Pergi ke kandungan

Kebudayaan Syria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Teater Rom di Bosra, salah satu monumen terpelihara terbaik di Syria dari zaman Rom. Sejarah Syria yang panjang dan kaya memainkan peranan yang besar dalam budayanya.

Syria ialah masyarakat tradisional dengan sejarah budaya yang panjang.[1] Kepentingan diletakkan pada keluarga, agama, pendidikan dan disiplin diri serta rasa hormat.[perlu rujukan] Cita rasa orang Syria terhadap seni tradisional diungkapkan dalam tarian seperti al-Samah, Dabkah dalam semua variasinya dan tarian pedang. Upacara perkahwinan adalah acara untuk demonstrasi meriah adat resam rakyat.[2]

Jurutulis kota Ugarit (Ras Shamra moden) mencipta abjad kuneiform pada abad ke-14 SM. Abjad ditulis dalam susunan biasa yang kita gunakan hari ini seperti bahasa Inggeris, namun dengan aksara yang berbeza.[3]

Ahli arkeologi telah menemui tulisan dan bukti yang luas tentang budaya yang menyaingi Iraq, dan Mesir di dalam dan sekitar bandar purba Ebla (Tell Mardikh moden).[4] Ulama dan artis Syria kemudiannya menyumbang kepada pemikiran dan budaya Hellenistik dan Rom. Cicero ialah murid kepada Antiochus dari Ascalon[5] di Athens; dan tulisan Posidonius dari Apamea[6] mempengaruhi Livius dan Ploutarkhos.

Pada 20 Julai 2010, Syria mengharamkan pemakaian niqab di universiti-universiti di negara itu. Ia selaras dengan kerajaan sekular syria yang menganggap burqa dan niqab sebagai ancaman politik dan terlalu konservatif . Tudung masih dibenarkan. Negara Mesir, Jordan dan Lubnan melarang niqab di tempat awam kerana pencuri mudah menyamar. Turki mengharamkan pemakaian tudung di universiti. Beberapa negara Barat seperti Perancis turut mengharamkan burqa di tempat terbuka. Perancis, Sepanyol, Belgium dan Belanda sedang menimbang untuk mengharamkan pemakaian niqab dan burqa atas alasan ia menjatuhkan maruah wanita. Britain tidak berhasrat mengikuti dasar Perancis.[7]

  1. ^ Hopwood, Derek (1988). Syria 1945–1986: Politics and Society. Routledge. ISBN 0-04-445039-7.
  2. ^ Salamandra, Christa (2004). A New Old Damascus: Authenticity and Distinction in Urban Syria. Indiana University Press. m/s. 103. ISBN 0-253-21722-9.
  3. ^ Gordon, Cyrus Herzl (1965). The Ancient Near East. W.W. Norton & Company Press. ISBN 0-393-00275-6.
  4. ^ An up-to-date account for the layman, written by the head of the archaeological team that uncovered Ebla is Paolo Matthiae, The Royal Archives of Ebla (Skira) 2007.
  5. ^ Plutarch, Cicero, c. 4; Lucullus, c. 4; Cicero, Academica, ii. 19.
  6. ^ Chisholm, Hugh, penyunting (1911). "Posidonius" . Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 22 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 172.
  7. ^ Syria haram niqab di universiti

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]