Komuniti Arang Batu dan Keluli Eropah
Komuniti Batu Arang dan Keluli Eropah | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1952–2002¹ | |||||||||
Bendera | |||||||||
Status | Pertubuhan antarabangsa | ||||||||
Ibu negara | Tidak dipakai² | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan |
| ||||||||
Presiden Penguasa Tinggi | |||||||||
• 1952–1955 | Jean Monnet | ||||||||
• 1955–1958 | René Mayer | ||||||||
• 1958–1959 | Paul Finet | ||||||||
• 1959–1963 | Piero Malvestiti | ||||||||
• 1963–1967 | Rinaldo Del Bo | ||||||||
Era Sejarah | Perang Dingin | ||||||||
• Penandatanganan (Perjanjian Paris) | 18 April 1951 | ||||||||
• Penguatkuasaan | 23 Julai 1952 | ||||||||
1 Julai 1967 | |||||||||
• Perjanjian luput | 23 Julai 2002¹ | ||||||||
| |||||||||
Sekarang sebahagian dari | Kesatuan Eropah | ||||||||
¹ Perjanjian ECSC luput 50 tahun selepas penguatkuasaannya pada tahun 2002,[1] namun institusi-institusinya diambil alih pada 1967 berikutan Perjanjian Merger. ² Pusat-pusat politiknya ialah Luxembourg dan Strasbourg, serta kemudiannya Brussels. |
Komuniti Batu Arang dan Keluli Eropah (European Coal and Steel Community, ECSC) adalah sebuah organisasi yang dianggotai 6 negara Eropah selepas Perang Dunia Kedua untuk mengawal pengeluaran industri mereka di bawah sebuah bidang kuasa berpusat. Ia telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1951 melalui Perjanjian Paris yang ditandatangani oleh Belgium, Perancis, Jerman Barat, Itali, Belanda dan Luxembourg. Pertubuhan ini merupakan pertubuhan antarabangsa yang pertama didirikan berdasarkan prinsip-prinsip supranasionalisme,[2] serta memulakan proses integrasi formal yang akhirnya membawa kepada wujudnya Kesatuan Eropah.
ECSC pertama kali diusulkan oleh Menteri Luar Negeri Perancis, Robert Schuman, pada 9 Mei 1950 sebagai cara mencegah perang berlanjutan antara Perancis dan Jerman. Beliau menyatakan tujuannya adalah untuk "menjadikan perang bukan sahaja tidak dapat dilakukan malah mustahil secara materialnya"[3] yang akan dicapai oleh integrasi wilayah, di mana ECSC adalah langkah pertama ke arah tujuan tersebut. Perjanjian itu dijangka mewujudkan pasaran bersama untuk batu arang dan keluli di antara anggota yang berkhidmat untuk meneutralkan persaingan antara negara-negara Eropah merebut sumber asli, terutamanya sumber asli di daerah Ruhr, Jerman.
ECSC dikendalikan oleh empat institusi: Penguasa Tinggi yang diduduki pelantik bebas, Perhimpunan Sepunya yang terdiri dari ahli-ahli parlimen negara anggota, Majlis Khas yang terdiri daripada menteri-menteri negara anggota dan sebuah Mahkamah Pengadilan. Struktur organisasi ini akhirnya merangka tindak badan-badan yang berkaitan seperti Suruhanjaya Eropah, Parlimen Eropah, Majlis Kesatuan Eropah, dan Mahkamah Pengadilan Eropah.
Pertubuhan ini menjadi model pendahulu kepada komuniti-komuniti tertubuh selepas penandatanganan Perjanjian Roma pada tahun 1957 iaitu Komuniti Ekonomi Eropah dan Komuniti Tenaga Atom Eropah, yang berkongsi keahlian negara dan beberapa institusi. Perjanjian Merger (Brussels) 1967 membawa kepada penggabungan semua institusi ECSC kepada bahawa Komuniti Ekonomi Eropah, namun entiti ECSC kekal sebagai sebuah personaliti undang-undang bebas yang tersendiri. Pada tahun 2002, Perjanjian Paris menjadi luput maka ECSC tidak lagi wujud dalam sebarang jua bentuk aktiviti. Segala aktiviti pertubuhan ini juga diserap sepenuhnya oleh Komuniti Eropah di bawah rangka perjanjian-perjanjian Amsterdam dan Nice.
Senarai Presiden Penguasa Tinggi Komuniti
[sunting | sunting sumber]Gambar | Presiden | Negara | Tarikh mula berkhdmat | Tarikh tamat khidmat | Penguasa |
---|---|---|---|---|---|
Jean Monnet | Perancis | 10 Ogos 1952 | 3 Jun 1955 | Penguasa Monnet | |
René Mayer | Perancis | 3 Jun 1955 | 13 Januari 1958 | Penguasa Mayer | |
Paul Finet | Belgium | 13 Januari 1958 | 15 September 1959 | Penguasa Finet | |
Piero Malvestiti | Itali | 15 September 1959 | 22 Oktober 1963 | Penguasa Malvestiti | |
Rinaldo Del Bo | Itali | 22 Oktober 1963 | 6 Julai 1967 | Penguasa Del Bo | |
Albert Coppé | Belgium | interim (1 Mac-5 Julai 1967) | Penguasa Coppé |
Garis masa perjanjian
[sunting | sunting sumber]1948 Brussels |
1951/52 Paris |
1957/58 Rom |
1965/67 Brussels |
1986/87 SEA |
1992/93 Maastricht (tertubuhnya EU) |
1997/99 Amsterdam |
2001/03 Nice |
2007/09 Lisbon | |
Komuniti Tenaga Atom Eropah (EURATOM) | |||||||||
Komuniti Batu Arang dan Keluli Eropah (ECSC) | Kesatuan Eropah (EU) | ||||||||
Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) | → T I A N G → |
Komuniti Eropah (EC) | |||||||
↑Komuniti-Komuniti Eropah↑ | Hal Ehwal Tempatan & Kehakiman (JHA) | ||||||||
Kerjasama Polis dan Kehakiman dalam Hal Ehwal Jenayah (PJCC) | |||||||||
Kerjasama Politik Eropah (EPC) | Polisi Luar dan Keselamatan Sepunya (CFSP) | ||||||||
Kesatuan Eropah Barat (WEU) | |||||||||
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Treaty establishing the European Coal and Steel Community, ECSC Treaty, Summary". Europa. Dicapai pada 4 Januari 2010.
- ^ "The European Communities". CVCE. Dicapai pada 4 March 2013.
- ^ "EUROPA - The Schuman Declaration – 9 May 1950". europa.eu.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Dokumen-dokumen ECSC yang boleh dirujuk di Arkib Sejarah Kesatuan Eropah, Florence, Itali
- Perjanjian yang merangka ECSC, CVCE
- Schuman info
- Institusi-institusi dalam ECSC, CVCE