Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia
Intisari kerajaan | |
---|---|
Dibentuk | 9 Ogos 1955 |
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | Wisma Sumber Asli, No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62574 Putrajaya |
Kakitangan | 13,672 (2018) |
Belanjawan tahunan | MYR 2,527,234,300 (2018) |
Menteri bertanggungjawab | |
Timbalan menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif kerajaan |
|
Laman sesawang | www |
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia ialah kementerian di bawah kerajaan Malaysia. Dahulu ia dikenali sebagai Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) yang dipecahkan kepada dua kementerian iaitu kementerian ini dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam Malaysia (kini Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air) pada 12 Disember 2023.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kementerian ini asalnya merupakan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang ditubuhkan selepas pengumuman penyusunan semula kabinet baru YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2004.
Satu kombinasi jabatan daripada empat kementerian menghasilkan tanggungjawab kementerian yang baru. Kementerian-kementerian berkenaan adalah:
- Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (KTPK);
- Pengukuran dan Pemetaan (INSTUN)
- Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar (KSTAS);
- Kementerian Perdagangan Utama (KPU)
- Kementerian Pertanian (KP)
Pada 10 Mac 2020, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli ditubuhkan di bawah kerajaan baharu pimpinan Perikatan Nasional bagi menggantikan Kementerian Tanah, Air dan Sumber Asli selaras dengan penubuhan portfolio kementerian.
Portfolio Air daripada kementerian terdahulu diasingkan sebagai Kementerian Alam Sekitar dan Air.
Portfolio Tenaga daripada Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah dipindah ke kementerian ini.
Jabatan/Agensi
[sunting | sunting sumber]- Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG)
- Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
- Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)
- Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)
- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN)
- Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM)
- Jabatan Biokeselamatan
- Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)
- Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)