Kereta Api Metropolitan
Kereta Api Metropolitan (juga dikenali sebagai Met)[nota 1] ialah kereta api penumpang dan barangan yang memberi perkhidmatan di London dari tahun 1863 hingga 1933, aliran utamanya menuju ke barat laut dari pusat kewangan ibu negara di Bandaraya, yang kemudiannya menjadi pinggir bandar Middlesex. Laluan kereta api pertamanya menghubungkan terminal kereta api laluan utama di Paddington, Euston dan King's Cross ke Bandaraya. Bahagian pertama dibina di bawah New Road menggunakan kaedah "gali dan timbus" di antara Paddington dan King's Cross dan dalam terowong dan tarahan landasan di sisi Farringdon Road dari King's Cross hingga berdekatan Smithfield. Ia dibuka kepada orang awam pada 10 Januari 1863 dengan gerabak kayu yang menggunakan sistem pencahayaan gas dan diangkut dengan lokomotif stim, kereta api bawah tanah yang direka untuk penumpang pertama di dunia.[2]
Aliran kereta api itu kemudiannya dilanjutkan di kedua-dua penghujung dan menuju ke arah utara melalui laluan cabang dari Baker Street. Ia mencapai ke Hammersmith pada tahun 1864, Richmond pada 1877 dan menyiapkan Inner Circle pada 1884, tetapi laluan yang paling penting adalah aliran utara ke kawasan perkampungan Middlesex, di mana ia merangsang pembangunan pinggir bandar yang baru. Laluan ini seterusnya mecapai ke Harrow pada tahun 1880, dan laluan itu akhirnya dilanjutkan ke Verney Junction di Buckinghamshire, lebih daripada 50 batu (80 kilometer) dari Baker Street dan pusat bandar London.
Tarikan elektrik diperkenalkan pada tahun 1905 dan pada 1907 unit kereta api elektrik berganda beroperasi di kebanyakkan perkhidmatan, walaupun pengelektrikan bagi bahagian terpencil tidak berlaku sehingga sedasawarsa kemudian. Tidak seperti syarikat-syarikat kereta api yang lain di kawasan London, Met membangunkan tanah untuk perumahan dan selepas Perang Dunia Pertama, ia memperkenalkan estet-estet perumahan berdekatan kereta api dengan menggunakan jenama "Metro-land". Pada 1 Julai 1933, Met telah digabungkan dengan Syarikat Kereta Api Elektrik Bawah Tanah London serta pengendali trem dan bas ibu negara untuk membentuk Lembaga Pengangkutan Penumpang London.
Bekas landasan dan stesen Met digunakan oleh aliran-aliran kereta api London Underground seperti Metropolitan, Circle, District, Hammersmith & City, Piccadilly dan Jubilee, serta oleh Kereta Api Chiltern.
Catatan dan rujukan
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Syarikat itu memperkenalkan diri sebagai "The Met" sejak 1914.[1] Kereta api itu dirujuk sebagai "the Met" atau "the Metropolitan" dalam catatan bersejarah seperti Jackson 1986, Simpson 2003, Horne 2003, Green 1987, dan Bruce 1983.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jackson 1986, halaman 195, 325, lihat juga bahan publisiti yang dicetak semula di Simpson 2003, halaman 70
- ^ Day & Reed 2008, m/s. 8.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]
|
|
Penerbitan lain
[sunting | sunting sumber]- Baker, B. (1885). "The Metropolitan and Metropolitan District Railways. (Including Plates at Back of Volume)". Minutes of the Proceedings. Institut Jurutera Awam. 81 (1885): 1. doi:10.1680/imotp.1885.21367.
- Barry, J. W. (1885). "The City Lines and Extensions. (Inner Circle Completion) of the Metropolitan and District Railways. (Including Plates at Back of Volume)". Minutes of the Proceedings. Institut Jurutera Awam. 81 (1885): 34. doi:10.1680/imotp.1885.21368.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Kereta Api Metropolitan. |
- Filem senyap A trip on the Metropolitan Railway, circa 1910 Diarkibkan 2016-03-07 di Wayback Machine Muzium Pengangkutan London
- Kaji selidik Jawatankuasa Bersama Kereta Api Metropolitan & Great Central yang dihasilkan oleh Jawatankuasa Bersama Kereta Api Metropolitan & Great Central pada 1907 untuk kegunaan sendiri, sepuluh stesen yang diwarnakan dengan tangan dan rancangan pindah silang yang mengilustrasikan laluan dari stesen Harrow-on-the-Hill ke Amersham dan Chesham.
- Aliran Metropolitan – Panduan Laluan UndergrounD Clive