Pergi ke kandungan

Kesusasteraan Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Kesusasteraan Islam merujuk kepada kesusasteraan yang ditulis daripada sudut pandangan Islam dalam apa jua bahasa. Fiksyen daripada dunia Islam yang paling terkenal mungkin merupakan Hikayat Seribu Satu Malam yang terdiri daripada banyak cerita rakyat yang lebih awal yang dikisahkan oleh permaisuri Parsi, Scheherazade.

"Ali Baba" oleh Maxfield Parrish.

Karya sajak Dante Alighieri iaitu Divina Commedia (Komedi Ketuhanan), yang dianggap sebagai epik terunggul dalam kesusasteraan Itali, mendapatkan banyak ciri dan peristiwa tentang alam baqa, baik secara langsung mahupun tidak, daripada karya-karya Arab tentang eskatologi Islam, termasuk:

Orang Moor juga mempunyai pengaruh yang ketara pada karya George Peele dan William Shakespeare. Sesetengah karya mereka menonjolkan watak-watak Moor, seperti dalam The Battle of Alcazar (Pertempuran Alcazar) yang ditulis oleh Peele, serta juga The Merchant of Venice (Saudagar dari Venice), Titus Andronicus dan Othello yang ditulis oleh Shakespeare. Karya-karya itu dikatakan diilhami oleh perutusan Moor dari Maghribi ke England Elizabeth pada awal abad ke-17.[2]

Hikayat Seribu Satu Malam

[sunting | sunting sumber]

Epik Hikayat Seribu Satu Malam mula dibentuk pada abad ke-10 dan mencapai bentuk terakhir menjelang abad ke-14. Bagaimanapun, bilangan dan jenis ceritanya berbeza-beza antara satu manuskrip dengan yang lain.[3] Semua cerita khayalan Arab seringnya dikenali sebagai "Arabian Nights" (Malam Arab) apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, tanpa mengira adakah cerita itu berasal daripada mana-mana versi Hikayat Seribu Satu Malam.[3] Epik Hikayat Seribu Satu Malam agak berpengaruh di Barat sejak diterjemahkan buat pertama kali pada abad ke-18, mula-mulanya oleh Antoine Galland.[4] Banyak karya tiruan kemudian ditulis, khususnya di Perancis.[5][6]

Shahnameh

[sunting | sunting sumber]

Shahnameh, epik negara Iran yang ditulis oleh Hakīm Abu'l-Qāsim Firdawsī Tūsī ialah penceritaan semula mitos dan pahlawan sejarah Parsi. Amir Arsalan juga merupakan satu cerita mitos Parsi yang popular dan yang telah mempengaruhi sesetengan fiksyen khayalan moden seperti The Heroic Legend of Arslan (Legenda Pahlawan Arslan).

Layla dan Majnun

[sunting | sunting sumber]

Contoh mashyhur puisi Arab dan puisi Parsi tentang cinta ialah Layla dan Majnun yang ditulis pada abad ke-7 semasa zaman Kerajaan Bani Ummaiyyah. Ia merupakan kisah tragedi cinta tak kunjung padam yang agak serupa dengan Romeo dan Juliet kemudian. Layla dan Majnun pada dirinya dikatakan diilhami pula setakatnya oleh versi Latin Layli dan Majnun.[7]

Philosophus dan Theologus Autodidactus

[sunting | sunting sumber]

Ibn Tufail dan Ibn al-Nafis merupakan perintis novel falsafah. Ibn Tufail menulis Hayy ibn Yaqdhan (Philosophus Autodidactus), novel fiksyen Arab yang pertama, sebagai balasan kepada Tahāfut al-Falāsifa yang ditulis oleh al-Ghazali. Ibn al-Nafis kemudian menulis novel fiksyen, Theologus Autodidactus, sebagai balasan kepada Philosophus Autodidactus. Kedua-dua cerita mempunyai protagonis (Hayy dalam Philosophus Autodidactus, dan Kamil dalam Theologus Autodidactus) yang merupakan kanak-kanak feral autodidaktik yang tinggal dalam keadaan terpencil di sebuah pulau gurun. Kedua-dua novel merupakan contoh terawal untuk cerita pulau gurun. Bagaimanapun, sedangkan Hayy hidup bersendirian dengan haiwan-haiwan di pulau gurun, cerita Kamil melewati latar pulau gurun dan berkembang kepada plot remaja terawal yang diketahui lalu akhirnya menjadi contoh novel fiksyen sains yang pertama.[8][9][10]

Karya Tufail, Philosophus Autodidactus, diterjemahkan buat pertama kali pada 1671 oleh Edward Pococke si Lebih Muda ke dalam bahasa Latin, disusuli dengan terjemahan bahasa Inggeris oleh Simon Ockley pada 1708, lalu kemudian dengan terjemahan bahasa Jerman dan bahasa Belanda. Terjemahan-terjemahan itu kemudian mengilhami Daniel Defoe supaya menulis Robinson Crusoe yang kini dianggap sebagai novel pertama dalam bahasa Inggeris.[11][12][13] Philosophus Autodidactus juga mengilhami Robert Boyle agar menulis novel falsafah sendiri, The Aspiring Naturalist (Ahli Alamiah yang Bercita-cita), yang dilatar pada sebuah pulau.[14] Cerita itu juga mengilhami setakatnya karya Emile: or, On Education (Emile: atau, Tentang Pendidikan) yang ditulis oleh Rousseau. Cerita watak Mowgli dalam The Jungle Book (Si Buku Hutan) yang ditulis oleh Rudyard Kipling dan cerita Tarzan juga menyerupai karya Tufail daripada segi bahawa seorang bayi ditinggalkan dan kemudian dibesarkan oleh serigala betina.[15]

Senarai kesusasteraan Islam utama

[sunting | sunting sumber]

Kesusasteraan untuk sesetengah budaya Islam adalah seperti yang berikut:

  1. ^ I. Heullant-Donat and M.-A. Polo de Beaulieu, "Histoire d'une traduction," in Le Livre de l'échelle de Mahomet, Latin edition and French translation by Gisèle Besson and Michèle Brossard-Dandré, Collection Lettres Gothiques, Le Livre de Poche, 1991, p. 22 with note 37.
  2. ^ Professor Nabil Matar (April 2004), Shakespeare and the Elizabethan Stage Moor, Sam Wanamaker Fellowship Lecture, Shakespeare’s Globe Theatre (cf. Mayor of London (2006), Muslims in London, pp. 14-15, Greater London Authority)
  3. ^ a b John Grant and John Clute, The Encyclopedia of Fantasy, " rabian fantasy", p 51 ISBN 0-312-19869-8
  4. ^ L. Sprague de Camp, Literary Swordsmen and Sorcerers: The Makers of Heroic Fantasy, p 10 ISBN 0-87054-076-9
  5. ^ John Grant and John Clute, The Encyclopedia of Fantasy, "Arabian fantasy", p 52 ISBN 0e, fantasy world having little connection, if any, to actual times and places. A number of elements from Arabian mythology and Persian mythology are now common in modern fantasy, such as genies, bahamuts, magic carpets, magic lamps, etc. When L. Frank Baum proposed writing a modern fairy tale that banished stereotypical elements, he included the genie as well as the dwarf and the fairy as stereotypes to go.
  6. ^ James Thurber, "The Wizard of Chitenango", p 64 Fantasists on Fantasy edited by Robert H. Boyer and Kenneth J. Zahorski, ISBN 0-380-86553-X
  7. ^ "NIZAMI: LAYLA AND MAJNUN - English Version by Paul Smith". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-06. Dicapai pada 2009-10-04.
  8. ^ Dr. Abu Shadi Al-Roubi (1982), "Ibn Al-Nafis as a philosopher", Symposium on Ibn al-Nafis, Second International Conference on Islamic Medicine: Islamic Medical Organization, Kuwait (cf. Ibn al-Nafis As a Philosopher Diarkibkan 2008-02-06 di Wayback Machine, Encyclopedia of Islamic World).
  9. ^ Nahyan A. G. Famy astronomy, cosmology and geology known in his time. His main purpose behind this science fiction work was to explain Islamic religious teachings in terms of science and philosophy through the use of fiction.
  10. ^ Dr. Abu Shadi Al-Roubi (1982), "Ibn Al-Nafis as a philosopher", Symposium on Ibn al Nafis, Second International Conference on Islamic Medicine: Islamic Medical Organization, Kuwait (cf. Ibnul-Nafees As a Philosopher Diarkibkan 2008-02-06 di Wayback Machine, Encyclopedia of Islamic World).
  11. ^ Cyril Glasse (2001), New Encyclopedia of Islam, p. 202, Rowman Altamira, ISBN 0759101906.
  12. ^ Amber Haque (2004), "Psychology from Islamic Perspective: Contributions of Early Muslim Scholars and Challenges to Contemporary Muslim Psychologists", Journal of Religion and Health 43 (4): 357-377 [369].
  13. ^ Martin Wainwright, Desert island scripts, The Guardian, 22 March 2003.
  14. ^ G. J. Toomer (1996), Eastern Wisedome and Learning: The Study of Arabic in Seventeenth-Century England, p. 222, Oxford University Press, ISBN 0198202911.
  15. ^ Latinized Names of Muslim Scholars, FSTC.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]