Laluan Persekutuan Malaysia 102
Jalan Ringlet-Sungai Koyan | |
Maklumat laluan | |
---|---|
Panjang | 79.1 km (49.2 mi) |
Wujud | 1999[1]–kini |
Sejarah | Siap pada tahun 2010[1] |
Simpang utama | |
Hujung west | Ringlet, Pahang |
LP 59 Laluan Persekutuan 59 LP 1503 Jalan FELDA Sungai Koyan | |
Hujung timur | FELDA Sungai Koyan, Pahang |
Lokasi | |
Destinasi utama | Tanah Rata Brinchang Raub Kuala Lipis Kuantan |
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Laluan Persekutuan Malaysia LP 102, juga dikenali sebagai Jalan Ringlet-Sungai Koyan atau Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands, merupakan sebuah laluan persekutuan sepanjang 79.1-kilometer (49.2 bt) di Pahang, Malaysia. Ia dibina sebagai jalan pintu masuk ketiga daerah Cameron Highlands, Pahang selepas Laluan Persekutuan 59 dan 185. Dengan siapnya lebuh raya ini, pengunjung dari negeri Pahang kini boleh untuk melawat Cameron Highlands tanpa perlu keluar dari negeri Pahang.[2]
Latar belakang Laluan
[sunting | sunting sumber]Kilometer Sifar dari Laluan Persekutuan 102 terletak di Ringlet, Cameron Highlands.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sebelum ini, Cameron Highlands hanya boleh dimasuki melalui jalan lama Laluan 59 dari Tapah, Perak. Hanya setelah siapnya Lebuhraya Timur-Barat Kedua FT185 barulah ia menjadi laluan alternatif bagi jalan lama FT59 yang sempit dan berbengkang-bengkok.[2] Sungguhpun lebuh raya baharu FT185 siap, pemandu dari Pahang yang ingin ke Cameron Highlands masih terpaksa keluar dari negeri Pahang untuk melawat kawasan peranginan tersebut.
Kajian keperluan bagi lebuh raya baru secara terus ke Cameron Highlands dari dalam negeri Pahang telah dilakukan pada tahun 1996. Pembinaan bermula pada tahun 1999 dan lebuh raya telah dibina secara berperingkat-peringkat sehingga ia telah siap sepenuhnya Mac 2010. Laluan Persekutuan 102 telah dibina dengan kos sejumlah RM 806 juta.[1]
Apabila siap, jarak perjalanan dari Kuantan ke Cameron Highlands telah dipendekkan sebanyak 80 km berbanding dengan perjalanan yang sama melalui Lebuhraya Timur-Barat Kedua dari Gua Musang, Kelantan.[1][2]
Senarai Persimpangan
[sunting | sunting sumber]Km | Susur keluar |
Persimpangan | Ke | Catatan | |
---|---|---|---|---|---|
LP 102 0 |
CAMERON HIGHLANDS RINGLET 1200 m dari aras laut |
LP 59 JALAN BESAR UTARA Tanah Rata Brinchang Tringkap Kg. Raja Gua Musang Ipoh SELATAN Tapah Bidor Kuala Lumpur |
Simpang tiga | ||
Lembah Bertam 1190 m dari aras laut |
|||||
Jambatan Sungai Bertam 1180 m di atas paras laut |
|||||
Jambatan Sungai Bertam 1180 m di atas paras laut |
|||||
CAMERON HIGHLANDS
| |||||
Jambatan Sungai Lemoi Sempadan daerah Cameron Highlands-Lipis 1160 m dari aras laut
| |||||
1150 m di atas paras laut | Arah Sg. Koyan, Sila gunakan gear rendah | ||||
Jambatan Sungai Jelai Kecil 1130 m dari aras laut |
|||||
Pos Menson | |||||
Kampung Susu | |||||
Pos Betau | |||||
LP 102 79 |
FELDA SUNGAI KOYAN | LP 1503 JALAN FELDA SUNGAI KOYAN SOUTH LP 8 Raub LP 8 Kuala Lipis LP 8 Bentong Kuantan |
Simpang tiga |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d Ali Mahmood (24 August 2009). "Jalan Sg. Koyan-Cameron Highlands (Melayu)". Utusan Malaysia. Dicapai pada 4 January 2013.(Melayu)&rft.pub=Utusan Malaysia&rft.date=2009-08-24&rft.au=Ali Mahmood&rft_id=http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0824&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htm&rfr_id=info:sid/ms.wikipedia.org:Laluan Persekutuan Malaysia 102" class="Z3988">
- ^ a b c "Ringlet-Sg. Koyan Road FT102: Overview". Blog Jalan Raya Malaysia. 4 January 2013. Dicapai pada 4 January 2013.