Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
كمنترين بليا دان سوكن | |
Intisari kerajaan | |
---|---|
Dibentuk | 1964 |
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | Menara KBS, No. 27, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62570 Putrajaya |
Kakitangan | 3,813 (2018) |
Belanjawan tahunan | RM 853,505,700 (2018) |
Menteri bertanggungjawab | |
Timbalan menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif kerajaan |
|
Laman sesawang | www |
Kementerian Belia dan Sukan (Tulisan Jawi: كمنترين بليا دان سوكن; singkatan: KBS) adalah kementerian yang di bawah kerajaan Malaysia.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpesatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memenatu perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan. selain itu di bawah kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan.
Kementerian Belia dan Sukan ditubuhkan pada 15 Mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada tahun tersebut. Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan, sehingga sekarang.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan. Pada 5 April 2018, kerajaan Malaysia semasa mengiktiraf Persatuan Sukan Pekak Malaysia sebagai satu-satunya persekutuan kebangsaan untuk menangani sukan pekak selepas menyerahkan pindaan Akta Pembangunan Sukan Kebangsaan yang mendapat kelulusan di Parlimen. Kementerian Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyampaikan pindaan Akta Pembangunan Sukan Negara kepada parlimen yang diluluskan pada 3 April 2018.[1]
Menteri-menteri
[sunting | sunting sumber]- Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al~Haj ibni Sultan Sir Abdul Hammid Harlim Shah II, Perdana Menteri &@/ Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. (1964-1966)
- Y.B. Encik Haji Senu bin Abdul Rahman (1966-1968)
- Y.B. Dato` Haji Hamzah bin Abu Samah (1969-1973)
- Y.B. Dato` Haji Ali bin Haji Ahmad (1973-1978)
- Y.B. Dato` Haji Samad Idris (1978-1980)
- Y.B. Dato` Haji Mokhtar Hashim (1980-1983)
- Y.B. Dato' Seri Anwar bin Haji Ibrahim (1983-1984)
- Y.B. Datuk Dr Haji Sulaiman Daud (1984-1986)
- Y.B. Dato` Seri Dr Haji Mohammed Najib bin Tun Haji Abdul Razak (1986-1990)
- Y.B. Tan Sri Dato` Haji Haji Annuar bin Haji Musa (1990-1993)
- Y.B. Dato` Haji Haji Abdul Ghani bin Haji Othman (1993-1995)
- Y.B. Tan Sri Muhyiddin Yassin (1995-1999)
- Y.B. Datuk Seri Dato` Hishammuddin bin Tun Haji Hussein (1999-2004)
- Y.B. Datuk Seri Dato` Azalina bt Haji Othman Said (2004-2008)
- Y.B. Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob (2008-2009)
- Y.B. Datuk Seri Dato` Ahmad Shabery bin Haji Cheek (2009-2013)
- Y.B. Tuan Haji Khairy bin Datuk Seri Jamaluddin (2013-2018)
- Y.B. Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (2018-2020)
- Y.B. Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican (2020-2021)
- Y.B. Dato Seri Ahmad Faizal bin Azumu (2021-2022)
- Y.B. Hannah Yeoh Tseow Suan (2022-kini)
Timbalan-timbalan menteri
[sunting | sunting sumber]- Y.B. Engku Mohsein bin Abdul Kadir (1964-1969)
- Y.B. Dr. Neo Yee Pan (1976-1977)
- Y.B. Encik Mak Hon Kam (1978)
- Y.B. Dato` Chin Hon Ngian (1979-1982)
- Y.B. Dato' Loke Yuen Yow (1995-1999)
- Y.B. Datin Paduka Chew Mei Fun
- Y.B. Datuk Razali Ibrahim (2009-2013)
- Y.B. Dato' M. Saravanan (2013-2018)
- Y.B. Tuan Steven Sim (2018-24 Februari 2020)
- Y.B. Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (10 Mac 2020-16 Ogos 2021)
- Y.B. Senator Ti Lian Ker (30 Ogos 2021-10 Oktober 2022)
- Y.B. Tuan Adam Adli Abdul Halim (10 Disember 2022-kini)
Setiausaha Parlimen
[sunting | sunting sumber]1.Y.B. Encik Mokhtar bin Hasim (1972-1973)
2.Y.B. Encik Rais Yatim (1974-1976)
3.Y.B. Encik Saadon bin Noh (1977)
4.Y.B. Encik Luhat Wan (1978-1982)
5.Y.B. Encik Mustaffa bin Mohamad (1983)
6.Y.B. Tuan Haji Awang bin Jabar (1984-1990)
7.I.P.B. Dato' Ismail @ Mansor bin Said (1990-1995)
8.Y.B. Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil (1995-1999)
9.Y.B. Tan Sri SA Vigneswaran (Ogos 2004-2008)
Ketua-ketua Setiausaha
[sunting | sunting sumber]1.Y.Bhg. Encik Zainal Abidin bin Endut (1964-1967)
2.Y.Bhg. Encik Wan Ahmad bin Wan Omar (1967-1969)
3.Y.Bhg. Encik Sulaiman bin Mohd. Amin (1969-1970)
4.Y.Bhg. Encik Megat Mahmud bin Haji Megat Ismail (1970-1971)
5.Y.Bhg. Encik Jamaludin bin Haji Abu Bakar (1971-1973)
6.Y.Bhg. Encik Ahmad Sabki Jahidin (1974-1977)
7.Y.Bhg. Encik Sulaiman bin Mohd. Amin (1977-1981)
8.Y.Bhg. Dato` Wan Mansor bin Wan Abdullah (1981-1984)
9.Y.Bhg. Dato` Abu Bakar bin Haji Mohd Said (1984-1990)
10.Y.Bhg. Encik Ahmad Zabri bin Ibrahim (1990-1991)
11.Y.Bhg. Dato` Abdul Wahab bin Adam (1991-1995)
12.Y.Bhg. Dato` Shamsuddin bin Md.Dubi (1995-1996)
13.Y.Bhg. Dato` Ahmad Bakri bin Shabdin (1996-1999)
14.Y.Bhg. Dato` Mahamad Zabri bin Min (1999-2003)
15.Y.Bhg. Dato' Talaat Bin Hj Husain (2003-Ogos 2004)
16.Y.Bhg. Dato' Nik Mahmud Bin Nik Yusof (Ogos 2004-2005)
17.Y.Bhg. Dato' Mohd Arif Bin Abu Bakar(Ogos 2005-2006)
18.Y.Bhg. Dato' Mohd Yasin Bin Mohd Salleh( 2006-2010)
19.Y.Bhg. Dato' Mohid Bin Mohamed (2010-2015)
20.Y.Bhg. Dato' Lokman Hakim Bin Ali (2015-2019)
21.Y.Bhg. Datuk Dr. Waitchalla R.R.V Suppiah (2019-2022)
22.Y.Bhg. TS. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu (2022-kini)
Visi, misi dan objektif
[sunting | sunting sumber]- Ke arah mewujudkan masyarakat belia yang memiliki keperibadian yang bersepadu dari segi rohani, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab,bersemangat sukarela dan patriotik untuk menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran negara,
- Melahirkan masyarakat yang aktif, sihat dan cergas serta membangunkan atlet sukan berprestasi tinggi hingga ke taraf antarabangsa.
Menyediakan Program Pembangunan Belia dan Sukan supaya dapat memberi sumbangan terbaik ke arah pembinaan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dalam pelbagai bidang, khususnya bagi:-
- Meningkatkan pembangunan generasi muda ke arah mewarisi dan mengangkat peradaban bangsa dan negara; dan
- Pembangunan sukan untuk individu dan masyarakat.
Objektif KBS ialah: 1.Untuk membina masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang sosial dan ekonomi serta untuk membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya sukan ke arah perpaduan dan pembangunan negara.
Strategi KBS
[sunting | sunting sumber]Strategi KBS bagi mencapai objektif tersebut adalah seperti berikut:
- Memberi penekanan kepada perubahan minda dan sikap ke arah membentuk generasi belia yang bertanggungjawab, dinamik, dan mempunyai daya kepimpinan yang baik melalui pelbagai program yang diadakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa;
- Melengkapkan golongan belia dengan pelbagai latihan dan kemahiran vokasional serta sifat-sifat keusahawanan supaya mereka berdikari melalui kursus secara formal di Institut kemahiran Belia Negara (IKBN);
- Meramaikan bilangan rakyat ke arah peningkatan kualiti hidup melalui strategi Sukan Untuk Semua dan pengenalan kepada konsep Malaysia Cergas.
- Meningkatkan pencapaian sukan ke arah kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Objektif
[sunting | sunting sumber]1. Bahagian Pembangunan Kemahiran.
- Memastikan 75% calon yang ditawarkan melaporkan diri;
- Memastikan kurang daripada 20% borang-borang permohonan masuk ke IKBN ditolak;
- Memastikan lebih daripada 90% pelajar IKBN berjaya mendapat sijil penuh; dan
- Memastikan lebih daripada 95% pelajar IKTBN Sepang yang mengikuti kursus jangka pendek mendapat sijil pencapaian.
2. Cawangan Peentadbiran dan Urusetia Kualiti.
- Melaksanakan Audit Kualiti Dalaman dua kali setahun.
3. Cawangan Latihan
- Melaksanakan 90% program latihan yang dirancang.
4. Cawangan Kewangan.
- Menilai prestasi pembekal dalam tempoh dua kali setahun.
5. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang.
- Menawarkan 20 kursus dalam tempoh setahun setahun; dan
- Memberi latihan kepada 100 peserta dalam masa setahun.
6. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar.
- Memastikan 95% daripada pelatih mendapat Sijil Standard Kemahiran Malaysia (SKM).
- Melengkapkan belia-belia dengan pelbagai latihan dan kemahiran vokasional serta sifat-sifat keusahawanan supaya mereka berdikari melalui kursus-kursus formal;
- Memberi penekanan kepada perubahan sikap bagi membentuk belia yang bertanggungjawab, dinamik , berdaya maju dan mempunyai daya kepimpinan yang baik melalui berbagai program yang diadakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaaan dan antarabangsa.
- Meramaikan bilangan rakyat ke arah peningkatan kualiti hidup melalui strategi “Sukan Untuk Semua ” dan pengenalan kepada konsep “Malaysia Cergas ”; dan
- Meningkatkan pencapaian sukan ke arah kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Piagam Pelanggan
[sunting | sunting sumber]- Melengkapkan belia-belia dengan pelbagai latihan dan kemahiran vokasional serta sifat-sifat keusahawanan supaya mereka berdikari melalui kursus-kursus formal;
- Memberi penekanan kepada perubahan sikap bagi membentuk belia yang bertanggungjawab, dinamik , berdaya maju dan mempunyai daya kepimpinan yang baik melalui berbagai program yang diadakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaaan dan antarabangsa;
- Meramaikan bilangan rakyat ke arah peningkatan kualiti hidup melalui strategi “Sukan Untuk Semua ” dan pengenalan kepada konsep “Malaysia Cergas ”; dan
- Meningkatkan pencapaian sukan ke arah kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
Jabatan dan agensi
[sunting | sunting sumber]- Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN)
- Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PPS)
- Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia
- Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN)
- Perbadanan Stadium Malaysia
- Institut Sukan Negara (ISN)
- Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM)
- Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS)
- Parlimen Belia Malaysia
- Pusat Belia Antarabangsa
- Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN)
Menteri Belia dan Sukan
[sunting | sunting sumber]Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "All geared up for Turkey task - Scoreboard | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-05-09.