Krioawetan
Pengawetan kriogen ialah proses di mana organel, sel-sel, tisu, matriks luar sel, organ atau sebarang binaan biologi yang terdedah kepada kerosakan disebabkan oleh kinetik kimia tidak terkawal diawet melalui penyejukan pada suhu yang sangat rendah[1] (biasanya -80 °C menggunakan pepejal karbon dioksida atau -196 °C menggunakan cecair nitrogen). Pada suhu-suhu rendah ini, sebarang enzim atau aktiviti kimia yang mungkin menyebabkan kerosakan kepada bahan biologi tertentu dihentikan secara berkesannya. Kaedah pembekuan sebegini berusaha untuk mencapai suhu rendah tanpa menyebabkan kerosakan tambahan akibat pembentukan kristal ais semasa pembekuan. Kaedah pembekuan yang lama bergantung pada pelapisan bahan simpanan yang diingini dengan suatu kelas molekul khas (cryoprotectant atau "pelindung krio") yang membeku di sekitar bahan tersebut. Kaedah-kaedah baru sentiasa dikaji kerana ketoksikan banyak bahan pelindung krio ini.[2] Secara amnya, pengawetan ini mengubah atau menjejaskan struktur dan fungsi sel-sel melainkan jika terbukti sebaliknya untuk taburan sel tertentu. Cryoconservation haiwan sumber genetik adalah proses yang haiwan bahan genetik yang dikumpulkan dan disimpan dengan niat pemuliharaan baka.
Tisu-tisu yang dibolehkan
[sunting | sunting sumber]Secara mumnya, pengawetan krio adalah lebih mudah untuk sampel yang nipis dan gumpalan sel-sel individu yang kecil kerana sampel sebegini boleh menyejuk dengan lebih cepat seterusnya memerlukan sedikit sahaja dos bahan pelindung krio yang toksik. Oleh sebab itu, pengawetan krio hati dan jantung manusia untuk tujuan penyimpanan dan pemindahannya masih tidak praktikal.
Namun, kombinasi bahan pengawet yang sesuai bersama kaedah penyejukkan dan pembilasan sewaktu pemanasan sampel sering mebolehkan pengawetan sebegini terhadap bahan-bahan biologi, terutama ampaian sel atau sampel tisu yang nipis. Antara contoh sampel ini termasuklah:
- Air mani
- Darah
- Sel khas untuk transfusi
- Sel tunjang. Ia - paling optimum dalam kepekatan serum sintetik yang tinggi sintetik serum, penyeimbangan (equilibration) berperingkat dan penyejukan yang perlahan.[3]
- Darah tali pusat
- Sampel tisu seperti ketumbuhan dan keratan rentas histologi
- Telur (oosit)
- Embrio pada peringkat belahan peringkat (2, 4 atau 8 sel) atau pada tahap blastosist
- Tisu ovari
- Biji atau pucuk tumbuhan - dikrioawetkan untuk tujuan pemuliharaan.
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Pegg, David E. (January 1, 2007). "Principles of cryopreservation". Methods in Molecular Biology. Clifton, N.J. 368: 39–57. doi:10.1007/978-1-59745-362-2_3. ISSN 1064-3745. PMID 18080461.
- ^ Sambu, Sammy (June 25, 2015). "A Bayesian approach to optimizing cryopreservation protocols". PeerJ (dalam bahasa Inggeris). 3: e1039. doi:10.7717/peerj.1039. ISSN 2167-8359. PMC 4485240. PMID 26131379.
- ^ Lee JY; Lee JE; Kim DK; Yoon TK; Chung HM; Lee DR (November 2008). "High concentration of synthetic serum, stepwise equilibration and slow cooling as an efficient technique for large-scale cryopreservation of human embryonic stem cells". Fertil. Steril. 93 (3): 976–85. doi:10.1016/j.fertnstert.2008.10.017. PMID 19022437. Unknown parameter
|displayauthors=
ignored (bantuan)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Nakasone, Karen K, et al., 2004, PRESERVATION AND DISTRIBUTION OF FUNGAL CULTURES.
- Stephen, F., 1995, Freeze-Drying and Cryopreservation of Bacteria