Laila Asyikin
Laila Asyikin | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Zarihah Hassan |
Pengarah | |
Pengarah kreatif | Azmir Affandi |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Sampai Syurga" oleh Faizal Tahir |
Lagu penutup | "Sampai Syurga" oleh Faizal Tahir |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 16 |
Penerbitan | |
Penerbit | David Teo |
Penyunting |
|
Sinematografi | Mohd Jufri Ayob |
Tempoh siaran | 25–30 minit |
Syarikat penerbitan | MIG Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 1 Julai 2010 – 5 Ogos 2010 |
Laila Asyikin ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2010 arahan bersama Heykal Hanifah dan Eoon Shuhaini, dibintangi oleh Fathia Latiff dan Fahrin Ahmad bersama-sama dengan barisan pelakon ensembel. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 1 Julai 2010 hingga 5 Ogos 2010 menggantikan Noktah Erna.[1]
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Laila Asyikin (Fathia Latiff) berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi tetapi memilih untuk tidak berkerja setelah berkahwin dengan Mikhail (Irfan Roslan). Laila Asyikin tetap mengambil tahu tentang urusan syarikat peninggalan arwah ayahnya, Datuk Shamsudin, iaitu United Holding Berhad. Mikhail pula dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif United Holdings Sdn Bhd atas wasiat arwah Datuk Shamsudin. Mikhail seorang yang gigih, penyayang dan bijak dalam urusan perniagaan, United Holdings Sdn Bhd telah berkembang maju di bawah pentadbirannya.
Perkahwinan Laila Asyikin dan Mikhail kelihatan bahagia dengan kelahiran dua cahaya mata iaitu Laila Huda dan Laila Afifah. Namun, keharmonian kehidupan Laila Asyikin dan anak-anak tergugat serta berkecai selepas Mikhail terlibat dalam kemalangan jalanraya. Lebih memeranjatkan apabila Sarah (Diana Amir) turut berada dalam kereta tersebut yang telah membongkarkan rahsia Mikhail. Sarah telah meninggal dunia manakala Mikhail pula mengalami kecederaan dan koma selama tiga bulan.
Tanpa pengetahuan Laila Asyikin, Mikhail telah mengahwini Sarah kerana bersimpati dengan kehidupannya yang miskin dan mereka juga mempunyai seorang anak lelaki, Irfan yang baru berusia 3 bulan. Enggan berdiam diri dan menyerah kalah, Laila Asyikin telah mengambil tindakan segera. Dia telah mendapatkan hak penjagaan Irfan daripada keluarga Sarah. Dia juga mengatur strategi untuk menyingkirkan sesiapa yang mahu menjatuhkan syarikatnya dengan sokongan sepenuhnya daripada pembantu khas Mikhail iaitu Remy (Fahrin Ahmad). Kebijaksanaan dan ketabahan Laila Asyikin telah menyebabkan Remy dalam diam menyimpan perasaan kepadanya.
Selepas Mikhail sedar daripada koma, adakah dia akan dimaafkan oleh Laila Asyikin? Berjayakah Laila Asyikin merungkai kemelut dalam rumahtangga dan juga syarikatnya? Adakah hubungan Remy dan Laila Asyikin akan bertukar menjadi intim?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Utama
[sunting | sunting sumber]- Fathia Latiff sebagai Laila
- Fahrin Ahmad sebagai Remy
Pembantu
[sunting | sunting sumber]- Irfan Roslan sebagai Mikhail
- Diana Amir sebagai Sarah
- Zain Hamid sebagai Zamani
- Fathil Dani sebagai Fuad
- Hamidah Wahab sebagai Halimah
- Hisham Ahmad Tajuddin sebagai Haji Iqbal
- Adeline Tsen sebagai Rani
- Soufie Batrisya sebagai Huda
- Farisya Fatin sebagai Afifah
- Halimatussadiah sebagai Mak Sara
- Manan Sulaiman sebagai Datuk Zainal
- Khaty Fauziah sebagai Hajah Salmi
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Budiey (30 Jun 2010). "Drama Laila Asyikin Lakonan Fahrin Ahmad dan Fathia Latiff". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 18 April 2013.
- ^ Laila Asyikin (2010): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 6 November 2019.