Pergi ke kandungan

Lamiaceae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Famili Pudina
Melissa officinalis
(bahasa Inggeris: lemon balm)
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Lamiaceae

Genera

Banyak, Sila lihat teks


Rujukan: Watson dan Dallwitz
22 Julai 2002

Lamiaceae atau famili Pudina ialah sebuah famili tumbuhan yang merangkumi lebih kurang 210 genus dan sekitar 3,500 spesies. Ia telah dianggap sangat rapat hubungannya dengan famili Verbenaceae, tetapi banyak kajian filogenetik terkini telah menunjukkan bahawa banyak genus yang tergolong dalam famili Verbenaceae sebenarnya merupakan sebahagian famili Lamiaceae. Sebenarnya, genus-genus yang membentuk teras Verbenaceae tidak amat berkait dengan famili Lamiaceae, tetapi lebih berkait dengan ahli-ahli Lamiales yang lain.

Nama asal famili ini ialah Labiatae (labia, perkataan terbitan Latin yang membawa pengertian "bibir") dan dinamai sedemikian kerana bunganya biasanya mempunyai kelopak-kelopak yang disatukan menjadi dua bibir, iaitu bibir atas dan bibir bawah. Walaupun nama asal ini masih diterima sebagai nama alternatif, kebanyakan ahli botani kini menggunakan nama "Lamiaceae" untuk merujuk kepada famili ini.

Setiap bahagian tumbuhan-tumbuhan Lamiaceae seringnya berbau harum, termasuk banyak herba masakan seperti selasih, pudina, rosemary, sej, savori, marjoram, oregano, taim, lavender, dan perila. Pada umumnya, tumbuhan-tumbuhan Lamiaceae adalah pokok renek, dan jarangnya berbentuk pokok atau pokok menjalar. Banyak ahli famili ini ditanam secara meluas, bukan sahaja kerana baunya, tetapi juga kerana ia mudah ditanam (tumbuhan-tumbuhan ini adalah antara tumbuhan yang paling mudah dibiak melalui pemotongan batang pokok).

Morfologi

[sunting | sunting sumber]

Daun-daun dalam famili Lamiaceae mengandungi minyak pati yang berbau harum dan tumbuh secara bertentangan, dengan setiap pasangan berbentuk pusaran mahupun bersudut tegak dengan pasangan sebelumnya (dipanggil dekusat).

Batang pokok berbentuk empat segi pada keratan rentasnya.

Bunga-bunganya mempunyai simetri dwisisi, dengan lima kelopak dan lima sepal masing-masing disatukan. Bunga-bunga ini biasanya bersifat dwijantina dan vertisilastrat (iaitu disusun secara rumpun yang kelihatan seolah-seolah satu pusaran bunga tetapi sebenarnya terdiri daripada dua rumpun yang padat).

Acanthomintha
Achyrospermum
Acinos
Acrocephalus
Acrotome
Acrymia
Aeollanthus
Agastache
Ajuga
Ajugoides
Alajja
Alvesia
Amethystea
Anisochilus
Anisomeles
Antonina
Asterohyptis
Ballota
Basilicum
Becium
Benguellia
Blephilia
Bostrychanthera
Bovonia
Brazoria
Bystropogon
Calamintha
Capitanopsis
Capitanya
Caryopteris
Catoferia
Cedronella
Ceratanthus
Chamaesphacos
Chaunostoma
Chelonopsis
Cleonia
Clinopodium
Colebrookia
Coleus*
Collinsonia
Colquhounia
Comanthosphace
Conradina

Craniotome
Cuminia
Cunila
Cyclotrichium
Cymaria
Dauphinea
Dicerandra
Dorystaechas
Dracocephalum
Drepanocaryum
Eichlerago
Elsholtzia
Endostemon
Englerastrum
Eremostachys
Eriope
Eriiophyton
Eriopidion
Eriothymus
Erythrochlamys
Eurysolen
Fuerstia
Galeopsis
Geniosporum
Glechoma
Glechon
Gomphostemma
Gontscharovia
Hanceola
Haplostachys
Haumaniastrum
Hedeoma
Hemiandra
Hemigenia
Hemizygia
Hesperozygis
Heterolamium
Hoehnea
Holocheila
Holostylon
Horminum
Hoslundia
Hymenocrater
Hypenia

Hypogomphia
Hyptidendron
Hyptis
Hyssopus
Isodictyophorus
Isodon
Isoleucas
Keiskea
Kinostemon
Kudrjaschevia
Kurzamra
Lagochilus
Lagopsis
Lallemantia
Lamiastrum
Lamiophlomis
Lamium
Lavandula
Leocus
Leonotis
Leonurus
Lepechinia
Leucas
Leucosceptrum
Limniboza
Lophanthus
Loxocalyx
Lycopus
Macbridea
Marmoritis
Marrubium
Marsypianthes
Meehania
Melissa
Melittis
Mentha
Meriandra
Mesona
Metastachydium
Microcorys
Micromeria
Microtoena
Minthostachys
Moluccella

Monarda
Monardella
Mosla
Neoeplingia
Neohyptis
Nepeta (Catnip)
Neustruevia
Nosema
Notochaete
Ocimum
Octomeron
Ombrocharis
Origanum
Orthosiphon
Otostegia
Panzerina
Paraeremostachys
Paralamium
Paraphlomis
Peltodon
Pentapleura
Perilla
Perovskia
Perrierastrum
Phlomis
Phlomoides
Phyllostegia
Physostegia
Piloblephis
Pitardia
Platostoma
Plectranthus
Pogogyne
Pogostemon
Poliomintha
Prasium
Prostanthera
Prunella
Pseuderemostachys
Puntia
Pycnanthemum
Pycnostachys
Renschia
Rhabdocaulon

Raphidion
Rhododon
Rosmarinus
Rostrinucula
Roylea
Rubiteucris
Sabaudia
Saccocalyx
Salazaria
Salvia
Satureja
Schizonepeta
Scutellaria
Sideritis
Siphocranion
Skapanthus
Solenostemon
Stachyopsis
Stachys
Stenogyne
Sulaimania
Suzukia
Symphostemon
Synandra
Syncolostemon
Tetradenia
Teucrium
Thorncroftia
Thuspeinanta
Thymbra
Thymus
Tinnea
Trichostema
Vitex
Warnockia
Wenchengia
Westringia
Wiedemannia
Wrixonia
Zataria
Zhumeria
Ziziphora

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]