangan Terbang Bintulu
民都鲁机场
பிந்துலு விமான நிலையம்
Rumusan
Jenis lapangan terbangAwam
Hak milikKerajaan Malaysia
PengendaliMalaysia Airports
DestinasiBahagian Bintulu, Sarawak, Malaysia
LokasiBintulu, Sarawak, Malaysia
Zon masaMST (UTC 08:00)
Ketinggian AMSL74 kaki / 23 m
Koordinat03°07′27″N 113°01′11″E / 3.12417°N 113.01972°E / 3.12417; 113.01972Koordinat: 03°07′27″N 113°01′11″E / 3.12417°N 113.01972°E / 3.12417; 113.01972
Peta
BTU yang terletak di Sarawak
BTU
BTU
Lokasi Lapangan Terbang di Bintulu, Sarawak, Malaysia.
BTU yang terletak di Malaysia Timur
BTU
BTU
BTU (Malaysia Timur)
BTU yang terletak di Malaysia
BTU
BTU
BTU (Malaysia)
BTU yang terletak di Asia Tenggara
BTU
BTU
BTU (Asia Tenggara)
BTU yang terletak di Asia
BTU
BTU
BTU (Asia)
Landasan
Arah Panjang Permukaan
m ft
17/35 2,745 9,006 Asfalt
Statistik (2020)
Penumpang370,437 ( 66.8%)
Pengangkutan udara (tan)1,378 ( 70.4%)
Pegerakan Pesawat6,529 ( 49.4%)
Rujukan: laman sesawang rasmi[1]
Penerbitan Maklumat Aeronautik (AIP) Malaysia[2]


Lapangan Terbang Bintulu (IATA: BTUICAO: WBGB), ialah sebuah Lapangan Terbang Domestik di Malaysia, yang terletak di Sarawak. lapangan terbang tersebut terletak di bandar Bintulu, Sarawak, Malaysia.

Lapangan Terbang Bintulu yang terletak di Bintulu, Sarawak banyak mengendalikan penerbangan para kakitangan yang terlibat dalam industri petroleum dan gas asli di Bintulu.

Lapangan Terbang Bintulu terletak pada kedudukan Latitud N03* 07.4387', Longitud E113* 01.0103' pada ketinggian 22.56 meter dari aras laut.

Bangunan Lama Lapangan Terbang Bintulu (kanan) pada tahun 1955.

Sejarah lapangan terbang Bintulu bermula pada awal 1937 apabila jajahan British membina lapangan terbang yang terletak di antara sungai di satu hujung dan pantai laut di hujung yang lain.[3]

Lapangan terbang lama Bintulu telah dibuka untuk operasi pada 1 September 1955, dengan landasan permukaan rumput yang disediakan untuk pesawat de Havilland DH.89 Dragon Rapide dan Scottish Aviation Twin Pioneer yang dikendalikan oleh Borneo Airways.[4]

Pada tahun 1963, jenis pesawat yang lebih besar seperti perkhidmatan DC-3 telah diperkenalkan. Pada tahun 1966, landasan itu ditumbuhi semula dengan bitumen dan bangunan terminal juga dipanjangkan untuk menampung peningkatan bilangan penumpang.[5]

Pada 1 Julai 1968, Malaysia-Singapore Airlines memperkenalkan perkhidmatan Fokker 27 berjadual ke Bintulu. Bangunan terminal dan apron tempat letak kereta telah dilanjutkan pada tahun 1981 untuk menampung pesawat Fokker 50.[6]

Pada September 2005, syarikat penerbangan tambang rendah pertama di Malaysia, AirAsia mula beroperasi di lapangan terbang Bintulu. FlyAsianXpress (FAX), syarikat subsidiari untuk AirAsia telah mengambil alih laluan domestik utama yang menghubungkan Bintulu, memulakan operasinya pada 1 Ogos 2006, sehingga 30 September 2007. Pada 1 Oktober 2007, Anak syarikat Malaysia Airlines, MASwings mengambil alih pautan yang menghubungkan Bintulu.[7]

untuk masa kini Lapangan Terbang Bintulu, hanya memiliki 1 terminal, yang memiliki fungsi untuk menjalankan kegiatan operasional, Berlepas dan Ketibaan.

Projek Lebuhraya Pan Borneo

[sunting | sunting sumber]

Lapangan Terbang Bintulu menjadi satu daripada 11 pakej projek (WPC) yang dianugerahkan oleh Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) setelah persimpangannya dijadikan lokasi projek tersebut. Ia diuruskan oleh LBU dan diambil oleh KKBWCT Joint Venture Sdn Bhd (Sg. Arip, Sibu) dan Pekerjaan Piasau Konkerit Sdn Bhd (PPK) (Sg. Tangap, Miri), seperti yang dinyatakan di bawah:

1.WPC 09 - Sg. Arip - Lapangan Terbang Bintulu - KKBWCT Joint Venture Sdn Bhd
2.WPC 10 - Lapangan Terbang Bintulu - Sg. Tangap - Pekerjaan Piasau Konkerit Sdn Bhd.

Syarikat Penerbangan dan destinasi

[sunting | sunting sumber]

Penumpang

[sunting | sunting sumber]
PenerbanganDestinasiRujukan
AirAsia Kota Kinabalu, Kuala Lumpur–Antarabangsa, Kuching
Batik Air Malaysia Kuala Lumpur-Antarabangsa [8][9][10][11]
Malaysia Airlines Kuala Lumpur–Antarabangsa
MASwings Miri, Mukah [Nota 1], Sibu
  1. ^ LT Mukah Baharu

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]

perkhidmatan yang tersedia untuk Hantar Jemput Penumpang, Lapangan Terbang Bintulu, ialah Teksi milik Persendirian.

Bintulu Taxi Association

[sunting | sunting sumber]

ialah sebuah Syarikat perkhidmatan milik persendirian (kumpulan persendirian), yang menyediakan perkhidmatan hantar jemput Penumpang Lapangan Terbang Bintulu.[12]

  1. ^ Bintulu Airport, Sarawak at Malaysia Airports Holdings Berhad
  2. ^ WBGB - BINTULU Diarkibkan 2013-12-28 di Wayback Machine at Department of Civil Aviation Malaysia
  3. ^ http://klia2.com.my/airports/bintulu_airport.htm
  4. ^ http://klia2.com.my/airports/bintulu_airport.htm
  5. ^ http://klia2.com.my/airports/bintulu_airport.htm
  6. ^ http://klia2.com.my/airports/bintulu_airport.htm
  7. ^ http://klia2.com.my/airports/bintulu_airport.htm
  8. ^ "Batik Air Malaysia NW24 Domestic Network Additions". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 18 Oktober 2024. Dicapai pada 22 Oktober 2024. Batik Air Malaysia in Northern winter 2024/25 season plans to launch 4 new domestic routes from Kuala Lumpur (KLIA), as the airline recently opened reservations for additional new routes. Planned network addition summary as follows.
    Kuala Lumpur – Alor Setar eff 07DEC24 1 daily 737-800,
    Kuala Lumpur – Bintulu eff 01NOV24 10 weekly 737-800,
    Kuala Lumpur – Miri eff 14JAN25 2 daily 737-800,
    Kuala Lumpur – Sandakan eff 01DEC24 2 daily 737-800.
  9. ^ Meor Abdullah (10 Oktober 2024). "Batik Air Kembangkan Rangkaian, Perkenal Laluan Baharu Ke Bintulu, Miri & Sandakan". thevocket.com. The Vocket (Malaysia). Dicapai pada 23 Oktober 2024. Menurut kenyataan rasmi dikeluarkan, laluan Kuala Lumpur ke Bintulu akan bermula pada 1 November 2024 dan laluan Kuala Lumpur ke Sandakan pada 1 Disember 2024. Manakala, laluan Kuala Lumpur menuju ke Miri pula bermula pada 14 Januari 2025.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  10. ^ LOREY D. MIKIL (11 Oktober 2024). "Batik Air to launch new routes to Sabah and Sarawak from KL". www.thestar.com.my (dalam bahasa Inggeris). The Star (Malaysia). Dicapai pada 23 Oktober 2024. Starting Nov 1, Batik Air will be operating its Kuala Lumpur-Bintulu route, which will have a flight frequency of 10 times weekly.
    It is one of the three new connections from Kuala Lumpur International Airport (KLIA Terminal 1) that the airline will be launching within the next few months.
    The other two are the Kuala Lumpur-Miri route, commencing on Dec 1, and the Kuala Lumpur-Sandakan route, starting from Jan 14, 2025. Both will run 14 times weekly.
  11. ^ Bernama (29 Oktober 2024). "Batik Air Lancar 10 Penerbangan Kl-Bintulu, 14 Penerbangan Kl-Miri Setiap Minggu Mulai 1 Nov". bernama.com. BERNAMA. Dicapai pada 29 Oktober 2024. Batik Air bakal lancarkan 10 penerbangan mingguan antara Kuala Lumpur dan Bintulu bermula 1 Nov ini, selain 14 penerbangan mingguan antara Miri dan Kuala Lumpur bermula 14 Januari 2025.
    Lee berkata laluan terus ini penting dalam mempromosikan perjalanan perniagaan, pelancongan dan pergerakan kargo udara, sambil membuka peluang baharu untuk pertumbuhan ekonomi, terutamanya di kawasan seperti Bintulu dan Miri, yang sudah menjadi pusat akitiviti industri.
    (dalam bahasa Bahasa Melayu)
  12. ^ https://m.newpages.com.my/en/company/536801/Bintulu_Taxi_Association.html

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]